Boleh Ke Nak Melabur Dalam Unit Trust Menggunakan Simpanan KWSP?

Kita semua sedia maklum bahawa tujuan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk kegunaan ketika bersara nanti. Setiap bulan gaji kita akan dipotong untuk tujuan simpanan dalam KWSP ini.

Namun, ada cara untuk kita kembangkan lagi pelaburan yang ada melalui pelaburan ke dalam unit trust. Tapi apakah syarat yang dikenakan oleh KWSP?

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli (SPA)

Mulai 1 Januari 2017, kuantum baru Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli telah dilaksanakan. Kuantum baru ini menetapkan RM240,000 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang minimum untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun, iaitu daripada umur 55 tahun sehingga umur 75 tahun selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia.

Definisi Simpanan Asas

Sumber: Laman Web KWSP

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Rasional

Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM1,00.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

Syarat-Syarat Yang Ditetapkan

Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.

Jom kita tengok contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.

Contoh Pengiraan #1

Cik Ain berusia 24 tahun dan sudah bekerja untuk beberapa tahun. Beliau mempunyai simpanan RM16,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Merujuk kepada jadual simpanan asas dalam akaun 1 KWSP di atas, bagi mereka yang berumur 24 tahun perlu ada simpanan asas RM15,000.

Macam mana nak tahu adakah Cik Ain layak untuk melabur dan berapa jumlah yang dia boleh laburkan?

Gunakan formula di bawah:

(Akaun 1 – Jumlah simpanan asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan

Bagi kes Cik Ain:

(RM16,000 – RM15,000) x 30% = RM300

Jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. Jadi untuk Cik Ain, beliau tidak layak untuk melabur dalam unit trust menggunakan akaun 1 KWSP beliau.

Contoh Pengiraan #2

Encik Yusuf berusia 30 tahun dan kini mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 dalam akaun 1 KWSP.

Merujuk kepada jadual simpanan asas dalam akaun 1 KWSP di atas, bagi mereka yang berumur 30 tahun perlu ada simpanan asas sebanyak RM35,000.

Macam mana nak tahu adakah Encik Yusuf layak untuk melabur dan berapa jumlah yang dia boleh laburkan?

Gunakan formula di bawah:

(Akaun 1 – Jumlah simpanan asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan

Bagi kes Encik Yusuf:

(RM50,000 – RM35,000) x 30% = RM4,500

Jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. Jadi untuk Encik Yusuf, beliau boleh melabur sehingga RM4,500 ke dalam unit trust menggunakan akaun 1 KWSP beliau.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.