Nak Melabur Saham Petronas Gas? Ambil Tahu 10 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Petronas Gas Bhd (Petgas) merupakan syarikat gas infrastruktur dan utiliti yang utama di Malaysia. Kini, market capitalisation-nya adalah sebanyak RM34.7 bilion dan Petgas adalah merupakan komponen FBMKLCI yang merupakan di antara 30 syarikat tersenarai yang terbesar di Malaysia. Saya ingin memberikan update mengenai prestasi kewangan terkini bagi Petgas dan membuat penilaian sahamnya secara objektif.

Jom kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Petgas.

1. Segmen 1: Pemprosesan Gas (Gas Processing)

Segmen ini menjana duit daripada pemprosesan gas asli yang dicarigali oleh Petronas Carigali terutamanya di luar pesisir Terengganu di loji yang dimilikinya di Kertih, Terengganu kepada gas ethane, propane, dan juga butane. Jumlah fi yang dijana adalah berdasarkan kepada Gas Processing Agreement (GPA) yang ditandatangani dengan Petronas pada tahun 2014 dan perjanjian ini adalah untuk selama 20 tahun.

Perolehan bagi segmen pemprosesan gas terkawal berada pada paras RM1.50 bilion setahun sejak tahun 2012. Tetapi, keuntungannya telah menurun daripada RM768.7 juta pada tahun 2012 kepada RM639.3 juta pada tahun 2018. Ini kerana ia telah merekod kenaikan depreciation expenses pada masa tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Petgas

2. Segmen 2: Pembekalan Gas (Gas Transportation)

Pada 2014, Petgas telah menandatangani Gas Transportation Agreement (GTA) dengan Petronas selama 20 tahun. Ia menjana pendapatan fi daripada pembekalan ethane, propane, dan butane yang diproses olehnya di Kertih ke seluruh Semenanjung Malaysia menerusi paip penyaluran gas (PGU network) yang sepanjang 1,690 kilometer.

Perolehannya telah naik secara perlahan darpadai RM1.12 bilion pada tahun 2012 kepada RM1.36 bilion pada tahun 2018. Maka, keuntungan segmen ini telah bertambah daripada RM839.3 juta pada tahun 2012 kepada RM1.02 bilion pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Petgas

3. Segmen 3: Utiliti

Segmen ini memberikan bekalan elektrik, wap dan gas perindustrian ke pengguna industri di Kertih dan Gebeng. Perolehannya telah meningkat daripada RM946.2 juta pada tahun 2012 kepada RM1.32 bilion pada tahun 2018. Ia telah mencatatkan peningkatan keuntungan segmennya, daripada RM162.0 juta pada tahun 2012 kepada RM180.6 juta pada tahun 2018.

Ia disumbangkan oleh kenaikan daripada segi sales volume dan harga jualan pada masa tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Petgas

4. Segmen 4: Regasification

Petgas mempunyai dua regasification terminal di Sungai Udang, Melaka dan Pengerang, Johor. Ia akan menerima Liquified Natural Gas (LNG) di terminal daripada kapal LNG, menyimpannya ke dalam stor, dan proses LNG tersebut kepada salesgas. Petgas telah menandatangani perjanjian Regasification Terminal Agreement (RTA) untuk tempoh 20 tahun dan ia akan menjanakan fi berdasarkan kepada RTA tersebut.

Perolehan telah meningkat dengan mendadak dari RM 338.2 juta pada 2013 ke RM 1.25 bilion pada 2018. Keuntungan segmen telah naik dari[ada RM163.5 juta pada tahun 2013 kepada RM698.0 juta pada tahun 2018. Tambahan bagi perolehan dan keuntungan segmen adalah terbesar pada tahun 2018 kerana regasification terminal di Pengerang mula beroperasi pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Petgas

5. Keputusan Kewangan

Secara keseluruhan, Petgas telah menambah perolehannya pada CAGR sebanyak 7.43%, daripada RM3.58 bilion pada tahun 2012 kepada RM5.50 bilion pada tahun 2018. Ia disumbangkan oleh peningkatan daripada segmen pembekalan gas, utiliti, dan regasification. Keuntungan bersihnya menaik CAGR sebanyak 4.31% daripada RM1.41 bilion pada tahun 2012 kepada RM1.81 bilion pada tahun 2018.

ROE purata bagi Petgas adalah 14.49% setahun untuk tempoh 7 tahun tersebut. Ini bermaksud, Petgas telah menjana sebanyak RM14.49 dalam untung bersih daripada setiap RM100.00 di dalam ekuiti pemegang saham.

Nota:
Angka untung bersih dikecualikan Investment Tax Allowances (ITA) yang diterima Petgas pada tahun 2013 sehingga 2015 untuk binaan Regasification Terminal.

Sumber: Laporan Tahunan Petgas

6. Pengurusan Aliran Tunai

Daripada tahun 2012 ke tahun 2018, Petgas telah menjana sebanyak RM17.91 bilion dalam aliran tunai operasi, RM456.4 juta dalam pendapatan faedah dan RM252.2 juta dalam dividen daripada syarikat associates dan joint ventures. Daripada tunai yang diterima, Petgas telah membayar:

– RM 10.81 bilion dalam capital expenditures (CAPEX)
– RM 8.37 bilion dalam pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Ia telah menambahkan tunai bakinya daripada RM1.71 bilion pada tahun 2012 kepada RM3.15 bilion pada tahun 2018. Ia membuktikan bahawa Petgas adalah sebuah syarikat yang bijak dalam pengurusan aliran tunai dan ia berupaya untuk meneruskan pemberian dividen secara konsisten pada masa hadapan.

Sumber: Laporan Tahunan Petugas

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Disember 2018, Petgas mencatatkan RM4.42 bilion dalam liabiliti bukan semasa dan RM12.97 bilion dalam ekuiti pemegang saham.

Maka gearing ratio-nya adalah 34.1%.

Pada masa yang sama, ia telah mencatatkan aset semasa sebanyak RM4.64 bilion dan ia mempunyai liabiliti semasa sebanyak RM658.6 juta.

Maka, nisbah semasanya adalah 7.04.

8. P/E Ratio

Pada 3 April 2019, harga Petgas adalah sebanyak RM 17.52 sesaham. Pada tahun 2018, ia telah menjana RM0.915 dalam earnings per share (EPS). Jadi, P/E Ratio bagi Petgas yang terkini ialah 19.15, terendah dalam masa 7 tahun lalu yang terkini.

9. P/B Ratio

Pada 31 Disember 2018, Petgas telah mencatatkan aset bersih sejumlah RM6.56 sesaham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Petgas adalah 2.67, terendah jika dibandingkan dengan P/B Ratio pada masa 7 tahun lalu yang terkini.

10. Kadar Dividen

Petgas telah membayar sebanyak RM0.72 dalam Dividend Per Share (DPS) pada tahun 2018. Ia meneruskan peningkatan DPS tahunan yang dicatatkan daripada RM0.50 pada tahun 2012.

Jika ia berupaya mengekalkan DPS pada RM0.72 pada masa hadapan, kadar dividen tahunan terkini bagi Petgas ialah 4.11%. Ia adalah yang tertinggi dalam masa 7 tahun yang lepas.

Sumber: Laporan Tahunan Petugas

Sudut Pandangan

Prestasi kewangan bagi Petgas memang kukuh dalam masa 7 tahun lalu dan ia telah mencatatkan DPS yang meningkat bagi pemegang sahamnya sepanjang tempoh masa tersebut.

Tetapi, harga sahamnya telah susut. Kenapa?

Sumber: Google Finance

Harga Petgas tertinggi adalah pada paras RM24.26 pada pertengahan tahun 2014. Maka, jika kita nak melabur ke saham Petgas pada masa itu, kita dapat membaca Laporan Tahunan Petgas bagi tahun 2013.

Jika kita lihat Nota 8, 9 dan 10, kita dapat mengira penilaian saham Petgas pada harga RM24.26. Ia mempunyai:

– P/E Ratio sebanyak 33.05 (tertinggi)
– P/B Ratio sebanyak 4.67 (tertinggi)
– Kadar Dividen sebanyak 2.27% setahun (terendah)

Dengan itu, senanglah kita elakkan diri kita dari membeli Petgas pada harga RM24.26 sesaham pada pertengahan 2014.

Kini, penilaian saham Petgas telah berubah. Ia mempunyai:

– P/E Ratio sebanyak 19.15 (terendah)
– P/B Ratio sebanyak 2.67 (terendah)
– Kadar Dividen sebanyak 4.11% setahun (tertinggi)

Jadi, wajarkah untuk membeli saham Petgas hari ini pada harga RM17.52 sesaham?

Itu bergantunglah kepada pelan pelaburan masing-masing.

Biodata Penulis

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura. 

Artikel ini pada asalnya telah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris di The Fifth Person.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

QES Group: Pertumbuhan Menerusi Inisiatif Kenaikan Nilai

Saranan BELI kekal, harga sasar (TP) baharu menaik kepada MYR0.69 daripada MYR0.57, potensi kenaikan harga 21% dan kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY27F

Selepas menghadiri perjumpaan dengan pihak pengurusan, kami tetap optimis akan prospek FY26 untuk QES Group, atas sokongan keterlihatan buku pesanan yang bertahan ketika fasa kenaikan semikonduktor yang berlangsung dan portfolio pembuatan yang kian berkembang. Pihak pengurusan meramalkan perolehan lebih kukuh dari 2Q26, didorong oleh peningkatan dalam teknologi perubatan (MedTech) dan prestasi bertahan dalam bahagian kejuruteraan nilai. Pada masa yang sama, sebarang kenaikan lanjut mungkin berpunca daripada ikhtiarikhtiar kerjasama dengan China yang menawarkan sumber pertumbuhan tambahan daripada segmen pasaran yang berbeza dalam jangka sederhana.

Keterlihatan FY26 yang kukuh

Setakat akhir bulan Mei 2026, buku pesanan belum bayar oleh QES terus bertahan pada paras MYR121j (akhir April: MYR122j), yang merangkumi MYR86j dan MYR35j bawah bahagian-bahagian kejuruteraan nilai dan pembuatan. Walaupun mencatat bil sekitar 45% daripada buku pesanan akhir bulan Apr pada akhir Jun, penambahan tempahan yang masih berjalan memastikan buku pesanan secara amnya terkawal dengan kira-kira 90% daripada buku pesanan belum bayar dijangka akan dilaksanakan pada FY26. Dalam hal berasingan, QES memperoleh tempahan sistem Pemeriksaan Optikal Automatik (AOI) yang terbesar baru-baru ini dari India dengan nilai mencecah sekitar MYR14j. Tempahan ini dijadualkan untuk penghantaran penuh pada FY26.

Tempahan MedTech terus meningkat

Setakat akhir Jun, QES berjaya memperoleh jumlah tempahan MedTech mencecah kira-kira MYR21.5j, manakala tempahan medtech yang tertunggak adalah sekitar MYR9j (kira-kira 26% buku pesanan pembuatan). Operasi MedTech sekarang menggunakan lebih kurang 90% ruang yang disediakan untuk kegunaan MedTech di Kilang A di Batu Kawan. QES sedang giat berhubung dengan beberapa syarikat MedTech multinasional yang sepatutnya mendorong lagi pertumbuhan tempahan dan memperkukuh kemampuan bahagian pembuatan ini untuk mencatat pulangan modal (1QFY26 PBT: -MYR1.5j).

Kerjasama dengan China berjalan dengan baiknya

QES sedang membangunkan sebuah bilik bersih Class 1000 di kemudahannya di Batu Kawan, dan ia dijadualkan siap dibina menjelang 4Q26, untuk menyokong kerjasama pembuatannya yang pertama dengan rakan kongsi yang berpangkalan di China. Projek ini dijangka menjana pendapatan sehingga MYR80j sebaik sahaja ia beroperasi dengan sepenuhnya. Dalam hal berasingan, kerjasamanya dengan Unicomp Technology mengembangkan peluang pertumbuhan menerusi pengedaran sistem-sistem
pemeriksaan sinar-X di rantau ASEAN (TAM: kira-kira USD5j setahun) dengan pendapatan awal dijangka diperoleh dari 4QFY26 sebelum menjadi sebuah pusat pembuatan serantau selepas fasa penyelidikan & pembangunan (R&D) selesai.

Perolehan dan TP

Kami tingkatkan perolehan FY26F-28F sebanyak 2%, 12% dan 11% supaya mencerminkan andaian hasil lebih kukuh yang diperkuat oleh keterlihatan buku pesanan yang bertahan dan pemulihan segmen pembuatan yang didorong oleh MedTech. Kami jangkakan margin akan menaik mulai 2Q26, dibantu oleh kadar penggunaan kilang lebih tinggi dan jangkaan pemulihan untuk bahagian pembuatannya. Kami menganjakkan penilaian kami ke FY27F dan mengekalkan P/E FY27F pada 23x, untuk memperoleh TP baharu sebanyak MYR0.69.

Faktor pemacu utama

i. Permintaan semikonduktor yang meningkat menyokong segmen kejuruteraan nilainya
ii. Pertumbuhan segmen pembuatan didorong oleh pesanan berkaitan teknologi perubatan
iii. Sumbangan berperingkat daripada kerjasamanya di China.

Risiko utama

i. Turun naik pesanan
ii. Kenaikan kos input
iii. Kemerosotan nilai USD berbanding MYR.

Pemegang Saham (%)

WA Capital – 26.2
Weng Chew Ne – 2.8
Norges Bank – 2.5

Profil Syarikat

QES terlinat dalam pengedaran peralatan pemeriksaan, ujian dan pengukuran, bahan-bahan, dan penyelesaian kejuruteraan. Ia juga mengilangkan peralatan pemeriksaan optikal, stok wafer, dan peralatan
berautomasi lain, khususnya untuk segmen semikonduktor.

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.