Bagaimana Menetapkan Matlamat Dalam Pelaburan

Tujuan utama orang ramai terlibat dalam pelaburan semestinya untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, amat penting untuk setiap individu menetapkan matlamat pelaburan mereka masing-masing.

Sebagai contoh ada modal permulaan RM10,000, tapi letak matlamat nak dapat pulangan RM5,000 dalam masa 6 bulan iaitu lebih kurang 50%.

Tanpa sebarang matlamat, pelabur tidak akan tahu apa yang ingin dicapai dan bagaimana untuk bermula. Bidang pelaburan ini juga luas. Jika anda tidak mempunyai sebarang matlamat, amat sukar untuk menentukan instrument pelaburan yang mana paling sesuai untuk diri anda.

Tanya Diri Anda Soalan Berikut

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu difikirakan sebelum menetapkan matlamat pelaburan anda. Contoh persoalan yang anda perlu tanyakan kepada diri anda ialah:

  • Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa perlu menyimpan dan melabur wang?
  • Berapakah jumlah wang yang perlu disimpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
  • Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat tersebut?
  • Berapa banyak risiko yang anda sanggup tanggung?
  • Berapa banyak pulangan yang dijangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?
  • Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, sanggupkah anda menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan sedia ada.

Anda hendaklah bersikap realistik apabila mempertimbangkan jawapan bagi soalan-soalan diatas. Ambil kira sumber pendapatan dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

Setelah mengetahui semua persoalan diatas, kini anda boleh mula menetapkan matlamat kewangan dan pelaburan. Bagi memudahkan anda, Faiz Wahab ada berkongsi mengenai kaedah SMART yang boleh digunakan bagi menghasilkan matlamat pelaburan anda sendiri.

Matlamat Pelaburan Hendaklah SMART

1. Specific

Matlamat kewangan anda haruslah jelas dan spesifik. Hal ini bagi memudahkan anda berfokus dengan apa yang hendak dicapai dangan matlamat tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan khusus untuk kecemasan” adalah lebih spesifik berbanding “Saya akan ada simpanan yang cukup”.

2. Measurable

Sesuatu matlamat kewangan hendaklah boleh diukur dengan jelas. Hal ini untuk membolehkan anda untuk mengukur sejauh mana matlamat itu telah dicapai. Selain itu, ini akan memudahkan anda untuk menilai perkembangan matlamat kewangan tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan” dapat diukur berbanding “Saya akan ada simpanan kecemasan”.

3. Achievable

Matlamat kewangan yang baik mestilah boleh dicapai pada pengakhirannya. Apa guna kita buat matlamat kewangan yang mustahil untu dicapai? Bukankah itu sesuatu yang sia-sia? Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 10% daripada pendapatan saya setiap bulan” adalah sesuatu yang mudah untuk dicapai berbanding “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 70% daripada pendapatan saya setiap bulan”.

4. Realistic

Untuk menetapkan matlamat kewangan, anda perlulah realistik dengan kemampuan kewangan anda.  Jika matlamat kewangan itu sesuatu yang tidak realistik, anda tidak akan mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, Encik Ali dengan pendapatan RM3000 sebulan ingin menyimpan RM300 bersamaan 10% daripada pendapatan beliau untuk digunakan untuk membina tabung kecemasan 3 bulan beliau. Bagi Encik Ali jumlah tersebut adalah sesuatu yang realistik bagi beliau.

Sesuatu matlamat kewangan yang realistik adalah berbeza antara individu. Sebagai contoh, En. Muzaffar menetapkan matlamat kewangan tabung kahwin RM30,000 dengan melabur RM15,000. Beliau menetapkan pulangan pelaburan sebanyak 15% kerana beliau merupakan seorang pelabur  professional dan berpengalaman dalam Bursa Saham. Matlamat kewangan tersebut adalah realistik dengan kemampuan beliau. Tambahan pula matlamat RM30,000 untuk perkahwinan adalah satu yang realistik dengan kadar semasa.

5. Timely

Komponen yang seterusnya adalah matlamat kewangan yang dibuat haruslah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat berguna bagi menetapkan bilakah matlamat kewangan itu akan dicapai. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 10% daripada pendapatan saya setiap bulan bagi tempoh 30 bulan”.

Lain Orang Lain Matlamat Pelaburan

Akhir kata, matlamat pelaburan setiap orang tidak sama kerana ia bergantung kepada gaya hidup dan tujuan masing-masing. Paling penting, dalam menetapkan matlamat pelaburan yang anda tetapkan itu hendaklah munasabah serta boleh dicapai.

Sumber Rujukan: AKPK, investor.my

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.