Pemilihan Presiden Indonesia 2024. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pilihan Raya Umum Indonesia (PEMILU) 2024 jatuh pada tanggal 14 Februari 2024. Pada masa yang sama Pilihan Raya Presiden yang digelar PILPRES juga akan berlangsung serentak. 

Perlembagaan Indonesia mengehadkan tempoh seseorang untuk memegang jawatan Presiden Indonesia terhad kepada dua penggal sahaja. Presiden Indonesia sekarang iaitu Joko Widodo bakal melepaskan jawatannya tidak lama lagi dan rakyat Indonesia bakal menyaksikan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bakal mempunyai presiden baru.  

Gambar: Buletin TV3

Saingan tiga penjuru bakal disaksikan iaitu di antara Anies Baswedan, Ganjar Pranowo serta Prabowo Subianto.

Ini merupakan kali pertama penulis sangat berminat untuk ambil tahu perkembangan politik di Indonesia. Mungkin kerana terdapat perasaan ingin tahu sekiranya bakal presiden dan naib presiden seterusnya akan dapat memastikan pembangunan ibu negara baru Indonesia yang dinamakan Nusantara akan terus berjalan.

Walaupun hampir kesemua calon presiden berjanji untuk meneruskan projek membina ibu negara Indonesia tersebut, namun terdapat pandangan berbeza oleh bakal calon presiden & naib presiden.

Ini komen calon naib presiden yang bakal bertanding.

Baca: Projek Nusantara tumpuan debat calon Naib Presiden Indonesia

Jika tiada pasangan calon yang memenangi lebih 50 peratus undi dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi daripada lebih separuh wilayah, pusingan kedua akan diadakan pada 26 Jun antara dua calon teratas.

Kesan Pemilihan Presiden Indonesia 

Menurut Setiausaha Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi, Susiwijono Moegiarso, Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024 akan bertindak sebagai pendorong positif kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, ia berjaya merancakkan aktiviti ekonomi domestik melalui perbelanjaan kerajaan dan penggunaan lain. Tambahan pula, aktiviti semasa tempoh pilihan raya boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dan mempercepatkan peredaran wang.

Baca: PEMILU 2024 positif lonjak ekonomi Indonesia – Kementerian

Anda mungkin berminat untuk tahu bagaimanakah reaksi pasaran saham pada pemilihan presiden Indonesia sebelum ini. Mari kita lihat contoh terdekat iaitu Presiden Joko Widodo.

Jokowi Effect

Gambar: Harian Metro

Untuk pengetahuan anda, Jokowi telah memenangi pilihanraya presiden sebanyak dua kali, yang pertama pada tahun 2014 dan kedua pada tahun 2019.

Pada pilihanraya Presiden 2014, pasaran saham Indonesia melonjak lebih daripada 2% kepada paras tertinggi dalam tempoh satu tahun setelah kemenangan beliau.

Sumber: ‘Jokowi effect’ to lift Indonesia stocks until election

Tempoh Masa Pilihan Raya Umum

Sumber: CGS-CIMB

Berdasarkan tempoh masa di atas, 14 Februari 2024 bakal menyaksikan rakyat Indonesia turun padang untuk mengundi dan keputusan kiraan awal boleh didapati seawal lewat petang hari yang sama. Walaubagaimanapun, rakyat Indonesia mempunyai waktu sehingga 20 Mac 2024 bagi keputusan kiraan rasmi. Sekiranya terdapat calon yang mempunyai peratusan undian lebih dari 50 peratus, maka calon tersebut bakal dipilih menjadi Presiden Indonesia yang seterusnya.

Jika tiada sebarang calon yang berjaya mendapat undian melebihi 50 peratus, maka 26 Jun 2024 bakal menyaksikan undian semula dijalankan.

Presiden baru Indonesia bakal mengangkat sumpah pada 20 Oktober 2024 tidak kira pilihan raya dijalankan sekali atau dua kali.

Ini merupakan manifesto calon-calon yang bakal bertanding bagi jawatan Presiden dan Wakil Presiden.

Sumber: CGS-CIMB

Jika dilihat kepada kepada gandingan Anies dan Cak Imin, mereka bercadang untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang sama rata di seluruh wilayah. Perkara yang menjadi perhatian juga adalah gandingan ini ingin menilai semula peruntukan bajet bagi pembinaan ibu negara baru tersebut.

Calon kedua iaitu gandingan Prabowo dan Gibran pula berjanji untuk meneruskan polisi yang sedang dijalankan oleh Presiden Jokowi. Gibran sebagai anak kepada Jokowi pastinya ingin meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh ayah beliau. Oleh itu, pengaruh Jokowi dilihat masih ada dalam politik walaupun beliau bakal melepaskan jawatannya tidak lama lagi.

Calon ketiga iaitu gandingan Ganjar dan Mahfud fokus untuk meningkatkan pertumbuhan GDP kepada 7 peratus dan pendidikan percuma sehinga sekolah rendah. Gandingan ini dilihat sangat mengambil berat terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan rakyat Indonesia.

Saham Pilihan Penganalisis CGS-CIMB Indonesia

Penganalisis dari CGS-CIMB Indonesia, memilih lima saham sebagai ‘Top 5’ pilihan utama setelah mengambil kira fundamental syarikat, dan pandangan (outlook) keseluruhan sehingga penghujung tahun 2024. Tiga daripada saham tersebut merupakan patuh syariah iaitu Telekomunikasi Indonesia (TLKM), Indosat (ISAT) dan Ciputra Development (CTRA).

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kini Anda Boleh Beli Saham Indonesia Terus Dari Malaysia — Melalui CGS iTrade!

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10.
Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade.
Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit.
Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX.
Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Settlement

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik.
Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.