CANSLIM – ‘Supply dan Demand’ Mempengaruhi Pergerakan Saham

CANSLIM adalah sebuah kaedah untuk memilih saham yang bagus yang diasaskan oleh William J. O’Neil, seorang pelabur yang berjaya dalam sejarah dunia pelaburan saham.

CANSLIM adalah cara kajian saham secara menyeluruh untuk melihat segala aspek dalam sesebuah syarikat.

Pemilihan saham menggunakan kaedah CANSLIM adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah:

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Pada penulisan ini, kita akan tengok elemen ‘S’ iaitu supply and demand, yang merupakan kriteria keempat dalam CANSLIM.

Di sini kita boleh lihat perkembangan dalaman syarikat, sebagai contoh di mana berlaku pembelian semula saham syarikat oleh major shareholders.

Apabila aktiviti pembelian saham syarikat oleh shareholders sendiri, hal ini akan menyebabkan supply saham tersebut di dalam market menjadi berkurang.

Oleh itu, perkara ini membawa kepada permintaan (demand) yang meningkat. Dalam masa yang sama, syarikat saham tersebut sedang menghantar isyarat bahawa sentimen positif di kalangan lembaga pengarah dan mungkin sesuatu yang akan berikan impak besar akan berlaku.

Sebagai contoh, mari kita lihat syarikat BJCORP yang mana baru-baru ini pemegang saham terbesar membeli semula saham syarikat tersebut.

Gambar di bawah menunjukkan Tan Sri Vincent Tan mempunyai pegangan 23.76% saham di dalam BJCORP.

Sumber : Bursa Marketplace

Gambar seterusnya menunjukkan transaksi belian Tan Sri Vincent Tan.

Sumber : I3investor

Tan Sri Vincent Tan telah membeli semula saham BJCORP bermula pada penghujung bulan Januari 2021. Mari kita lihat apa yang berlaku kepada carta dan pergerakan saham tersebut.

Apabila supply semakin berkurang di dalam pasaran, kemungkinan harga akan naik adalah tinggi. Dengan itu, sebagai pelabur kita boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berganda dengan kaedah yang diterangkan.

Sumber : Trading View

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu sentiasa peka dengan berita semasa dan membuat kajian terperinci mengenai syarikat yang ingin kita laburkan.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘S’ sahaja, kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang baik.

*Untuk makluman, saham BJCORP adalah tak patuh syariah

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.