Kalau Nak Bayar Hutang PTPTN Guna Wang KWSP, Ikut 5 Langkah Ini

Sebaik sahaja menamatkan pengajian tinggi, beban yang terawal yang harus difikirkan adalah hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pinjaman tersebut perlu dilunaskan secara ansuran bulanan.

Bukan semua orang bernasib baik untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat setelah bergelar seorang graduan. Ada juga yang dah bekerja bertahun-tahun lamanya pun masih menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik.

Ramai masih belum tahu bahawa pinjaman PTPTN boleh dibayar menggunakan wang yang ada di dalam Akaun 2 KWSP. Jom kita tengok langkah-langkah untuk bayah balik hutang PTPTN menggunakan wang dalam KWSP.

Boleh menggunakan Akaun 2 KWSP si peminjam atau Ibu Bapa.

Amaun layak dimohon tertakluk kepada:
1. Jumlah baki tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Pemberi Pinjaman; atau
2. Baki dalam Akaun 2, yang mana terendah.

Semak Baki Pinjaman Anda

Sebelum membuat pengeluaran KWSP, jom semak baki pinjaman anda melalui myPTPTN dengan ikuti langkah di bawah:

  1. Layari myPTPTN di sini
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk Log Masuk myPTPTN
  3. Klik “Semakan Penyata”

1. Daftar dan Log Masuk i-Akaun

Pertama sekali, kita perlu daftar i-Akaun terlebih dahulu. Selepas itu, kita perlu aktifkan pula akaun tersebut.

Apabila akaun dah siap dan dah aktif, barulah kita boleh log masuk di laman web KWSP dan masukkan kata laluan sementara yang diterima.

2. Memohon Pembayaran Baru

Selepas berjaya log masuk ke akaun i-Akaun, klik ‘Pengeluaran’ di bahagian menu atas. Kemudian klik ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.

Selepas itu, akan keluar satu ‘pop up’ yang terdapat butang ‘OK’. Klik butang ‘OK’ tersebut. Maka akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang terlibat (taip PTPTN), ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman), ruangan peringkat (apa yang anda pelajari) dan ruangan permohonan (pilih diri sendiri).

3. Periksa Jumlah Kelayakan

Selepas siap mengisi butiran tersebut, kita cuma perlu klik butang ‘seterusnya’ dan butang ‘terima’. Di sini, anda perlu mengemaskini maklumat diri anda.

Selepas selesai mengemaskini maklumat peribadi, masukkan nombor rujukan matriks semasa kita belajar di ruangan maklumat pengeluaran.

Seterusnya, jumlah kelayakan anda akan dipaparkan. Jadi, berdasarkan baki akaun 2 KWSP anda, baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam akaun.

Bergantung kepada kita nak bayar banyak mana kepada pihak PTPTN.

4. Proses Bayaran PTPTN Akan Dilakukan Oleh Pihak PTPTN

Apabila selesai membuat permohonan, pihak PTPTN akan memproses permohonan tersebut. Biasanya masa yang diambil adalah kurang daripada satu minggu.

Selepas diluluskan, kita akan terima SMS daripada pihak KWSP.

5. Bawa Dokumen Yang Diperlukan Ke Cawangan KWSP Terdekat Apabila Permohonan Lulus

Apabila permohonan bayaran PTPTN telah diluluskan oleh KWSP, kita perlu ke cawangan KWSP terdekat untuk mengambil cop jari (thumb print). Jangan lupa juga untuk membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, sijil-sijil dan sebagainya.

Selepas itu, proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari dan boleh membuat semakan di i-akaun KWSP anda.

Kesimpulannya, cara ini perlu dilakukan sekiranya setiap kali anda mahu membayar PTPTN mengguna wang KWSP. Caranya amat mudah dan pantas. Bagi yang belum bayar PTPTN, gunalah cara ini kerana akan menjimatkan masa anda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA