4 Kelebihan Buka Akaun Unit Trust Dengan FundSuperMart

Pelaburan unit trust melalui laman web FundSuperMart adalah satu perkara yang dapat memudahkan dan menyenangkan banyak urusan buat mereka yang ingin membuka akaun persendirian unit trust untuk melabur. Banyak kelebihan yang akan anda perolehi jika menggunakan aplikasi ini untuk pelaburan unit trust anda.

Kalau sebelum ini kami ada kongsikan 4 Langkah Untuk Buka Akaun Unit Trust Dengan FundSuperMart, kini kita tengok pula 4 kelebihan menggunakan platform ini.

1. Tidak Perlu Ke Kaunter

Anda tanpa perlu bersusah payah ke kaunter perkhidmatan pelaburan untuk memantau perkembangan pelaburan yang telah anda buat. Kini anda boleh lakukan segala jenis transaksi kewangan secara online saja.

Walaupun anda berada di rumah ataupun sedang sibuk di pejabat, anda juga boleh membuat pemantauan terhadappelaburan anda. Memang jimat masa dan tenaga apabila semuanya boleh dilakukan di atas talian.

2. Caj Broker Yang Rendah

Caja yang dikenakan dalam perkhimatan FundSuperMart ini adalah serendah 1.75% sahaja, banyak beza berbanding denga pelaburan ejen-ejen unit trust lain yang mengenakan caj sehingga 6%.

Bagi pelabur baru pula, caj yang dikenakan adalah serendah 1% sahaja bagi mana-mana dana amanah dalam tempoh masa satu bulan yang pertama. Kiranya jika anda melabur RM1,000, jumlah pelaburan anda setelah tolak 1% bersamaan dengan RM990 akan digunakan untuk membeli unit amanah saham tersebut.

3. Maklumat Boleh Didapati Dengan Mudah

Apa yang lebih menguntungkan dan memudahkan segala urusan anda adalah segala jenis maklumat berkaitan dana boleh anda dapati terus daripada laman web FundSuperMart. Maklumat-maklumat ini termasuklah prospektus dana yang mempunyai banyak maklumat berguna seperti kadar pulangan tahun-tahun lepas dan sebagainya.

Bagi anda yang merupakan pelabur baru, ia mungkin mula-mula susah untuk memahaminya; tapi lama-kelamaan pasti akan faham juga. Lagi best apabila anda boleh mendapatkan khidmat Client Investment Specialist FundSuperMart yang boleh membantu anda.

4. Pelaburan Minimum Serendah RM100

Dengan wang minimum serendah RM100, anda sebenarnya sudah boleh membuat pelaburan menggunakan kaedah dollar-cost averaging. Sekurang-kurangnya, dapat juga anda membina tabung persaraan atau tabung pendidikan anak anda menggunakan cara ini.

Dengan cara ini juga, ia dapat memupuk serta mendidik anda untuk melabur secara konsisten dan berdisiplin.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang FundSuperMart dan cara-cara untuk membuka akaun dengan mereka, silakan baca 4 Langkah Untuk Buka Akaun Unit Trust Dengan FundSuperMart.

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.