5 Jenis Emosi Dalam Saham

Sebagai seorang manusia yang normal, kita mempunyai emosi yang seiring dengan kehidupan kita. Emosi kita memainkan peranan yang sangat penting dalam tingkah laku kita setiap hari. Dalam pelaburan saham juga begitu, kita tidak boleh lari daripada emosi yang boleh mengganggu fikiran kita.

Seseorang yang ingin menjadi pelabur saham WAJIB perlu ada kawalan emosi.

Jom tonton 5 jenis emosi yang harus dielakkan bagi pelabur saham.

Berdasarkan kepada video di atas, ada 5 jenis emosi dalam saham yang perlu kita ambil iktibar.

  1. Takut
  2. Berharap
  3. Tamak
  4. Cemburu
  5. Terikut-ikut

Tidak salah mempunyai emosi kerana itu fitrah sebagai seorang manusia. Namun emosi yang berlebih-lebihan atau emosi yang tidak dikawal akan membawa kepada perkara yang tidak baik.

Ramai pelabur saham terciduk dek kerana terikut-ikut dengan emosi. Kadang-kadang ada yang terlalu takut untuk berbuat apa-apa kerana risau akan rugi.

Kawal emosi anda terutama ketika sedang melabur. Ingat trading plan yang telah dilakukan dan berpegang teguh kepada apa yang telah anda rancang.

Bagaimana nak kawal emosi dengan lebih baik? Anda perlu kenal pelaburan saham dengan lebih mendalam. Carilah ilmu. Ilmu pasti dapat membantu anda.

Selamat melabur!

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda ‘Zero’ tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia, sertai webinar-webinar anjuran Asri Ahmad Academy dengan kerjasama Bursa Malaysia dan RHB Investment Bank.

Previous ArticleNext Article

Pelabur Asing Akhiri Dua Minggu Aktiviti Belian, Bawa Keluar US$1.71 Bilion Dari Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Pelabur asing beralih menjadi penjual bersih, mengakhiri aktiviti belian bersih mereka selama dua minggu berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas dengan mencatatkan aliran keluar bersih asing bernilai US$1.71 bilion.

MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 17 Okt, 2025 berkata antara pasaran yang dipantau hanya melibatkan India, Korea Selatan dan Indonesia mencatatkan aliran masuk bersih asing, manakala selebihnya menyaksikan aktiviti jualan bersih yang didahului oleh Taiwan, yang merekodkan aliran keluar terbesar di rantau ini.

“India meneruskan aliran belian bersih asing selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih asing terbesar di rantau ini sebanyak US$968.5 juta, meningkat sebanyak 4.9 kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

“Korea Selatan meneruskan aktiviti belian bersih asing selama tiga minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih asing sebanyak US$569.5 juta, manakala Indonesia melanjutkan aliran belian bersih asing selama dua minggu berturut- turut dengan mencatatkan belian asing bernilai US$117.9 juta,” katanya.

Di Malaysia pula, MBSB IB berkata pelabur asing meneruskan aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM962.8 juta.

Ia berkata pelabur asing merupakan penjual bersih pada setiap hari dagangan minggu lepas, dengan aktiviti jualan bersih tertinggi dicatatkan pada Isnin sebanyak RM393.5 juta, diikuti Selasa (-RM320.0 juta), Jumaat (-RM190.8 juta) dan Rabu (-RM47.5 juta).

“Aliran keluar paling kecil berlaku pada Khamis yang menyaksikan pengeluaran sederhana berjumlah RM11.0 juta,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata hanya tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk bersih asing minggu lalu iaitu produk pengguna dan perkhidmatan (RM518.9 juta), teknologi (RM87.3 juta) dan pembinaan (RM6.5 juta).

Ia berkata tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (-RM835.5 juta), penjagaan kesihatan (-RM270.3 juta), dan utiliti (-RM106.7 juta).

MBSB IB turut berkata pelabur institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan pembelian sebanyak RM1.32 bilion, manakala peruncit tempatan meneruskan aliran jualan bersih selama enam minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM357.4 juta.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatatkan peningkatan secara menyeluruh minggu lalu, dengan peruncit tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 26.7 peratus dan 18.7 peratus, manakala institusi tempatan menyaksikan penurunan sebanyak 4.3 peratus,” katanya.
— BERNAMA