Lima Catalyst Penting Bagi Pasaran Saham Global Minggu Ini (15-19 Jun 2020)

Pasaran saham Wall Street mengalami kejatuhan yang agak besar pada minggu lalu dan menjadi tempoh lima sesi dagangan terburuk sejak bulan Mac. Walaubagaimanapun, Wall Street berjaya bangkit semula pada Jumaat (12 Jun 2020) di mana tiga indeks utama pasaran saham Amerika Syarikat mengakhiri sesi dagangan dengan membuat kenaikan lebih daripada satu peratus.

Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang mengandungi 30 syarikat terbesar dalam bursa saham Amerika Syarikat (AS) telah meningkat 1.90%.

S&P 500 yang sering dijadikan panduan prestasi keseluruhan ekonomi AS oleh sebilangan pelabur naik 1.32% manakala indeks Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 syarikat ditutup 1.01% lebih tinggi.

Satu petanda baik untuk para pelabur membawa sentimen positif tersebut ke dalam sesi dagangan minggu ini di mana prestasi meyakinkan tercatat pada akhir sesi dagangan minggu lalu.

Sentimen positif yang mengubah mood pasaran pada Jumaat adalah idea bahawa kemungkinan besar tiada lagi penutupan ekonomi AS selepas ini walaupun berlakunya gelombang kedua penularan Covid-19.

Sentimen pelabur berubah pada Jumaat selepas kejatuhan tiga hari berturut-turut pasaran saham AS bermula pada hari Selasa hingga Khamis. Dow Jones misalnya mengalami kejatuhan 6.9% pada hari Khamis (11 Jun 2020) selepas dua kejatuhan berturut-turut pada Selasa (9 Jun 2020) dan diikuti pada keesokannya harinya.

Hal ini berlaku disebabkan kebimbangan pelabur terhadap gelombang kedua penularan koronavirus selepas peningkatan mendadak kes positif di Texas, Arizona, dan California. Kejatuhan juga disumbang oleh kurangnya keyakinan bank pusat Federal Reserve (The Fed) pada sidang media yang dikendalikan oleh pengerusinya Jerome Powell pada awal pagi Khamis.

Apa yang mengubah mood pelabur pada Jumaat adalah komen oleh Setiusaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin yang menolak kemunkinan penutupan ekonomi kali kedua kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi.

Pattern yang sama dapat dilihat kepada pergerakan pasaran saham Asia yang mana majoritinya merekodkan kebangkitan pada sesi dagangan hari Jumaat. Dengan maklumat yang ada, dapat disimpulkan kita bakal memasuki sesi dagangn pada hari ini dengan sentimen yang positif jika tiada berita yang mengganggu sentimen pasaran sepanjang sesi Asia hinggalah sesi New York pada hari Isnin (15 Jun 2020).

Berikut adalah lima catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur sepanjang minggu ini.

1. Gelombang Kedua Penularan Covid-19

Minggu lepas pasaran saham dunia terjejas disebabkan kebimbangan pelabur terhadap gelombang kedua jangkitan wabak Covid-19.

Walaupun kerajaan AS telah meyakinkan pasaran bahawa tiada penutupan ekonomi selepas ini, tetapi gelombang kedua bakal memperlahankan momentum ekonomi yang baru sahaja dibuka.

Rakyat Amerika Syarikat khasnya telah banyak melanggar perintah kawalan dan kini negara itu kembali kepada keadaan yang sama sebelum penularan koronavirus. Sudah tentu jumlah kes bakal meningkat melihat kepada perkara ini.

Peningkatan kes berhubungan terus kepada jumlah kematian dan bakal menyebabkan ramai orang memilih untuk tinggal di rumah jika ia terus meningkat. Jika situasi menjadi lebih buruk, ekonomi yang baru sahaja mula untuk pulih terpaksa ditutup semula.

Terbaru, China pula merekodkan 57 kes baru Covid-19 dengan 36 daripadanya adalah penularan tempatan. Situasi ini agak membimbangkan kerana negara itu masih belum dapat keluar dari masalah ini sepenuhnya selepas lapan minggu tiada jangkitan tempatan dicatatkan.

2. Perkembangan Industri China

Ekonomi Amerika Syarikat dipacu oleh perbelanjaan pengguna, manakala China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia pula lebih banyak dipacu oleh faktor sebelah penawaran iaitu pengeluaran industri. Walaupun China kini cuba membina sektor perkhidmatannya, tetapi sektor pembuatan dan industri negara itu kekal yang terbesar di dunia.

Oleh itu, data pengeluaran industri yang dikeluarkan pada hari Isnin menjadi tumpuan pelabur bagi melihat keadaan semasa perkilangan di negara itu.

China setakat ini dapat mengawal penularan koronavirus dengan baik walaupun terdapat peningkatan yang membimbangkan pada hujung minggu lalu. Dengan jumlah penduduk paling banyak di dunia, China berjaya keluar daripada 10 tangga teraratas jumlah jangkitan Covid-19.

Walaupun China dapat membuka semula sektor perkilangan, pembuatan dan industri, tetapi permintaan dunia terhadap barangan dari China tidak dapat dipastikan. Kebanyakan penduduk di dunia masih berhati-hati dengan perbelanjaan dalam tempoh yang tidak menentu ini.

3. Mesyuarat Bank Pusat Utama Dunia

Di antara bank pusat yang akan bermesyuarat pada minggu ini adalah Bank of Japan (BoJ), Bank of England (BoE) dan Swiss National Bank (SNB).

Bank pusat England akan bermsyuarat pada hari Khamis (18 Jun 2020) dan berkemungkinan bank pusat akan memberikan isyarat lebih jelas tentang program pembelian bon. Selepas pertumbuhan ekonomi meleset pada April, berkemungkinan bank pusat United Kingdom itu bakal merangsang ekonomi dengan lebih aggresif melalui program pembelian bon.

BoJ akan bermesyuarat pada esok hari (16 Jun 2020) yang mana majoriti pelabur tidak menjangka ia memperkenalkan tindakan-tindakan yang baru. Masalah utama bank pusat ini sejak bertahun lamanya adalah untuk menaikkan kadar inflasi dan kini bacaan teras indeks harga pengguna (CPI) pada bulan April jatuh ke paras negatif buat pertama kali sejak tahun 2016.

4. Data Ekonomi Amerika Syarikat

Terdapat beberapa data ekonomi penting yang akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada minggu ini, antaranya adalah data jualan runcit. Data ini akan dikeluarkan pada hari Selasa (16 Jun 2020) yang mana menjadi petunjuk kepada tren perbelanjaan pengguna di negara itu.

Data sebelum ini pada bulan April merekodkan kejatuhan jualan sebanyak 16.4% dan bagi bacaan Mei dijangka akan pulih semula memandangkan ekonomi telah dibuka secara berperingkat pada bulan lalu.

Jumlah tuntutan pengangguran pula akan dikeluarkan pada hari Khamis (18 Jun 2020). Minggu lepas tuntutan yang direkodkan turun kepada hanya 1.5 juta di mana ia semakin berkurangan dari minggu ke minggu selepas ekonomi mula dibuka.

Data pengeluaran industri dan jumlah rumah yang baru dibina juga akan dikeluarkan pada minggu ini.

5. Komen Penting Pengerusi Jerome Powell

Minggu lalu pengerusi The Fed, Jerome Powell dilihat terlalu cenderung kepada rangsangan monetari dan kini bank pusat itu diramal akan mengekalkan kadar faedah rendah dalam jangka masa lebih lama.

Dalam unjuran ekonomi yang dikeluarkan The Fed pada minggu lalu, pendirian bank pusat dilihat terlalu dovish (cenderung kepada pelonggaran dasar) antaranya disebabkan dua daripada ahli majlis mesyuarat menjangka kadar faedah hanya akan dinaikkan semula pada tahun 2022.

Pengerusi juga menunjukkan bahawa tahap optimum pasaran pekerjaan Amerika Syarikat akan mengambil masa yang panjang untuk dicapai seperti keadaan sebelum penularan koronavirus.

Tumpuan minggu ini sekali lagi akan terarah kepada Jerome Powell yang akan memberi keterangan dwi-tahunan di hadapan Kongres Amerika Syarikat pada hari Selasa dan Rabu.

Pelabur akan memberi tumpuan kepada sebarang petunjuk dan isyarat lebih jelas tentang halatuju bank pusat dalam program pembelian bon dan juga jawapan yang bakal diberikan oleh Powell kepada soalan-soalan daripada ahli yang berhormat di Kongres.

Sumber Rujukan:

Disediakan oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya dan kini berkhidmat di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Saham Mana Yang Boleh Diperhatikan?

“Untunglah penjawat awam dapat naik gaji, kita kerja swasta dapat apa?”

Tidak lama lagi sahabat-sahabat kita yang bertugas di sektor awam akan menerima kenaikan gaji. Alhamdulillah rezeki mereka setelah sekian lama tiada penyelarasan gaji dibuat.

Kita yang bekerja di sektor swasta jangan pula dengki, apa kata kita cari peluang disebalik kenaikan gaji mereka. Mereka dapat naik gaji, kita dapat peluang.

“Peluang? Macam mana tu?”

Sumber: Berita Harian


Menurut penganalisis pasaran, kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan kesan positif kepada sektor automotif di Malaysia ini. Jadi kita nak buat apa lagi? Kajilah saham-saham sektor automotif yang ada. Jom kita lihat saham-saham sektor automotif di Malaysia.

1. Sime Darby Berhad

Sumber: Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad, satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Mungkin kita lebih kenal jenama ini dengan perniagaan berkaitan hartanah dan kelapa sawit, tetapi sebenarnya syarikat ini juga salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan mewah di Malaysia. 

Antara jenama yang ada adalah seperti BMW, Jaguar dan juga Hyundai. Jika kita perasan, jenama-jenama ini bukan hanya membekalkan kenderaan petrol, tetpi sudah mula rancak membekalkan kenderaan elektrik. Tidak lama lagi mungkin keluar kenderaan hidrogen pula!

“Orang kerajaan mana ada duit nak beli kereta BMW!”

Jangan risau, Sime Darby ini juga memiliki 38% saham syarikat Perodua. 

2. DRB-Hicom Berhad

Syarikat kedua pula, syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu yang sangat disegani. DRH-Hicom yang merupakan pemilik utama syarikat kenderaan sulung jenama Malaysia, Proton

Bukan itu sahaja, DRB-Hicom ini adalah pengedar rasmi jenama kegemaran bakal mertua kerja kerajaan, Honda!

Selain jenama Honda, jenama Mitsubishi dan Volkswagen juga memberikan kepercayaan kepada DRB-Hicom untuk mengedarkan kenderaan mereka di Malaysia.  

MBM-Resources Berhad

Syarikat MBM Resources Berhad mungkin satu jenama yang jarang kita dengar. Tetapi syarikat ini memiliki 20% saham syarikat kenderaan paling laku di Malaysia, Perodua

Selain itu, syarikat ini juga pengedar rasmi untuk kenderaan jenama Volvo dan beberapa jenama lain. 

Kebanyakan Jenama Kenderaan Diatas Juga Membekalkan Kenderaan Elektrik

Bila lagi nak tengok orang kerajaan menggunakan kenderaan lestari kan. Mungkin lepas ini kita nampak banyak kenderaan elektrik di Putrajaya?

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!