Bagaimana Kita Hidup Dalam Dunia Gergasi

Hari ini, hampir semua perkara dalam hidup kita seperti urusan kerja, hiburan, komunikasi bergantung kepada teknologi. Dan di sebalik teknologi itu, berdiri beberapa syarikat gergasi yang menguasai pasaran dunia.

Di sinilah bermulanya kisah Kamal.

Kalau tanya Kamal pasal saham global, jawapannya mudah:

“Ala… itu untuk orang kaya je. Aku ni orang biasa-biasa.”

Pada fikirannya, dunia saham luar negara terasa jauh sangat. Macam sesuatu yang hanya orang besar dan kaya sahaja faham. Tetapi bila diperhatikan betul-betul, hidup seharian Kamal sebenarnya sudah “dikelilingi” oleh syarikat-syarikat gergasi atau terbesar dunia. Dan yang menariknya Kamal langsung tak perasan.

Pagi bermula dengan Apple

Setiap hari, hidup Kamal bermula dengan bunyi alarm daripada iPhone di tepi katil. Dia buka mesej, periksa cuaca, tengok notifikasi.

Tanpa sedar dia sudah pun berada dalam ekosistem Apple.

Di pejabat Microsoft jadi penyelamat

Masuk kerja, bos minta laporan kewangan.

Kamal buka Excel, taip surat di Word, dan bentang kepada pasukan melalui PowerPoint. Tools ini sudah jadi bahasa universal dunia kerja.

Nak cari segala info? Jawapannya Google

Ketika rehat tengah hari, Kamal nak tahu cara buat kopi latte.

Dia taip di Google.
Lepas itu, “tersangkut” pula tengok video di YouTube.

Beli barang luar negara dari rumah

Balik rumah, Kamal teringat nak beli keyboard baharu.

Dia buka Amazon, banding harga, baca review, dan tekan butang “Add to cart”.
Zaman dulu, beli barang luar negara susah. Sekarang – klik sahaja.

Satu lagi sebab Kamal suka Amazon sebab banyak barang yang susah nak jumpa di kedai biasa, di situlah dia jumpa. Dari aksesori komputer sampai alat hobi yang pelik-pelik, semua ada. Cuma kadang-kadang kena sabar tunggu barang sampai.

Dunia sosial Meta ambil alih masa lapang

Sambil menunggu order sampai, tangan automatik buka Instagram.
Sekejap tengok Threads, sekejap scroll Facebook.Tiba-tiba muncul iklan kasut lari. Sekali tengok je, terus rasa macam perlu. Dia klik, tengok harga… simpan dalam wishlist dulu.

Tiba-tiba WhatsApp pula berbunyi. Ada kawan mesej ajak minum malam nanti.
Tanpa sedar, dari satu aplikasi ke satu aplikasi hari Kamal bergerak dalam dunia digital yang semuanya dimiliki gergasi.

Di jalan raya simbol masa depan

Beberapa minggu lepas, dia sendiri baru tukar ke kereta elektrik Tesla, bukan sebab nak nampak hebat,
tetapi sebab jimat minyak dan teknologi yang memudahkan hidup.

Teknologi tersembunyi Nvidia

Malamnya, Kamal buka laptop untuk bermain game.

Semuanya lancar – grafik cantik, tak lagging.

Dia tak perasan pun bahawa komputer itu menggunakan cip grafik Nvidia yang bukan saja untuk main game, tapi juga teknologi AI dan data center di seluruh dunia.


Sedar tentang “kebenaran”

Satu malam, Kamal terbaca artikel tentang saham Magnificent 7.

Dia tengok senarai itu satu persatu… dan tiba-tiba ketawa kecil:

“Rupanya hampir setiap hari aku guna produk diorang. Tapi aku tak pernah fikir pun siapa di belakangnya.”

Pada saat itu, Kamal faham sesuatu yang penting:

Pelaburan saham bukan sekadar graf dan angka. Ia sebenarnya tentang memahami bisnes yang sudah pun berada dalam hidup kita.

Secara keseluruhan, saham 7 syarikat gergasi ini masih menunjukkan prestasi positif setakat tahun ini, dengan Alphabet dan Nvidia naik paling tinggi dalam tahun 2025. “Magnificent 7” merujuk kepada tujuh syarikat teknologi gergasi: Apple, Microsoft, Alphabet (Google), Amazon, Nvidia, Meta dan Tesla yang sering mendominasi pasaran saham dunia.

Kalau nak tahu dalam tempoh 5 tahun ini harga saham NVIDIA macam naik dalam +1,300% yang memang nampak luar biasa. Sebenarnya NVIDIA ada buat 2 kali buat stock split. Mereka memecahkan saham kepada unit lebih kecil supaya harga seunit nampak lebih rendah, tetapi nilai keseluruhan pelabur kekal sama.

  • 2024: 10-untuk-1
  • 2021: 4-untuk-1

Apa yang boleh kita belajar?

Walaupun kita rasa hidup ini biasa-biasa sahaja, sebenarnya setiap hari kita bergerak dalam ekosistem yang dibina oleh syarikat-syarikat gergasi dunia. Mereka menentukan cara kita bekerja, berhibur, belajar, membeli-belah dan berhubung antara satu sama lain, kadang-kadang tanpa kita sedari pun. Ini bukan bermaksud kita perlu kagum atau terus melabur dalam semua saham syarikat tersebut, tetapi lebih kepada menyedarkan diri bahawa di sebalik setiap aplikasi, perkhidmatan dan gajet yang kita gunakan, ada cerita bisnes yang besar.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu. Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.
MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.