4 Langkah Untuk Buka Akaun Unit Trust Dengan FundSuperMart

Majoriti dari kita mesti biasa melabur dalam unit trust melalui ejen. Sedikit sebanyak mesti terkesan dengan caj bayaran yang tinggi sampai mencecah 6% daripada modal anda. Dan apabila anda melabur ke dalam unit trust tersebut, pilihan anda hanya terhad kepada dana yang ditawarkan syarikat tersebut sahaja.

“Eh, boleh ke buka akaun unit trust sendiri kalau tak guna ejen?”

“Boleh bro…”

Anda boleh nikmati pelbagai faedah apabila menggunakan FundSuperMart untuk urusan jual beli unit trust anda. Di antara kelebihannya:

  • Caj belian yang rendah sekitar 1.75%, boleh rujuk caj yang dikenakan di sini
  • Banyak pilihan dana, terdapat 340 dana daripada 29 buah syarikat
  • Transaksi jual beli unit trust secara online
  • Tukar dana lain secara percuma, kalau rasa dana sedia ada tengah underperform

Siapa FundSuperMart Ni?

FundSuperMart merupakan joint-venture di antara OKS Investment Bank dan iFAST Corporation daripada Singapura.

Jangan risau kerana pelaburan ini adalah sah dan mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).

Ada 3 Portfolio Patuh Syariah Yang Anda Boleh Labur

Malah, kita sebagai orang Islam yang wajib melabur ke dalam dana patuh syarah, FundSuperMart turut menawarkan 3 portfolio mengikut tahap risiko masing-masing.

Pandai FundSuperMart laburkan untuk kita dengan mempelbagaikan portfolio dan dana, sesuai dengan konsep ‘Dont put all your eggs in one basket‘.

4 Langkah Untuk Membuka Akaun FundSuperMart

Langkah 1:

Log in ke laman web FundSuperMart. Lihat di bahagian atas sebelah kanan laman fundsupermart tersebut, dan tekan pada ‘’Open An Account’’.

Langkah 2:

Jika anda pertama kali ingin membuka akaun persendirian, anda boleh tekan ‘New Personal Account’’.

Langkah 3:

Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat akaun yang diperlukan oleh pihak FundSuperMart. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan secara terperinci.

Langkah 4:

Terakhir sekali, perlu print borang tersebut dan sign di atasnya. Kemudian sertakan sekali bersama salinan Kad Pengenalan / Passport beserta salah satu dokumen berikut:

  • Penyata bank
  • Bil utility
  • Penyata KWSP
  • Lesen Memandu

Boleh hantar dokumen tersebut melalui emel, faks atau pos biasa.

3 Hari Bekerja Untuk Aktifkan Akaun

Cuma perlu tunggu 3 hari bekerja selepas pihak FundSuperMart menerima dokumen tersebut dan memprosesnya; barulah anda boleh mulakan langkah untuk membeli unit trust sendiri. Dah mula melabur ni, kenalah banyak membaca hal-hal ekonomi, tahu pasal harga minyak sedunia, catalyst-catalyst lain yang bakal mempengaruhi turun naiknya harga saham amanah anda tadi.

Boleh juga baca:

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.