Masih ingatkah anda iPhone 12 dilancarkan 13 Oktober 2020 yang lalu? Ramai yang ternanti-nanti pelancaran iPhone 12 ketika itu. Seperti yang kita sedia maklum, harga iPhone 12 pun boleh dikatakan harga kayangan juga.
Sudah tentulah iPhone 12 dijual pada harga kayangan, ini kerana Apple menawarkan pengalaman yang terbaik kepada penggunanya dan kualiti telefon pintar itu juga merupakan salah sebuah yang terbaik di dunia.
Wow, RM6,699. Bersamaan dengan berapa bulan duit simpanan tu agaknya?
Kami ada satu kisah yang hendak dikongsikan.
Irwan (bukan nama sebenar) asalnya nekad untuk membeli iPhone baru menggunakan duit bonus yang diterima, sebaliknya mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat tersebut dan melaburkan duit lebihan tadi ke dalam pasaran saham.
Irwan awal-awal dah tahu risiko yang bakal ditanggung.
Persoalan seterusnya, mesti tak tahu nak beli saham apa kan?
Jika susah nak buat keputusan tak tahu nak beli saham apa? Kenapa tidak beli saham syarikat yang berkaitan dengan syarikat Apple.
Setelah membuat kajian, Irwan pun menemui sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan mempunyai hubungkait dengan syarikat Apple. Syarikat tersebut tidak lain tidak bukan adalah Inari Amertron Berhad.
Kredit Gambar: The Malaysian Reserve
Apakah hubungan Apple dengan Inari? Inari merupakan syarikat berpangkalan di Pulau Pinang dikenali sebagai vendor yang memasang dan menguji barangan untuk syarikat Broadcom Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Broadcom pula membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Apple. Sebahagian besar pendapatan Inari datangnya daripada syarikat Broadcom ini.
Maka secara tak langsung, apabila permintaan terhadap barangan Apple meningkat, saham Apple meningkat, jualan Broadcom kepada Apple meningkat, maka pendapatan Inari turut meningkat.
Sekarang jom lihat berapa pulangan yang Irwan dapat daripada pelaburan dalam saham Inari.
Pulangan daripada pembelian saham Inari ini telah memberi pulangan sebanyak 19.80% dan saham ini diperam hanya dalam tempoh sebulan! Memang Irwan tak tunggu, terus dijualnya semua saham tadi sebab matlamat dah tercapai.
Amacam? Pulangan yang diterima tadi dapatlah digunakan untuk topup membeli iPhone baru.
Harga saham naik dan turun itu biasa. Benda dah lepas, jangan pula diikut beli saham ni sekarang sebab matlamat dan objektif tak sama. Buatlah kajian sendiri terlebih dahulu.
Penafian: Semua nama saham yang disebut di dalam artikel ini hanyalah untuk dikongsikan semata-mata dan ianya BUKAN sebagai saranan belian. Pengarang tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-mana keputusan dagangan/pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda adalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat professional dan/atau merujuk undang-undang, syarat dan peraturan yang berkaitan sebelum melakukan dagangan/pelaburan.
Tak perlu tunggu duit dalam bank ada RM100,000 baru nak mula melabur saham. Ada RM1,000 pun dah boleh mula melabur. Eh, RM100 pun boleh la bro…
Asri Ahmad Acadmey akan tunjukkan STEP-BY-STEP dalam bahasa mudah difahami bagaimana menambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham yang SAH, MUDAH dan PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.
Pembelajaran yang santai, bahasa yang mudah faham.
Tapi program ini bukan sembarangan. Ianya diiktiraf oleh pihak Bursa Malaysia.
Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.
Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.
Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.
Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.
Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.
Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :
‘C’ – Current Quarter Earning
‘A’ – Annual Earning
‘N’ – New product/management/event
‘S’ – Supply and Demand
‘L’ – Leader/laggard
‘I’ – Institutional
‘M’ – Market direction
Apa Itu Leader dan Laggard?
Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.
Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.
Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.
Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.
PMETAL vs LBALUM
Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.
Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.
Sumber : Trading View
Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.
Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.
Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.
Sumber : MalaysiaStock.biz
Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.
Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.
Sumber : Trading ViewSumber : MalaysiaStock.biz
Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.
Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.
Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.
Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.
Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.
Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.
AMD vs NVIDIA
Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.
Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.
Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Penafian : Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.