Saham Apa Nak Beli Tahun 2020? (Artikel Ini Akan Dipadam)

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara “Revision Mega” anjuran Asri Ahmad Academy di Hotel Tenera, Bangi. Salah seorang daripada speaker pada acara tersebut adalah Fred Tam.

Ada yang tak kenal siapa Fred Tam? Beliau merupakan pengasas F1 Trader Academy dan juga TAD System, seorang legend yang telah banyak melahirkan pedagang dan pelabur tersohor tanahair. Beliau juga merupakan seorang Pedagang Profesional, Penyelidik, Penulis 5 buku best-seller dan juga bekas pengurus dana.

Jom kita dengarkan perkongsian beliau. Dan kalau nak tahu, Fred Tam menggunakan 4 teknik untuk mengenalpasti saham-saham yang boleh diperhatikan pada tahun 2020:

  • Trend Analysis
  • Moving Average
  • TAD System
  • Fibonacci

5 Industri Yang Hot:

  1. Teknologi
  2. Perladangan
  3. Tenaga (Oil & Gas)
  4. Pembinaan
  5. Hartanah

5 Saham Teknologi Patuh Syariah Yang Hot:

  1. FPGROUP (Foundpac Group)
  2. FRONTKN (Frontken Corporation
  3. GREATEC (Greatech Technology)
  4. DSONIC (Datasonic Group)
  5. UWC (UWC Berhad)

5 Saham Perladangan Patuh Syariah Yang Hot:

  1. RSAWIT (Rimbunan Sawit)
  2. FGV (FGV Holdings)
  3. JTIASA (Jaya Tiasa Holdings)
  4. SOP (Sarawak Oil Palms)
  5. IJMPLNT (IJM Plantations)

5 Saham Tenaga (Oil & Gas) Patuh Syariah Yang Hot:

  1. *Nak tahu sila tonton video di bawah
  2. PENERGY (Petra Energy)
  3. CARIMIN (Carimin Petroleum)
  4. THHEAVY (TH Heavy Engineering)
  5. VELESTO (Velesto Energy)

5 Saham Pembinaan Patuh Syariah Yang Hot:

  1. ZECON (Zecon Berhad)
  2. JAKS (Jaks Resources)
  3. ZELAN (Zelan Berhad)
  4. ECONBHD (Econpile Holdings)
  5. *Nak tahu sila tonton video di bawah

5 Saham Hartanah Patuh Syariah Yang Hot:

  1. NAIM (Naim Holdings)
  2. IWCITY (Iskandar Waterfront City)
  3. YNHPROP (YNH Property)
  4. DBHD (Damansara Realty)
  5. MKH (MKH Berhad)

Saham Pilihan Fred Tam Bagi Tahun 2020:

  1. Sektor Teknologi: GREATEC, FRONTKN, DSONIC
  2. Sektor Perladangan: RSAWIT, FGV, *TDM (Tak patuh syariah)
  3. Sektor Tenaga: DAYANG
  4. Sektor Pembinaan: ZECON
  5. Sektor Hartanah: SPSETIA, ECOWLD

Boleh perhatikan industri-industri dan saham-saham di atas dan “Trade the trend until it bends”.

Kenapa perlu lihat kepada industri yang tengah panas? Sebab kebanyakan saham-saham dalam industri yang sama, harganya akan naik bersama-sama.

Lagi bagus kalau kita tahu leader dalam industri (harga saham akan naik dulu) dan laggard (harga saham akan naik selepas leader).

Ada dua teknik yang Fred Tam saran untuk kita gunakan:

  • Beli dan jual (Short-term)
  • Beli dan simpan (Mid-term & long-term)

Video Rujukan: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/552172408704119

Dah Tahu Saham Apa Nak Beli Tahun 2020?

Nak untung dalam saham ni tak lari daripada 2 jenis ilmu:

Kita kena buat Fundamental Analysis untuk tahu saham mana yang bagus untuk dibeli? (What to buy?), dan Technical Analysis pula untuk tahu bila masa yang sesuai nak beli saham ni?

Semoga kita sama-sama lebih kaya dan berjaya tahun 2020, InsyaAllah.

Kalau newbie jemput baca 15 Panduan Beginner Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Penafian : Kami tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana yang patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].