Kenapa Ada Saham Mahal Dan Kenapa Ada Saham Yang Murah?

Tentu anda perasan kan, ada saham syarikat yang sangat mahal sampai anda nak beli pun berfikir panjang. Dan ada juga saham yang murah sangat, sampai anda boleh beli jutaan unit saham tersebut. Jadi apa yang menentukan harga sesuatu saham tersebut?

Bekalan Dan Permintaan

Biasa dengar istilah “supply and demand” atau bekalan dan permintaan? Prinsip ini berkait rapat dengan harga saham.

  • Apabila permintaan terhadap sesuatu saham adalah tinggi, maka secara lumrahnya harga saham akan naik.
  • Apabila permintaan terhadap sesuatu saham adalah rendah, maka secara lumrahnya harga saham akan turun.

Contoh mudah ialah apabila musim perayaan bakal tiba tak sampai sebulan, tapi kita baru teringat nak jahit sepasang baju melayu dan baju kurung. Kalau harga biasa untuk upah jahit RM150 untuk sepasang, tapi disebabkan anda perlukan sebelum raya tak sampai lagi sebulan – anda sanggup bayar sehingga RM300 asalkan ianya dapat siap dengan cepat.

Tapi bila kurang pula permintaan, iaitu di luar waktu perayaan, tukang jahit mungkin membuat promosi serendah RM100 upah jahit bagi menarik pelanggan.

Jelas tak? Begitulah juga halnya dengan harga saham.

Apabila prestasi syarikat berada dalam keadaan baik, keuntungan semakin meningkat, sudah pastinya banyak cerita positif berkenaan syarikat semata-mata. Harga saham akan meningkat naik seiring

Atau boleh jadi negatif, seperti kerugian syarikat disebabkan kemerosotan ekonomi atau terkesan dengan nilai matawang Ringgit yang merosot.

Sebaliknya yang berlaku jika prestasi kewangan syarikat tidak bagus, harga saham akan menurun. Sebarang berita atau juga dikenali sebagai sentimen adalah seperti harga minyak meningkat, situasi politik di Malaysia mahupun di Amerika Syarikat, sebarang penganugerahan tender kepada syarikat yang terlibat, pengagihan dividen kepada para pelabur dan banyak lagi.

Misteri Di Sebalik Harga Saham Yang Berubah-Ubah

Ada yang berpendapat adalah mustahil untuk mengagak bagaimana harga saham boleh berubah, manakala ada pula yang boleh mengagak ke mana harga saham akan pergi dengan mengkaji carta dan melihat kepada sejarah harga saham tersebut.

Tapi apa yang kami tahu ialah, harga saham pasti akan turun dan naik dan ia juga boleh bergerak dengan sangat pantas. Apa yang penting adalah mempunyai Trading Plan sebelum nak beli apa-apa saham, agar kita tahu pada harga apa untuk beli dan pada harga apa untuk jual.

Dalami Ilmu Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

1. Tiada asas pelaburan saham
2. Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
3. Dah pernah belajar, tapi dah lupa
4. Belum jumpa teknik jual beli saham
5. Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
6. Tidak faham membaca chart

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Kami tawarkan solusi ini dalam Webinar Senang Saham, kelas online intensif premium.

Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Serius, ini kelas harga ribu-ribu di luar sana. Yuran kami hanyalah ehem ehemmm.

Dapatkan seat awal, kerana ada harga istimewa menanti mereka yang pra-daftar di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Senang Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.