Apa Perkara-Perkara Yang Newbie Perlu Tahu Tentang Saham

Ikuti perkongsian daripada Tuan Che Muhammad Faiz yang rajin berkongsi di Facebook dan Twitter beliau berkenaan pelaburan saham. Beliau yang bekerja sebagai Dealer’s Representative di Maybank Investment Bank, baru-baru ini telah lulus ujian MSTA pula dan kini bergelar seorang Certified Chartist.

Alah, yang pengkaji carta tu, beliau ni kira hebat lah!

Sebelum kita pegi dengan lebih mendalam, eloklah kita faham kan dulu apa benda saham ni sebenarnya. Kerana bila kita nak melabur di dalam sesuatu instrumen pelaburan, WAJIB kita kenal dulu latar belakang nya. Iye lah macam pepatah ada mengatakan,

“TAK KENAL MAKA TAK CHENTA”

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah saham ini merupakan satu perniagaan. Dari pihak pemilik mahupun pelabur ianya satu perniagaan. Dari pihak pemilik, mari kita sama-sama melihat kronologi tentang saham:

Fifi ingin memulakan perniagan menjual satay di kawasan perumahan nya. Sebagai modal permulaan, Fifi mengeluarkan modal sebanyak RM2000 untuk menjalankan perniagan menjual satay.

Perniagaan Fifi berkembang dan Fifi memerlukan modal yang lebih banyak untuk perniagaannya. Lalu Fifi pergi ke Bank untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan sataynya.
Perniagaan terus berkembang, kini permintaan terhadap Satay Fifi bukan sahaja di dalam negara, malah ke negara jiran. Fifi perlu modal yang lebih banyak dan untuk meminjam wang daripada bank, kadar keuntungan bank sangat tinggi.

Jadi untuk mendapatkan kos yang lebih rendah, Fifi ingin menjual 50% pegangan beliau kepada orang awam untuk mendapatkan modal. Selepas melalui beberapa proses, 200,000 unit saham Satay Fifi akan dijual. Kini syarikat Fifi memakai gelaran ‘Berhad’ sempena penjualan pegangan saham beliau kepada orang awam.

Begitulah perjalanan perniagaan sehingga berjaya di apungkan saham syarikat tersebut. Proses apungan saham kepada orang awam pula di panggil “Initial Public Offering” ataupun dalam kata mudah IPO.

Dari pihak pelabur ataupun pedagang saham, mereka boleh terlibat di dalam perniagaan ini dengan beberapa cara iaitu:

Membeli saham ini ketika IPO. Apabila syarikat melakukan IPO, para pelabur atau pedagang boleh lah membeli saham ini dengan lebih awal. Harga pula berdasar kan “offering price” yang di nyatakan didalam prospektus.

Para pelabur atau pedagang juga boleh melakukan jual beli saham syarikat selepas syarikat ini “listing” di Bursa Malaysia.

Setiap Perniagaan Ada Untung Rugi

Sepertimana yang kita ketahui, untung rugi adalah lumrah kehidupan setiap perniagaan yang ada di dunia ini. Mana mungkin ada bisnes yang untung saja, tak pernah rugi?

Sedangkan berniaga nasi lemak di tepi jalan pun, kalau ditakdirkan pagi tersebut hujan lebat; ramai orang mungkin tak singgah untuk membelinya. Maka terpaksalah peniaga tersebut menanggung kerugian pada hari itu.

Samalah juga dengan pelaburan saham. Ada saham yang akan untung dan ada saham yang akan rugi.

Tengok saja:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.