12 Jenis ‘Bias’ Dalam Menganalisa Pasaran

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa kadang-kadang orang yang bertaraf genius, pengarah syarikat, atau profesional pun boleh tersilap langkah dalam pelaburan?

Hakikatnya, pasaran saham bukan sekadar permainan nombor, data, atau laporan kewangan. Ia adalah perlawanan psikologi dengan diri sendiri.

Selalu sangat kita fikir kita buat keputusan secara rasional. Tapi tanpa sedar, otak kita dikawal oleh ‘BIAS’ iaitu kecenderungan minda untuk membuat pertimbangan yang berat sebelah.

Pada tahun 1923, 7 individu paling kaya dan berpengaruh di Amerika Syarikat berkumpul di Hotel Edgewater, Chicago. Kekayaan mereka pada waktu itu mengatasi kekayaan gabungan seluruh rakyat Amerika. Namun, dalam tempoh 10 tahun selepas The Great Depression (1929), ada antara mereka yang menjadi muflis papa kedana, malah ada yang berakhir dengan membunuh diri!

Siapakah mereka ini?

1. Jesse Livermore: ‘The Greatest Bear on Wall Street‘

2. Charles M. Schwab: Presiden syarikat keluli terbesar dunia

3. Arthur Cutten: ‘The Greatest Wheat Speculator’

4. Richard Whitney: Presiden New York Stock Exchange (NYSE)

5. Albert B. Fall: Senator dan menteri kabinet

6. Leon Fraser: Presiden International Bank of Settlement

7. Ivar Kreuger: ‘The Match King’

Tahukah anda apa yang terjadi pada mereka dalam lebih kurang 10 tahun selepas The Great Depression yang berlaku pada tahun 1929?

Schwab dan Cutten menjadi muflis sehingga penghujung hayat mereka, Whitney dan Fall seringkali melakukan cubaan untuk membunuh diri. Fraser, Kreuger dan Livermore (yang pernah mendapat gelaran The WallStreet Tycoon) telah membunuh diri.

Berdagang dan melabur saham bukanlah satu kerja yang mudah. Kita perlu keluar daripada kelompok pemikiran orang biasa. Malah, psikologi perlu sentiasa dijaga.

Dipercayai sebahagian daripada mereka menemui kegagalan pada masa itu disebabkan wujudnya bias dalam membuat tindakan.

Apa itu bias? Bias adalah kecenderungan dalam membuat keputusan dan mungkin akan jadi berat sebelah dalam banyak keadaan.

Jika individu bernilai jutaan ringgit pun boleh tumbang disebabkan bias psikologi, apatah lagi kita sebagai pelabur biasa.

Ayuh kita fahami 12 jenis bias paling bahaya dalam menganalisis pasaran saham, supaya kita tak lagi kena “kencing” dengan minda sendiri

1. Anchoring Bias

Bermaksud individu yang sangat percaya pada kefahaman/pandangan mereka pada pertama kali menerima maklumat.

Contohnya ketika kita sedang menganalisa pasaran saham dan disebabkan semua data pasaran kelihatan positif, kita pun beli saham tersebut.

Disebabkan kita tidak mempertimbangkan maklumat lain, kita pun tersilap langkah dalam membuat tindakan. Cara penyelesaiannya, kita perlu mencari individu yang lebih pandai yang bercanggah pendapat dengan kita mengenai pasaran tersebut.

Bukan untuk mempengaruhi tindakan kita, tetapi untuk menepis sejauh mana pandangan dan maklumat yang kita dapat adalah betul atau masih terdapat kekurangan bagi membaiki tindakan tersebut.

2. Availability Heuristic Bias

Kita terlalu mempercayai maklumat yang diterima. Contohnya kita mempercayai pengganas di Amerika Syarikat adalah faktor utama kepada ancaman nyawa rakyat Amerika. Disebabkan itu, keseluruhan media massa di sana memaparkan berita tentang ancaman aktiviti pengganas.

Tetapi tahukah anda, jika dilihat pada perspektif yang lain, maklumat yang disampaikan oleh media massa adalah 55 kali ganda lebih berbahaya daripada pengganas. Risiko anda dibunuh oleh lembu lebih tinggi, berbanding dibunuh pengganas menurut Consumers Product Community Commission.

Walaupun polis menjaga keamanan di Amerika Syarikat tetapi kita lebih berpotensi sebanyak 130 kali ganda terbunuh di tangan polis berbanding pengganas. Semua ini disebabkan manusia membuat tindakan kepada sebarang analisa melalui berita dan pengaruh media massa berbanding fakta dan statistik.

3. Bandwagon Effect Bias

Manusia mempercayai sesuatu perkara bukan berdasarkan kepada kepercayaan mereka sepenuhnya, tetapi berdasarkan kepada kepercayaan orang ramai. Dalam erti kata lain, kita terikut-ikut dengan tindakan dan kepercayaan orang lain.

Contohnya, kita membeli sesuatu saham disebabkan kita melihat orang ramai juga membeli saham tersebut, bukan disebabkan hasil daripada analisa pasaran yang kita sendiri lakukan.

4. Choice Supportive Bias

Mempertahankan pendapat, pandangan dan tindakan disebabkan itulah perkara yang dipercayai 100%. Tiada pertimbangan dibuat walaupun masih terdapat kekurangan dan kelemahan terhadap pendapat, pandangan dan tindakan tersebut.

Contohnya kita berkata saham X adalah sesuai untuk dibeli kerana kita sudah memilikinya, tetapi orang lain berpandangan ia sudah berada di paras yang terlalu tinggi.

5. Confirmation Bias

Individu yang mempercayai maklumat berdasarkan kesesuaian dengan kepercayaan yang mereka miliki.

Contohnya dalam analisa pasaran, apabila indikator X bersilang dengan indikator Y, maka sesuai untuk beli saham tersebut tanpa mempertimbangkan faktor lain seperti analisa fundamental saham tersebut.

6. Ostrich Bias

Individu yang hanya menerima maklumat yang positif dan baik, kemudiannya menolak maklumat-maklumat negatif dan kurang baik yang bercanggah dengan pendapat mereka.

7. Outcome Bias

Mereka mengabaikan hasil daripada tindakan mereka. Contohnya mereka berpandapat bahawa kurang sesuai untuk membeli Saham ABC disebabkan tekanan daripada faktor lain, tetapi mereka tetap melaksanakan pembelian walaupun mereka tahu risiko untuk mereka rugi adalah tinggi.

8. Overconfidence Bias

Anda terlalu yakin terhadap analisa pasaran yang telah dibuat. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai rekod kejayaan yang tinggi.

Ianya menyebabkan anda terlalu yakin sehingga mengabaikan faktor lain yang mungkin boleh menjejaskan tindakan anda.

9. Placebo Bias

Kita mempercayai bahawa kaitan hasil dengan apa yang dilakukan adalah bersesuaian. Contohnya kita membeli Saham XYZ disebabkan analisa fundamental yang positif lalu saham XYZ meningkat.

Di lain hari, jika kita melihat saham DEF menunjukkan persepsi yang sama, pandangan kita juga akan sama seperti saham X tersebut. Walaupun sebenarnya kejayaan anda melabur dalam saham X banyak dibantu oleh nasib.

10. Survivorship Bias

Individu yang berpandapat bahawa jika mereka melakukan perkara atau tindakan yang sama seperti mereka yang berjaya, hasilnya juga akan sama.

Contohnya jika pelabur tersohor seperti Warren Buffet mengamalkan Value Investing dalam falsafah pelaburan beliau, kita yang buat perkara yang sama akan menghasilkan kejayaan seperti beliau.

11. Selective Perception Bias

Memilih maklumat tertentu untuk mengelakkan kesan buruk. Contohnya kita peminat kelab bola sepak Chelsea, kita mengikuti semua perkembangan terkini tentang kelab bola sepak tersebut.

Namun kita menolak semua informasi berkaitan Liverpool yang lebih kuat berbanding Chelsea. Maklumat seperti kehebatan Liverpool semuanya ditolak disebabkan kita penyokong Chelsea.

12. Blind Spot Bias

Jika kita tanya seseorang individu bijak pandai tentang sejauh mana mereka bias berbanding individu lain, semestinya mereka menjawab mereka kurang bias berbanding orang lain.

Namun semua orang sebenarnya berpotensi untuk mengalami bias, sama ada kita sedar atau tidak.

Charles Munger yang merupakan ikon dalam dunia pelaburan telah merumuskan Psychology Human Misjudgement – 25 Cognitive Bias dalam memantapkan falsafah pelaburan beliau. Adakah bias-bias ini kita boleh elakkan atau manfaatkan?

Sudi sekiranya kami menyelitkan kata-kata hikmat dari Paul Tudor Jones:

“Everyday I assume every position I have is wrong“

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.