Golongan Kaya “Mengawal” Simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang sering disebut-sebut sebagai instrumen pelaburan terbaik untuk golongan Bumiputera, nampaknya hanya “dikawal” oleh segelintir kecil sahaja.

Tak percaya? Lihat saja fakta di bawah:

Sumber: Jawapan Bertulis Parlimen

590,000 Orang Bumiputera Ada Sejumlah RM137.93 Bilion

Kalau kita perhalusi lagi golongan kaya-raya yang menyimpan dalam ASB:

Jumlah simpanan terkumpul 550,000 individu bersamaan dengan RM103.09 bilion. Secara puratanya setiap seorang daripada mereka mempunyai simpanan sebanyak RM187,452.

Bagaimana pula dengan golongan teratas yang ada lebih daripada RM500,000 dalam ASB?

Jumlah simpanan terkumpul 40,000 individu bersamaan dengan RM34.840 bilion. Ini membuatkan jumlah simpanan purata adalah sebanyak RM871,014 setiap seorang.

Yang Kaya Semakin Kaya

Daripada segi simpanan dalam ASB pun, kita dapat lihat bahawa jurang kekayaan di antara yang terkaya dan yang termiskin adalah terlalu besar.

Golongan majoriti sebanyak 95.5% dalam ASB pun tidak dapat menandingi golongan minoriti sebanyak 4.5% ini.

95.5% Pelabur ASB Yang Mempunyai Kurang Daripada RM100,000 = RM78,869.92 Juta

4.5% Pelabur ASB Yang Mempunyai Lebih Daripada RM100,000 = RM137,939.2 Juta

Tambah Ilmu Pelaburan

Memang sudah diputuskan rezeki masing-masing oleh Allah, tetapi tidak salah sekiranya kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan dan tahap kewangan diri sendiri dan keluarga. Jadikanlah golongan yang kaya ini sebagai sumber inspirasi dan berusahalah untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Tanamkan niat apabila kita sudah berjaya esok, kita akan tolong lebih ramai orang dengan kekayaan dan ilmu yang penuh di dada.

Man Jadda Wa Jada

‘Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan peroleh hasilnya, InsyaAllah”

Sumber rujukan: Malaysia Kini

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.