Saham FRONTKEN, Apa Kata CANSLIM?

William J.O’Neil telah memperkenalkan cara pemilihan saham menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari saham-saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham. Kriteria CANSLIM adalah seperti berikut:

  1. ‘C’ – Current Quarter Earnings
  2. ‘A’ – Annual Earnings
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Sebelum ini kita telah membincangkan kriteria pertama iaitu Current Quarter Earnings. Jemput baca Beli Saham Sebab Kajian CANSLIM.

Untuk kriteria yang kedua adalah ‘A’ iaitu pendapatan tahunan. Pada kriteria ‘A’, kita perlu mencari saham syarikat yang membuat keuntungan konsisten selama 5 tahun berturut-turut.

Selain daripada itu, saham yang mempunyai EPS (Earning per Share) juga perlu mencatatkan pertumbuhan yang sihat di antara 10%-20% dalam tempoh 3 tahun hingga 5 tahun. Untuk membaca dan melihat laporan tahunan syarikat di Bursa Malaysia, anda boleh ke laman sesawang https://www.malaysiastock.biz/Latest-Announcement.aspx.

Pendapatan yang konsisten menjamin syarikat tersebut untuk terus kekal bersaing dalam industri dan menjadi pemain utama dalam bidang yang diceburi. Pencapaian pendapatan yang konsisten melambangkan pengurusan syarikat yang baik.

Mari kita lihat contoh saham yang mencatatkan pendapatan konsisten bagi tempoh 3 tahun ke 5 tahun.

Kredit: Malaysiastock.biz

Syarikat FRONTKEN mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang sangat konsisten setiap tahun. Jika dilihat dalam bar graf di atas syarikat ini kekal konsisten sejak tahun 2015.

Dalam masa 5 tahun, pendapatan bersih berkembang daripada RM4 juta ke RM82 juta bagi tahun 2020. Syarikat FRONTKEN antara syarikat yang tidak terkesan dengan pandemik COVID-19.     

Pendapatan yang konsisten akan menarik pelabur untuk melabur ke dalam syarikat. Minat pelabur boleh dilihat di dalam kenaikan harga saham yang uptrend.

Harga saham syarikat FRONTKEN boleh dilihat dalam carta di bawah.

Kredit: Trading View

Saham FRONTKEN berharga sekitar RM0.30/unit pada tahun 2015 dan melonjak sehingga RM5.00/unit pada awal tahun 2021. Hal ini menunjukkan dengan memilih saham yang mencatatkan pendapatan tahunan yang konsisten, kita akan cenderung memilih saham yang akan memberikan pulangan yang baik.

Pasaran saham Bursa Malaysia mempunyai hampir 1,,000 pilihan syarikat saham. Jadi kita hendaklah menjadi pelabur yang bijak dalam memilih saham yang berpotensi dan memberi pulangan yang baik.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].