
Kredit Gambar: pxfuel
Pasaran saham bergerak dalam kitaran yang ada iaitu Accumulation, Mark Up, Distribution dan Mark down. Kitaran ini berlaku dalam setiap time frame (TF) carta saham sama ada carta mingguan, harian, mahupun 1 jam.
Dengan kemahiran membaca kitaran yang berlaku, kita boleh mengambil peluang apabila berlaku perubahan pada kitaran tersebut. Kitaran yang dimaksudkan adalah Accumulation.
Apabila berlakunya breakout pada fasa accumulation, selalunya saham tersebut akan beralih kepada fasa markup di mana harga saham akan meneruskan aliran menaik.

Masa yang sesuai untuk kita mengambil posisi dalam pasaran adalah pada permulaan uptrend dalam fasa markup.
Mari kita lihat bagaimana cara untuk mengambil peluang apabila berlaku breakout pada fasa accumulation.
Contoh 1:

Contoh di atas fasa accumulation yang sangat lama bermula dari tahun 2017 sehingga tahun 2021.
Semakin lama fasa accumulation berlaku, semakin kuat momentum untuk harga naik apabila ia berjaya melepasi paras resistance. Paras resistance terkuat di atas adalah pada harga RM0.36.
Apabila harga berjaya melepasi paras tersebut dan disokong dengan volume yang besar ia menunjukkan momentum yang kuat untuk harga meneruskan aliran uptrend.
Selepas harga berjaya melepasi paras RM0.36, harganya terus melonjak naik sehingga paras RM3.00.
Contoh 2:

Contoh kedua pula menunjukkan saham yang berada dalam fasa mark down dan memasuki fasa accumulation apabila berada di bawah paras RM0.10. Accumulation berlaku selama setahun bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2020. Namun pada bulan Mei 2020, volume yang besar telah berjaya memecahkan paras harga RM0.10 tersebut.
Apabila harga memecahkan paras tersebut, harga terus melakukan aliran menaik. Saham tersebut mencapai harga tertinggi pada paras RM0.50.
Kenaikan melebihi 500% adalah satu kenaikan yang besar bagi sesuatu saham. Apa yang penting untuk kita lakukan adalah memastikan kita sentiasa mengikut trading plan.
Dalam semua teknik yang kita gunakan, objektif utama dalam kita melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan ROI yang baik. Teknik Breakout adalah teknik yang mudah untuk diaplikasikan dan sesuai digunakan untuk semua orang.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB