Istilah ‘Buy Low, Sell High’, Datangnya Daripada Seorang Sami?

Buy Low Sell High, atau Sell High Buy Low, adalah merupakan satu falsafah pelaburan atau perdagangan yang tidak asing lagi. Tidak kiralah anda amatur, atau profesional dan sebagainya, falsafah ini antara asas yang paling banyak di gunakan. Terlalu banyak teknik yang digunakan untuk proses pengenalpastian paras harga terlalu tinggi atau sudah berada di paras yang rendah.

Mungkin kebanyakan daripada kita berpendapat falsafah ini berasal dari dunia barat. Namun tahukah anda, falsafah ini sebenarnya berasal dari Negara Jepun, dan diperkenalkan oleh seorang sami?

Asal-Usul Pasaran Futures

Ketika gelembung perdagangan beras di Dojima melanda, terlalu banyak spekulatif berlaku. Semestinya ada yang mengalami keuntungan dan begitu juga dengan kerugian. Namun terdapat seorang pemuda yang sentiasa gagal dalam perdagangan futures rice exchange.

Disebabkan mengalami kerugian yang terlalu tinggi, sehinggalah menyebabkan pemuda tersebut menjadi papa kedana. Rumah, aset perniagaan dan sebagainya habis di jual.

Disebabkan jatuh miskin secara mendadak, pemuda tersebut terpaksa tinggal dan menumpang hidup di tokong. Semasa menghadapi  kerugian dan mencari faktor utama beliau rugi, beliau banyak meluangkan masa dengan seorang sami yang mempunyai reputasi baik dalam memberi penerangan. Lelaki tersebut telah mengutarakan persoalan:

‘Saya sentiasa melakukan kesilapan, tidak kiralah bagaimana saya mencuba. Apakah yang sepatutnya saya lakukan bagi menciptakan keuntungan?’

Sami tersebut menjawab dengan riak muka yang bersahaja ‘Perkara tersebut mudah dan senang, beli ketika murah dan menjualnya ketika sudah mahal. Bagaimana kamu boleh kerugian jika kamu membeli ketika murah, dan menjualnya ketika sudah mahal?’

Disebabkan nasihat sami tersebut, beliau mula mencipta keuntungan dan seterusnya kembali berjaya dalam dunia perdagangan beras. Disebabkan kembalinya laki-laki tersebut bangkit dari kegagalan, resepi kejayaan beliau mula tersebar, dan perkataan sami tersebut mula menjadi gaya ikutan pedagang ketika itu.

Nampak Macam Senang Je Kan?

Pada saat ini, falsafah ‘buy low sell high atau sell high buy low’ menjadi lawak jenaka bagi kita, namun masih lagi kekal sebagai falsafah utama dalam pelaburan atau perdagangan. Sememangnya falsafah tersebut mampu menjanjikan kejayaan jika kita mahir menggunakannya.

Namun dalam pasaran sebenar, sedikit sukar untuk menentukan paras harga murah atau sebaliknya. Kita kena sentiasa beringat, kadang-kadang “buy low sell high”, boleh bertukar menjadi ‘Buy low cry high’.

Tahukah anda, disebabkan nasihat sami tersebut, kita telah berjaya menemui strategi ‘Support and Resistance’?

Dan kalau nak tahu, candlestick yang kita pakai dalam membuat Technical Analysis juga berasal dari Jepun. Nak tahu lebih lanjut mengenainya, jemput baca Prinsip ‘The Three Monkey Record of Money’: Asal-Usul Candlestick Jepun.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.