Bagaimana Nak Elak Riba Dari Broker Konvensional Semasa Trade Saham Global?

Kesedaran dalam pelaburan saham semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Rata-rata ramai yang bermula dengan pasaran saham Malaysia, kemudian mula melabur ke dalam pasaran saham Amerika Syarikat.

Dan nak mula melabur saham, kita kena ada akaun CDS dan akaun trading dengan broker sebelum boleh memulakan aktiviti jual beli saham.

Sumber: Bursa Malaysia-i

Sekiranya kita di Malaysia, kita ada Bursa Malaysia-i yang menyelia broker-broker yang menjalankan perniagaan mereka berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Setakat Disember 2020, ada 16 broker Islamik seperti berikut:

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad (window)
  2. Alliance Investment Bank Berhad (window)
  3. AmInvestment Bank Berhad (window)
  4. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
  5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (window)
  6. Hong Leong Investment Bank (window)
  7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window)
  8. Kenanga Investment Bank Berhad (window)
  9. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
  10. Maybank Investment Bank Berhad (window)
  11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  12. Public Investment Bank Berhad (window)
  13. RHB Investment Bank Berhad (window)
  14. TA Securities Holdings Berhad (window)
  15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  16. KAF Equities Sdn Bhd (window)

Sumber: Bursa Malaysia

Ada yang menawarkan akaun patuh syariah sama ada yang berstatus “full-fledged” atau “window basis”. Hanya BIMB Securities Sdn Bhd sahaja yang berstatus “full-fledged” iaitu syarikat broker yang 100% diiktiraf Islamik manakala yang selebihnya menawarkan kedua-dua perkhidmatan Islamik dan konvensional.

Tapi bagaimana pula dengan broker luar negara? Broker antarabangsa pada kebiasaannya seperti Saxo Bank menawarkan akaun konvensional dan tidak menawarkan akaun Islamik.

KEMASKINI : 6 Langkah Untuk Elak Riba Bila Guna Akaun Konvensional Untuk Trade Saham Global

Baca juga Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rakuten Trade Menambah Baik Khidmat Dagangan A.S. Dengan Kemudahan Mata Wang Asing

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade), sebuah syarikat yang menggugat pasaran, telah melancarkan perkhidmatan Pasaran Asing yang telah ditambah baik, termasuk menyediakan manfaat kemudahan mata wang asing.

Para pelabur kini boleh menukar dana dengan mudah antara MYR dan USD menerusi aplikasi iSpeed.my dan platform web. Pertukaran dibuat dalam masa sebenar, pada kadar kompetitif yang biasanya lebih baik daripada kebanyakan bank dan tanpa sebarang caj FX tambahan yang dikenakan ke atas urus niaga pertukaran mata wang.

Langkah membangunkan platform Pasaran Asing ditambah baik bertujuan untuk meningkatkan pengalaman berdagang di pasaran A.S dan menarik perhatian lebih ramai pelabur digital yang sebelum ini mempunyai pilihan broker yang terhad. Oleh itu, ramai pelabur membuat keputusan untuk mendaftar dengan broker luar negara untuk melabur dalam pasaran A.S.

Dengan pelancaran kemudahan ini, pelabur kini mempunyai lebih pilihan dan fleksibiliti untuk berdagang dalam MYR atau USD pada yuran broker yang rendah, iaitu RM7-RM100 atau USD1.88 – USD25.

Menurut En. Kazumasa Mise, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Rakuten Trade, “Hampir 25,000 akaun perdagangan A.S telah diaktifkan menerusi Rakuten Trade sejak kami memperkenalkan perkhidmatan ini pada bulan Januari 2022. Kemudahan ini juga menjadi pemangkin bagi pelabur baharu untuk menguji strategi perdagangan di Bursa Malaysia sebelum mempelbagaikan operasi ke pasaran A.S. Setakat ini, lebih daripada 85% pelanggan Rakuten Trade berurus niaga di Bursa Malaysia dahulu sebelum menceburi ke pasaran A.S. Hasilnya, Rakuten Trade terus mencatatkan pertumbuhan perdagangan yang lebih kukuh di NYSE (Bursa Saham New York) dan NASDAQ.”

En. Mise menyambung, “Dengan wujudnya wealthtechyang semakin pantas diterima pakai, Rakuten Trade akan terus mempelopori industri dan menambah baik pengalaman pengguna, menyediakan akses digital yang lebih baik kepada segmen pelanggan sebelum ini yang kurang diberi perhatian.”

Sempena dengan pelancaran ini, Rakuten Trade mengumumkan Kempen Jual Beli & Menangi Saham Google, yang memberikan ganjaran sehingga 5,000 mata RT atau rebat yuran broker bernilai RM50. Bagi mereka yang membuat keputusan berdagang dan mengekalkan baki tunai dalam USD, akan berpeluang memenangi satu daripada 50 saham Google*.

Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi, Rakuten Trade bersedia untuk memperluaskan perkhidmatan mereka dengan menyediakan akses ke pasaran Hong Kong. Baru-baru ini, Rakuten Trade telah mengumumkan penambahbaikan Program Ganjaran yang memberi pelabur lebih banyak cara untuk berdagang dengan yuran broker percuma.

Setakat pada 31 Julai 2022, Rakuten Trade telah mengaktifkan lebih daripada 250,000 akaun perdagangan dan mengendalikan urus niaga bernilai lebih daripada RM105 bilion di Bursa Malaysia sejak hari pertama perniagaan manakala aset pelanggan yang dipegang di bawah amanah hampir mencecah RM3.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rakuten Trade, sila layari www.rakutentrade.my.