Nak Tahu Dekat Mana ASB Laburkan Duit Kita?

Kredit Gambar: Harian Metro

Kalau masih belum tahu duit kita dalam ASB tu sejumlah besarnya dilaburkan dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila jerung seperti ASB mempunyai pegangan yang besar dalam sesebuah syarikat, biasanya ada sebab mereka melabur ke dalam syarikat tersebut. Kalau mereka jual atau tambah saham mereka dalam syarikat tu mesti ada sebab juga kan?

Ada sesetengah guru pelaburan kata, takde modal macam jerung, kita ‘berenang’ bersama-sama dengan jerung pun dah OK dah.

Untuk itu, kita gunakan screener yang dibangunkan oleh iSaham yang bernama Shareholder Analysis – Amanahraya Trustees Berhad – Amanah Saham Bumiputera.

Data yang dikemaskini setakat 1 Mac 2018 di atas, kita dapat lihat bagaimana ASB menambah pegangan ke dalam Maybank sebanyak 1.6% dalam tempoh 30 hari sebelumnya. Atau erti kata lain, ASB beli saham Maybank yang bernilai sebanyak RM632.8 juta. Tapi saham Maybank tak patuh syariah, sebab itu ada simbol [NS].

Kalau perasan ada simbol asterisk (*), itu maknanya saham tersebut tergolong dalam kategori Small Cap dan Mid Cap. Jadi dapatlah jimat setem duti sepertimana yang PM Umum Berita Baik Untuk Pelabur Saham di Bursa Malaysia.

Saham syarikat Tenaga Nasional Berhad pula, ASB tambah pegangan sebanyak 6.9% atau RM510.3 juta dalam tempoh 30 hari sebelumnya.

Mesti ada sebab kan ASB menambah pegangan dan pump-in duit ke dalam syarikat-syarikat ini?

Selain daripada itu, kita juga boleh tengok kat mana jerung-jerung lain seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP dan banyak lagi melabur berbilion-bilion wang yang diuruskan mereka. Hanya dengan dua langkah sahaja.

1. Layari laman web iSaham, klik pada Screeners -> List All Screeners

2. Scroll bawah dan pada column belah kiri, ada Institutional Screeners. Klik pada ASB.

Kalau nak tengok jerung-jerung lain seperti Vincent Tan, Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan banyak lagi, klik Other Shareholders.

Tapi kalau keluar pula akses hanya tersedia untuk Premium Client, syaratnya cukup mudah. Cuma hadir seminar yang iSaham anjurkan (sila rujuk FB iSaham untuk tarikh dan tajuk yang sesuai), dan dapat tawaran untuk buka akaun CDS dengan M+ secara percuma.

Lepas tu boleh lah tengok kat mana semua jerung-jerung institusi dan jerung-jerung individu melabur, dan follow mereka.

Ingat, apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan rugi kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Berbeza kalau kita melabur sendiri di pasaran saham Bursa Malaysia, risiko rugi itu pasti disebabkan turun naik harga saham. Tetapi kalau ada ilmu, memang boleh buat duit lebat dan kuranglah risiko untuk rugi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA