Pasaran Nasdaq Dan Emas Breakout

Minggu lalu pasaran Nasdaq Composite telah mencapai paras 11,126.04 sebelum ditutup pada hari Jumaat di paras dagangan 11,010.98. Ianya merupakan harga tertinggi dalam sejarah setakat minggu ini.

Laporan-laporan kewangan dari syarikat-syarikat gergasi dalam sektor industri teknologi membantu membawa harga tersebut ke paras yang tinggi.

Di sepanjang tahun ini, index pasaran Nasdaq Composite telah naik lebih 21% berbanding index pasaran S&P 500 yang hanya naik 2.99%, manakala index pasaran Dow Jones masih di bawah paras negatif -4.97%. 

Walaubagaimanapun, index pasaran S&P 500 nampaknya akan mengikut jejak Nasdaq seperti yang dapat digambarkan oleh pergerakan harga di bawah. Ianya telah menembusi paras rintangan 3,200 dan kini sedang bergerak secara konsisten untuk memecah paras rintangan 3,393.57 (harga tertinggi sebelum Covid-19).

Penukaran sektor (sector rotation) dijangka berlaku jika S&P 500 mampu memecah paras rintangan seterusnya. Kita akan dapat melihat sektor ‘value investing’ mula naik semula akibat dari krisis wabak Covid-19.

Setakat ini, sektor ‘growth investing’ menguasai pasaran sejak bermulanya wabak tersebut. 

Wall Street pada lazimnya akan mengukur pergerakan pasaran komoditi serta Index US Dollar untuk membuat pergerakan seterusnya. Kedua-dua sektor tersebut akan sedikit sebanyak mempengaruhi kegiatan ekonomi, terutama sekali dari segi peluang pekerjaan mahupun kadar penganguran. 

Index pasaran emas telah mampu membuat harga yang tertinggi sejak minggu lepas hingga kini, dan telah melepasi paras US$2,000/oz. Carta di bawah adalah harga pasaran emas ETF (exchange traded fund) yang sentiasa mengambarkan index pasaran utama emas, dan boleh dimiliki oleh setiap pelabur dan pedagang.

This image has an empty alt attribute; its file name is Pasaran-Nasdaq-Dan-Emas-Breakout3-700x305.jpg

Pada sesi dagangan Jumaat lalu, harga ditutup rendah -1.59%. Selagi harga pasaran diatas paras 170, ianya masih dianggap uptrend. Disepanjang minggu ini pasaran emas telah naik hampir 3%. 

Industri tenaga masih dibawah pengaruh ‘bearish’ seperti yang dipaparkan oleh ETF index pasaran minyak Amerika Syarikat. Pergerakan harga masih mendatar walaupun ianya naik 2.68% minggu ini, tetapi masih dibawah paras US$30 serta masih berpaut pada 50-day moving average.

Sektor industri tenaga masih dalam tekanan kerana kurangnya permintaan minyak dalam pasaran global. Industri penerbangan masih tidak mampu pulih seperti sediakala akibat wabak Covid-19 yang masih aktif dimerata dunia. 

Index US Dollar menunjukan kelemahan dan ini memberikan kuasa belian tinggi bagi pengimport barangan dari ekonomi gergasi Amerika Syarikat. Pergerakan harga hanya membuat lantunan diantara paras 92.50 dan 94.00.

Kemungkinan ianya akan terus menurun masih saja boleh berlaku. Jika minggu depan paras 92.50 mampu ditembusi, nilai US Dollar dijangka akan terus melemah, dengan paras dokongan seterusnya pada 90.00, sebelum keparas seterusnya iaitu sekitar 89 ke 88.

Akibat dari tekanan index US Dollar ini, harga emas telah melonjak naik disebabkan para pelabur mula mengalihkan aset-aset mereka kepada ‘safe heaven assets’.

Kesimpulan pasaran masih dalam ‘Uptrend’, serta diatas 50-day moving average. Pada setakat harga penutup minggu ini, Nasdaq Composite berada +7.5% dari 50-day moving average mengambarkan pasaran masih dikuasai oleh Bull.

Walaubagaimanapun, pergerakan harga akan dijangka membuat pembetulan (corrective action) pada minggu yang akan datang. Jika itu berlaku ianya adalah petanda baik untuk pasaran membuat pergerakan yang positif pada minggu-minggu seterusnya selagi ianya tidak memecah paras dokongan sekitar paras 10,400.

Sekian disampaikan dan selamat berhujung minggu.

Mukhriz Mangsor, ACSI, CFTe, MSTA

Sumber: Quantdynamic

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

MGB: Raih Kerja Pertama Di Pulau Pinang

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baru mencecah MYR0.60 daripada MYR0.64 melalui kaedah SOP, potensi kenaikan harga 43% dengan kadar hasil dividen sekitar 7% untuk FY26F

MGB telah mendapatkan kontrak bernilai MYR200.7j daripada Lien Dak Builders untuk cadangan pembangunan kuarters buruh berpusat di Penang Science Park South – yang terletak di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang – untuk syarikat yang dikenali sebagai Urban Pinnacle. Garis masa penyiapan untuk kontrak ini ialah 24 bulan, dengan tarikh mula pembinaan masih belum ditetapkan.

Tawaran kerja ini merupakan yang pertama buat MGB untuk FY26

Juga kerja pertamanya di Pulau Pinang. Kami ambil maklum bahawa MGB beransuransur mendapatkan pelanggan baru sepanjang tahun lalu. Antaranya termasuklah projek perumahan mampu milik daripada UDA Holdings bernilai MYR118.5j di Kuala Lumpur (ditawarkan pada Okt 2025), dan menara pangsapuri perkhidmatan bernilai MYR186j untuk CI Medini di Iskandar Puteri, Johor (ditawarkan pada Ogos 2025).

Berdasarkan buku pesanan tempatan terkini yang kami anggarkan bernilai sekitar MYR1.2bn (selepas mengambil kira kerja terbaru yang diraih) – kerja-kerja pihak luar merangkumi kira-kira 30-37.5%, manakala 62.5% lagi ialah kerja dalam daripada syarikat induknya, LBS Bina (LBS MK, BELI, TP: MYR0.72). Tambahan itu, MGB mempunyai baki kerja bernilai MYR444j (50% saham berkesan MGB: ~MYR222j) berkaitan projek di Madinah, Arab Saudi.

Walaupun kami sedar akan risiko yang timbul dari Timur Tengah

Perniagaan pembangunan hartanah MGB dijangka kekal kukuh, disebabkan oleh projekprojek yang sedang berjalan ini: Idaman Cahaya Fasa 2, Idaman Sari, Saujana Indah Fasa 1 dan 2 – keseluruhannya, jualan belum dibil untuk projek-projek ini mencecah kira-kira MYR423j. Sementara itu, LBS Bina merancang untuk melancarkan projek-projek baru bernilai MYR2.3bn pada FY26 berbanding MYR1.1bn pada FY25, yang mungkin memberikan manfaat kepada MGB. Selain itu, kumpulan ini mempunyai perancangan projek-projek hartanah baru (termasuk projek perumahan mampu milik) yang menawarkan prospek penjanaan perolehan yang baik – jumlah GDV bagi projek-projek ini mencecah >MYR1bn, dan kebanyakannya terletak di Lembah Klang.

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami

Tawaran kerja terbaru ini termasuk dalam andaian penambahan kerja kami untuk FY26F sebanyak MYR800j (MYR600j bakal diterima dari Malaysia dan selebihnya dari Arab Saudi). Walaupun tiada penyelarasan dibuat pada ramalan perolehan kami, kami menurunkan TP yang diperoleh melalui kaedah SOP kepada MYR0.60 (dengan kiraan premium ESG 0%) kerana kami sekarang memberikan P/E sasar lebih rendah sebanyak 11x (daripada 12x) bagi mencerminkan risiko-risiko yang berpotensi berlaku berkaitan konflik di Timur Tengah. MGB mempunyai tender pembinaan bernilai lebih kurang SAR800j di Arab Saudi.

Prospek

Faktor-faktor pemangkin utama untuk saham ini ialah: Pembangunan Taman Perindustrian Kertih Terengganu yang lebih cepat daripada yang dijangka (anggaran GDV: MYR747j), dan meraih lebih banyak kerja pembinaan di luar Lembah Klang. Risiko utama: Kemerosotan pasaran hartanah yang tidak diduga.

Faktor Pemacu Utama

i. Penambahan buku pesanan
ii. Penggunaan sistem bangunan berindustri atau IBS yang semakin tinggi.

Risiko Utama

Kemerosotan pasaran hartanah yang tidak dijangka

Profil Syarikat

MGB menerusi anak-anak syarikatnya menyediakan perkhidmatan pengurusan pembinaan, reka bentuk binaan dan perancangan prapembinaan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.