Gordon Gekko (The King Of Wall Street): Tamak Itu Bagus

Gordon Gekko adalah watak fiksyen yang muncul sebagai villain, dalam filem “Wall Street” (tahun 1987) dan sekuel filem tersebut “Wall Street: Money Never Sleeps” (tahun 2010). Menurut jalan cerita dalam filem tersebut, Gordon Gekko di gambarkan sebagai watak ikonik, seorang pelabur yang kaya raya, penceroboh korporat yang kejam dan sangat mahir dalam mencipta keuntungan wang.

Watak ikonik Gordon Gekko dalam filem tersebut telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia kewangan, khususnya para pelabur. Gordon Gekko dijadikan simbolik sifat tamak, yang menjadi ikutan di Wall Street sehingga ke hari ini. Ayat Gordon Gekko yang sangat popular adalah “Greed is..good.”

Merungkai misteri watak ikonik Gordon Gekko

Dalam filem “Wall Street(1987)”, terdapat seorang pemuda bernama Bud Fox yang terdesak untuk melakukan kerjasama dengan Gordon Gekko, yang dikenali sebagai lagenda dunia kewangan. Disebabkan ketegasan dan kekejaman yang ada pada Gordon Gekko, beliau hanya mempertimbangkan pelawaan tersebut, jika Fox sanggup bersama-sama melakukan aktiviti jenayah kewangan; iaitu Insider Trading.

Disebabkan agenda jahat mereka, Gordon Gekko berjaya membantu Bud Fox mencipta kekayaan yang tidak terhingga. Namun begitu, Bud Fox tidak kejam seperti sifat semulajadi yang dimiliki Gordon Gekko.

Fox merasa bersalah, dan telah mengakui semua kesalahan mereka kepada pihak berkuasa, serta sanggup memberi kerjasama mengenai kes jenayah mereka berdua. Akibatnya, Gordon Gekko dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Tahukah anda, disebabkan lakonan Michael Douglas yang terlalu hebat membawa watak ikonik Gordon Gekko dalam filem ‘Wall Street’, beliau telah berjaya merangkul anugerah Academy Award dan banyak anugerah berprestij yang lain?

Kesan watak Gordon Gekko dalam dunia kewangan sebenar

Pada asalnya, watak Gordon Gekko tidak ditujukan atau menggambarkan individu yang masih hidup atau telah mati. Tetapi menurut pengarah filem tersebut Oliver Stone, dan Stanley Weiser sebagai penulis skrip filem ‘Wall Street’; sebahagian watak daripada Gordon Gekko adalah mengambarkan situasi perang kewangan di antara Carl Icahn (lagenda di Wall Street), Ivan Boesky (broker saham) dan Michael Ovitz (pelabur saham).

Petikan kata-kata paling popular dalam filem tersebut “Greed is good“, adalah berasal daripada ucapan Boesky pada tahun 1985 di Universiti California, Berkeley School of Business Administration. Ayat panjangnya “I think greed is healthy. You can be greedy and still feel good about yourself.”

Pengeluar filem tersebut Ed Pressman ada mendakwa bahawa, salah satu inspirasi bagi watak Gordon Gekko dikembangkan ialah berdasarkan reputasi Milken pada tahun 1980 sebagai “Junk Bond King“. Beliau telah dikenakan tindakan mahkamah kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah kewangan dan dipenjerakan pada tahun 1989.

Manakala Oliver Stone pula diambil inspirasi daripada ayahnya yang merupakan seorang broker yang kerap mengadu, berkenaan penghasilan filem yang kurang berkualiti, dan tentang dunia perniagaan.

Rumusan daripada watak ikonik Gordon Gekko

Walaupun Gordon Gekko jelas kelihatan seperti seorang penjenayah di dalam “Wall Street,” namun terdapat pelbagai benda yang kita boleh pelajari daripada filem tersebut. Watak ikonik filem tersebut telah dijadikan gaya ikutan oleh para pelabur dan pedagang di Wall Street, dan Michael Douglas (Gordon Gekko) telah bekerja dalam Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada tahun 2012, bagi menghasilkan dokumentari yang mendedahkan aktiviti insider trading.

Michael Douglas yang memainkan watak Gordon Gekko percaya bahawa, orang ramai perlu melihat watak tersebut sebagai penjenayah dan bukannya role model. Walaubagaimanapun, sebahagian daripada kita pada hari ini, menjadikan watak tersebut sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan.

Namun harus diingat, jenayah sentiasa akan membawa padah. Ambillah contoh yang baik untuk dijadikan tauladan, dan buang yang keruh dan jadikan sempadan.

Layan trailer dua movie tersebut kalau berminat nak tahu lebih lanjut:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.