Hafiz Tokyo Wajar Digelar ‘King Of Peram Sampai Lebam’

Ramai yang teruja dengan pelaburan saham apabila melihat screenshot pulangan beratus peratus, malah ada yang mencatatkan keuntungan sehingga beribu peratus pun ada.

Tetapi apakah rahsia di sebalik pulangan yang lumayan ini? Dan adakah ianya sesuatu yang boleh dibuat secara berulang-ulang? Atau hanya sekali saja boleh untung besar?

Semoga perkongsian Tuan Hafiz Tokyo ini menjadi inspirasi kepada bakal-bakal pelabur saham di luar sana.

Kebarangkalian vs Konsistensi

“Probability is an events that can’t be predicted with total certainty. The best we can say is how likely they are to happen, using the idea of probability. Same goes in trading there is no way we assure confirmation things to be happen.”

Saya boleh katakan kita akan berhadapan dengan ‘probability’ almost all the time during trading. Sehubungan dengan itu dengan adanya probability ini kita boleh andaikan there is a 50% chance untuk win dan 50% chance untuk loss. Kalau kita breakeven sekalipun, still consider as loss since we have to pay brokerage fee and others as well as our loss.

Untuk mencapai 13,000% is really hard.

If we pun on statistic method for example 1/1000 kaunter potential which likely not going to happen but might be happen as well equivalent to 0.001 chance. It might happen 1/10000 kaunter equivalent to 0.0001 chance and may increase due to other factors and it is not impossible to achieve. I have also experienced and that is the reason I’m sharing it with you.

The idea is we can’t get this result everytime or everyday, I might say I’m in pure luck or really fortunate.

But there is one thing we can achieve and get it over the time again and again and that is consistency. Consistency is the quality of always behaving or performing in a similar way, or of always happening in a similar way.

Consistency can be learned and can be shared through the learning process and the best part is that it can be repeated over and over again.

I’m leading & doing on weekly basis for Friday Rule routine and we consistently manage to get positive return ranging from 3% to 60% in just 3 days. On average, we manage to achieve a certain percentage return/loss for the last 2 weeks. FR – 22/10 we manage to get 17% & latest FR-29/10 last week we fortunately get 3% on average despite of the drawback of the market.

On the other hand, I’ve already achieved 100% of return for 251 times with almost 3 years of trading experience. This one also I can say hard to sustain but not that hard as 1,000% and above. Ada banyak instrumen yang boleh memberi keuntungan lebih banyak daripada ini.

The conclusion is:

1. Hit above 1000% – the hardest part & can easily fail almost every time.

2. Hit 100% – hard to achieve but easier than the first point with 50-50 chance.

3. Hit 7-10% – quite easy and effortlessly if you have the right technique and method which gives a greater chance to succeed.

Again as a reminder, this is not a buy and sell recommendation, I won’t disclose any counter and I’m prohibited to do so. So saya memang tidak akan share nama kaunter sebab saya terikat dengan undang-undang sebagai seorang trader dan pelabur di Malaysia.

Seriously saya cakap, share atau bagi buycall / sellcall adalah satu kesalahan yang besar.

Kalau tak faham sila Google melainkan anda seorang yang malas dan mengharapkan kaunter dari page saya which is not going to be happen in a million years. Denda sejuta kalau sabit kesalahan ada yang nak tanggung ke?

This is only for educational purpose. Risiko atas penilaian masing-masing, sila buat persediaan dan kajian yang menyeluruh sebelum bertindak.

Kredit: Facebook Hafiz Tokyo

Penulis juga pernah ‘menyesal’ kerana menjual saham syarikat yang baik terlalu awal. Itu biasa kerana objektif dan tahap kesabaran kita berbeza-beza.

Semoga perkongsian ini dapat menaikkan semangat para pembaca yang mungkin baru nak bermula atau sedang berdukalara kerana masih belum meraih pulangan yang baik di pasaran saham. Jangan putus asa, semoga semuanya dipermudahkan. Kisah inspirasi Hafiz Tokyo juga pernah tersiar di Astro Oasis.

Panduan Freemium:

Tak perlu tunggu duit dalam bank ada RM100,000 baru nak mula melabur saham. Ada RM1,000 pun dah boleh mula melabur. Eh, RM100 pun boleh la bro…

Asri Ahmad Acadmey akan tunjukkan STEP-BY-STEP dalam bahasa mudah difahami bagaimana menambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham yang SAH, MUDAH dan PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.

Pembelajaran yang santai, bahasa yang mudah faham.

Tapi program ini bukan sembarangan.
Ianya diiktiraf oleh pihak Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Kini Anda Boleh Melabur Saham-Saham di Indonesia Terus Dari Malaysia

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10. Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade. Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit. Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX. Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Penyelesaian Urusniaga (Settlement)

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk pelbagaikan portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Telkom Indonesia, Unilever Indonesia dan Pertamina Geothermal Energy.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik. Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.