KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — TNG Digital Sdn Bhd dengan kerjasama Principal Asset Management Bhd (Principal Malaysia) hari ini memperkenalkan lapan unit dana amanah baharu melalui GOinvest, platform pelaburan digital eWallet Touch ‘n Go.
Dana unit amanah baharu ini merangkumi gabungan dana konvensional serta patuh syariah, berdasarkan tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang dengan pulangan mencecah 12.35 peratus setahun berdasarkan prestasi pulangan tahunan selama tiga tahun setakat 31 Mac 2023.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Principal Malaysia, salah satu rakan kongsi kami yang dipercayai dan sudah lama, untuk menyediakan lapan lagi pilihan produk kepada pengguna kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni.
Lapan dana unit amanah ini berada di bawah Konservatif (Dana Konservatif Sederhana Global Seleksi Islam Principal) dan Sederhana (Dana Sukuk Dipertingkatkan Sepanjang Hayat Islam Principal dan Dana Sederhana Seleksi Global Islam Principal).
Di bawah kategori Agresif adalah Dana Aset Bercampur Dinamik Asia Pasifik Principal, Dana Agresif Seleksi Global Islam Principal, Dana Pendapatan Dinamik Asia Pasifik Principal, Dana Titan Global Principal dan Dana Ekuiti DALI Principal.
“Dana Pasaran Wang Islam Principal merupakan penawaran produk utama kami dan ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih 100,000 pengguna sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia, Munirah Khairudin berkata dana ini bertujuan bagi menyediakan jaminan kewangan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Kami komited sepenuhnya dalam membawa lebih banyak nilai sambil memperkasakan rakyat Malaysia dengan alat dan sokongan yang tepat untuk perjalanan pelaburan yang berjaya,” katanya.
eWallet Touch ‘n Go merupakan dompet elektronik pertama yang diberikan kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf dan pengguna boleh yakin bahawa pelaburan mereka selamat dan terjamin kerana dana tersebut dikawal selia oleh SC.
Kad Visa Touch ‘n Go eWallet kini antara kad prabayar di Malaysia yang boleh digunakan di mana-mana terminal Visa seluruh dunia. Ia bukan sekadar kad untuk beli barang, tapi juga boleh keluarkan tunai di mesin ATM bila perlu. Menurut sumber rasmi, Touch ‘n Go Visa Prepaid Card dilancarkan secara rasmi kepada pengguna umum pada 18 Januari 2023.
Apa Itu Kad Visa Touch ‘n Go? Kad ini ialah kad prabayar (prepaid card) yang menggunakan baki sedia ada dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ia berfungsi sama seperti kad debit tapi dana datang terus dari eWallet, bukan akaun bank. Maknanya, kalau baki eWallet anda ada RM800, maka itulah had sebenar anda untuk berbelanja atau keluarkan tunai.
Kegunaan Kad Visa Touch ‘n Go
Pembelian di kedai & restoran : boleh digunakan di mana-mana terminal dengan logo Visa, sama seperti kad debit biasa.
Transaksi luar talian (offline) : boleh “tap” menggunakan fungsi PayWave di kedai yang menyokong Visa contactless.
Pengeluaran tunai di ATM : guna mana-mana ATM yang ada logo Visa dengan caj RM1.40 (dalam Malaysia) atau RM10 (luar negara).
Tol & parking : hanya berfungsi di lokasi tertentu yang menyokong integrasi eWallet, bukan semua tol. Untuk laluan tol yang masih menggunakan kad fizikal, pengguna perlu kekal guna kad Touch ‘n Go biasa.
Transaksi rentas sempadan — boleh digunakan untuk pembelian di luar negara (Visa global acceptance) dan caj rentas sempadan buat masa ini dikecualikan oleh TNG Digital.
Ingat, semua had ini bergantung kepada baki eWallet Touch ‘n Go anda dan bukan baki akaun bank.
Jadi… Berbaloi Ke Caj RM1.40 Tu? Kalau nak dibanding dengan kad bank, memang ada bank yang kenakan caj RM1.00 atau percuma bila guna ATM dari bank sendiri. Tapi konteks kad prabayar eWallet berbeza.
1. Boleh guna di mana-mana ATM Visa — selagi ATM ada logo Visa, boleh guna termasuk luar negara. 2. Mudah kawal bajet debab boleh hadkan baki eWallet. 3. Sangat berguna dalam kecemasan — bila dompet hilang atau kad debit bank tak boleh guna. 4. Alternatif kad bank untuk pelajar sekolah (layak dari umur 12 tahun + perlu eKYC dalam app), pelajar universiti dan freelancer — mudah daftar dan kawal melalui aplikasi.
Untuk makluman baki ewallet tidak dilindungi PIDM. PIDM hanya melindungi deposit bank (hingga RM250,000 per pendeposit, per bank) bukan e-wallet.
Bila Tak Sesuai Guna? • Kalau selalu keluarkan tunai, caj RM1.40 boleh jadi membebankan. • Kalau dah ada kad debit bank dengan ATM percuma, fungsi kad ni mungkin sekadar “backup”.
Untuk Kaki Travel: Kenapa Kad Ini Padu?
1) Boleh diguna meluas di mana-mana terminal Visa. Ini memudahkan bayaran di kedai, restoran, hotel dan lain-lain. Ramai tanya boleh ke guna kad Visa ini di MRT Singapura? Bila baca dekat laman web operator MRT Singapore, mereka terima kad Visa contactless. Namun, pihak Touch ’n Go belum mengesahkan sokongan rasmi untuk kad ini, jadi penggunaan di MRT/Transit Singapura tidak dijamin berfungsi 100%. Sebaiknya bawa EZ-Link atau kad Visa bank lain sebagai sandaran semasa travel.
2) Caj pengeluaran ATM luar negara yang jelas: RM10 per transaksi — praktikal untuk ‘emergency cash’.
3) Transaksi rentas sempadan kini dikecualikan caj (buat masa ini) — membantu kawal kos ketika swipe di luar negara.
4) Bajet terkawal sebab ia kad prabayar — anda hanya belanja setakat baki eWallet, sesuai untuk elak overspend semasa travel.
5) Sesuai sebagai ‘backup card’ kalau kad bank utama bermasalah.
Tips Guna Kad Visa Touch ‘n Go Dengan Bijak
• Aktifkan fungsi Lock Card bila tak digunakan. • Jangan guna WiFi awam bila log masuk aplikasi. • Simpan hotline TNG: +603-5022 3888 untuk sekat kad segera jika hilang. • Pastikan baki eWallet mencukupi sebelum guna kad visa ini di luar negara.
Kalau guna kad visa ini sebagai pelengkap eWallet dan penyelamat masa kecemasan, maka memang berbaloi. Namun kalau setiap minggu nak keluarkan duit tunai, lebih baik guna kad debit bank biasa.