Berbaloi Ke Buat Pembiayaan ASB Atau ASB Financing Sekarang?

Sebut sahaja ASB, pasti semua orang tahu. Sama ada di bandar, kampung, atau ceruk mana pun di Malaysia. ASB ini sangat dikenali kerana ianya adalah salah satu instrumen pelaburan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan modal yang dilaburkan adalah dijamin.

Ramai yang nak melabur tapi disebabkan takut berkenaan risiko kerugian, ramai pula yang membatalkan hasrat tersebut. Dengan adanya ASB, sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk melabur.

Selain daripada melabur ke dalam ASB menggunakan wang sendiri, kita juga boleh membuat pembiayaan bank untuk melabur dalam ASB. Persoalannya adalah adakah berbaloi untuk membuat pembiayaan semata-mata untuk membuat pelaburan?

Untuk makluman, sebahagian duit yang kita laburkan dalam ASB akan dilaburkan semula oleh pihak syarikat dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Jadi, pulangannya adalah tidak dijamin, mungkin tahun ini 8 peratus tetapi tahun depan 5 peratus sahaja.

Jadi untuk menjawab persoalan berbaloi atau tidak, kena fahamkan perkara berikut :

1. Apa Yang Berlaku Selepas Pembiayaan Diluluskan?

Pembiayaan ASB ialah kemudahan yang ditawarkan oleh bank untuk membolehkan orang ramai melabur dalam ASB secara lump sum dan pada masa sama membantu mereka melakukan ‘pelaburan paksa’.

Selepas sahaja pembiayaan tersebut diluluskan, kita akan dapat dua benda iaitu hutang dan harta. Sebagai contoh, pembiayaan yang diluluskan RM10,000, maka duit RM10,000 tersebut akan dilaburkan dalam ASB tetapi ianya masih lagi hutang dan kita perlu membayar ansuran bulanan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Jadi keypoint kat sini adakah kita boleh membayar ansuran bulanan tersebut?

2. Apa Perbezaan Simpanan dan Pembiayaan ASB?

Untuk simpanan, kita melabur menggunakan duit kita sendiri. Jika kita mampu membuat pelaburan RM100 sebulan, maka itulah jumlah yang akan kita laburkan dalam ASB.

Jika tiba-tiba gaji kita berkurangan dan tidak dapat maintain dengan RM100, maka amaun yang dilaburkan mungkin akan berkurangan. Tetapi kadar dividen dengan simpanan sendiri mungkin sedikit rendah.

Sebagai contoh pelaburan setahun RM1,200 dengan kadar dividen 5 peratus, kita hanya dapat pulangan sebanyak RM60 sahaja.

Untuk pembiayaan, kita melabur menggunakan duit yang pihak bank bagi pinjam. Apabila meminjam, ia akan menjadi satu komitmen. Jika ansuran bulanan yang kita perlu bayar adalah RM100, maka kita perlu berdisiplin dalam membuat ansuran bulanan tersebut.

Jika tiada bayaran, rekod CCRIS kita akan terjejas dan menyukarkan kita untuk membuat pembiayaan rumah atau kereta. Kadar dividen pula mungkin agak tinggi. Sebagai contoh pembiayaan yang diluluskan adalah RM10,000, dengan kadar dividen sebanyak 5 peratus, kita akan memperolehi RM500.

Jadi keypoint kat sini adalah pembiayaan tersebut kita perlu bayar, bukannya bank bagi percuma. Kita melabur menggunakan duit bank dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi berbanding menggunakan simpanan sendiri.

Jadi sila berdisiplin dalam membuat ansuran bulanan.

3. Kenapa Nak Buat Pembiayaan ASB?

Bila buat pembiayaan ASB, kebiasaannya fokus kita adalah dividen. Kalau setakat simpan RM100 sebulan, bila nak tinggi dividen. Jadi dengan pembiayaan ni, dapatlah dividen tinggi sikit.

Dapatlah melabur RM10,000, kalau simpanan sendiri mungkin perlu 10 tahun nak dapatkan nilai tersebut.

Tapi ingat, bila kita pinjam RM10,000 amaun yang perlu kita perlu bayar adalah beserta dengan kadar keuntungan bank. Bukannnya pinjam RM10,000, bayar pun RM10,000.

Jadi kita perlu fokus dengan matlamat asal kita membuat pembiayaan ASB tersebut iaitu dividen. Kalau boleh, jangan usik dividen tersebut sebab semakin tinggi amaun yang dilaburkan, maka semakin tinggi kadar dividen yang akan diraih.

Ini yang dipanggil magic of compounding interest.

4. Jadi, Nak Pinjam Ke Tak?

Soalan ini sangat subjektif. Kalau nak buat pembiayaan boleh, tapi pastikan ansuran bulanan yang perlu dibuat masih dalam kawalan kita. Jangan nanti pelaburan entah ke mana, pembiayaan entah ke mana. Penyudahnya sijil ASB dijual, rekod CCRIS kita pun teruk.

Pertimbangkan risiko-risiko lain seperti turun naik kadar keuntungan bank atau turun naik dividen. Jadi keypoint kat sini adalah ada pada diri sendiri. Kita yang tahu pendapatan kita berapa, komitmen sebulan berapa kita mampu bayar, dan apa matlamat kita untuk membuat pembiayaan tersebut.

Kesimpulannya, pembiayaan ASB masih menguntungkan jika kadar dividen adalah lebih tinggi berbanding kadar keuntungan bank, begitu juga sebaliknya. Paling baik, melaburlah bagi tempoh jangka panjang dan jangan gunakan dividen untuk bayar ansuran bulanan.

Anggaplah pembiayaan ASB sama seperti pembiayaan perumahan atau pembiayaan kereta. Fahami strategi terbaik dalam mengurus pembiayaan ASB.

Baca juga Ambil Tahu 5 Perkara Ini Sebelum Nak Buat ASB Financing (ASBF)

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Anak muda biasanya tanya soalan-soalan berikut:

  • Nak melabur tapi tak tahu nak melabur dekat mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan, yang mana sesuai dengan saya?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?

Dapatkan jawapan kepada semua soalan ini dan banyak lagi, di dalam buku yang penuh dengan maklumat ini.

Anda perlu baca buku ini kerana:

  • Daripada beribu-ribu artikel yang telah MajalahLabur keluarkan, ini adalah rumusannya. Yang terbaik daripada yang terbaik!
  • Inilah buku yang menggabungkan kesemua ilmu, rahsia dan tips berharga; dalam bahasa santai yang semua orang boleh faham.
  • Lepas dah habis membacanya, anda dah tahu nak pilih pelaburan yang bersesuaian dengan jiwa dan tak perlu lagi nak ikut orang lain.
  • Dengan ilmu yang betul, barulah duit tak hilang dan pelaburan semakin berkembang.

Link Pembelian:
MPH Online
Kinokuniya
Lazada
Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Niaga Hadapan Minyak Soya Kini Didagangkan Di Bursa Malaysia Derivatives

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) telah memulakan dagangan kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE (FSOY) Bursa Malaysia, kontrak hadapan minyak makan bukan berasaskan sawit pertama yang disenaraikan di bursa itu.

Ini berikutan perjanjian yang ditandatangani dengan Bursa Komoditi Dalian (DCE) untuk pelesenan harga penyelesaian niaga hadapan minyak kacang soya yang diumumkan pada November 2023, kata BMD dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami berbesar hati menjadi bursa pertama di luar China yang diberi lesen bagi merangkumkan harga penyelesaian niaga hadapan komoditi DCE ke dalam penawaran produk kami.

 “Selain kontrak niaga hadapan sedia ada, peserta pasaran kini boleh memanfaatkan FSOY sebagai alat pengurusan risiko untuk melindung nilai daripada turun naik harga semasa ketidakstabilan pasaran dan kerumitan perubahan pasaran antarabangsa,” kata Pengerusi BMD dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift.

BMD merupakan pengendali kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah yang paling aktif di dunia, manakala DCE mengendalikan kontrak niaga hadapan minyak kacang soya paling rancak di peringkat global.

“Pelancaran FSOY adalah hasil kerjasama pragmatik yang selaras dengan ‘Belt and Road’ selain meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

“Ia memperkayakan alatan yang tersedia untuk peserta rantaian industri minyak dan lemak global dalam mengurus risiko harga serta mengukuhkan hubungan antara pasaran hadapan kedua-dua negara,” kata jurucakap DCE.

Pada 2023, Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE menjadi kontrak niaga hadapan minyak kacang soya yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia, dengan transaksi sebanyak 204 juta kontrak.

Sementara itu, Pengarah BMD Mohd Saleem Kader Bakas berkata pelancaran itu tepat pada masanya, memandangkan perkembangan dalam penggunaan minyak kacang soya yang agak dinamik sebagai minyak masak dan bahan suapan untuk biofuel.

“FSOY membenarkan peniaga antarabangsa mengambil bahagian dalam perdagangan niaga hadapan minyak kacang soya berdasarkan asas pasaran China, sambil pada masa yang sama menyediakan fleksibiliti untuk berdagang niaga hadapan minyak sawit mentah di bursa yang sama.

“Ini membolehkan peniaga merebut peluang timbang tara antara dua komoditi yang biasa menjadi gantian melalui dagangan tebaran,” tambahnya.

FSOY ialah kontrak penyelesaian tunai dalam denominasi dolar US (USD), dengan harga penyelesaian akhir dikira berdasarkan harga penyelesaian penghantaran sekali sahaja Kontrak Hadapan Minyak Kacang Soya DCE menjelang hari dagangan ke-10 DCE pada bulan penghantaran.

BMD menjelaskan bahawa harga itu, kemudiannya diselaraskan bagi penukaran daripada Renminbi kepada USD, dan dibundarkan kepada US$0.25 yang terdekat.

“Melalui kontrak itu, pelarasan ini membolehkan peniaga antarabangsa dan pengeksport produk kacang soya fizikal ke China melindung nilai risiko harga mereka dengan berkesan,” kata bursa itu. .

Peserta pasaran boleh berdagang FSOY semasa sesi dagangan pagi dan petang (9 pagi-6 petang Isnin hingga Jumaat) serta sesi dagangan selepas waktu (T+1) (9 malam-11.30 pagi dari Isnin hingga Khamis).

Untuk maklumat lanjut mengenai kontrak FSOY, sila lawat https://bit.ly/fsoy

— BERNAMA

Penafian: Produk di atas adalah tidak patuh syariah. Artikel sebagai pemberitahuan terkini sahaja.