Sektor Teknologi Kesukaan Ramai Di Bursa Malaysia

Pasaran saham di Malaysia merangkumi dari pelbagai jenis syarikat saham dan dari pelbagai jenis sektor dan sub-sektor industri. Pada yang baru mula melabur, sangat penting untuk anda mengenali sektor-sektor yang ada dalam pasaran saham.

Hal ini kerana, dengan mengenali sektor-sektor yang ada, kita akan lebih mudah faham bisnes yang kita ingin laburkan.

Dalam kebanyakan sektor yang ada, sektor yang paling disukai oleh pelabur dan pedagang adalah sektor Teknologi. Sektor ini dikatakan sektor yang paling evergreen sepanjang tahun di Bursa Malaysia.

Kenapa Pelabur Suka Sektor Teknologi?

Kredit Gambar: pxfuel

Sejak negara Malaysia beralih daripada negara pertanian kepada negara pembuatan, negara kita telah menjadi hub kepada pelbagai kilang-kilang pengeluar bahan-bahan semikonduktor dan cip untuk perisian komputer.

Banyak syarikat antarabangsa mula bertapak di sini seperti Intel dan AMD. Secara tidak langsung, syarikat pengeluar bahan-bahan semikonduktor tempatan mula tumbuh bagaikan cendawan.

Hal ini membawa syarikat-syarikat yang berasaskan teknologi mula memasuki pasaran saham. Jika kita lihat kepada trend dan perkembangan sektor ini, ianya adalah satu sektor yang sangat penting pada abad ini.

Malah boleh dikatakan semua sektor lain memerlukan teknologi untuk kekal relevan dengan peredaran zaman. Oleh itu, permintaan kepada sektor teknologi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Tidak hairanlah kenapa sektor ini kekal relevan sepanjang masa kerana permintaan kepada barang-barang yang berasaskan teknologi sentiasa meningkat dan akan terus meningkat di masa hadapan.

Kebanyakan syarikat teknologi mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih jauh lagi. Tambahan pula, eksport Malaysia pada bulan Februari 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 17.6% dan pengembangan ini disumbangkan oleh produk elektrik dan elektronik terutamanya semikonduktor.

Mari kami kongsikan senarai syarikat yang ada dalam sektor teknologi.

Sub-sektor di bawah sektor teknologi adalah servis digital, semikonduktor, perisian dan peralatan teknologi.

Berikut merupakan antara syarikat di dalam setiap sub sektor tersebut.

Syarikat di bawah sub-sektor servis digital: Awantec, Dsonic, GHLSYS, MYEG

Kredit: Trading View

Kalau nak tahu, harga saham Awantec telah naik 248% dalam masa setahun.

Syarikat di bawah sub-sektor semikonduktor: D&O, Frontken, Inari, UWC

Kredit: Trading View

Harga saham D&O ini pula telah naik 488% dalam masa setahun.

Syarikat di bawah sub-sektor perisian: ARBB, Eforce, Iris, Opensys

Kredit: Trading View

Harga saham Opensys telah naik 114% dalam masa setahun.

Syarikat di bawah sub-sektor peralatan teknologi: Aemulus, Elsoft, Greatec, MMSV

Kredit: Trading View

Harga saham Aemulus pun boleh tahan, naik 250% dalam masa setahun.

Sebelum membuat sebarang tindakan untuk beli atau jual mana-mana saham, pastikan kita buat Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal terlebih dahulu.

Kami percaya sektor Teknologi akan sentiasa diberikan fokus dan perhatian oleh kerajaan kerana sumbangannya kepada pendapatan negara.

Niat Dah Ada Untuk Bermula, Tapi Tak Tahu Nak Mula Dekat Mana?

Sebab itu kami di Majalah Labur dan The Kapital, nak sangat berkongsi jalan kepada orang ramai cara untuk menceburi dunia pelaburan saham di Bursa Malaysia yang sah dan patuh Syariah.

Pelaksanaan PKP semasa tahun 2020 mengajar kita betapa pentingnya menyimpan dan melabur. Pendapatan pasif dapat digunakan dalam keadaan pendapatan aktif kita terjejas.

Juga bagaimana nak berwakaf dan bersedekah dekat mereka yang memerlukan jika ekonomi sendiri ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Untung Saham Kita Bantu Orang, Dunia Dapat Saham Akhirat Pun Dapat

Alhamdulillah, kami ada berita baik. Kami nak berkongsi ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif. Bahasa mudahnya, kita belajar pasal saham ni dari kosong step-by-step!

PRA-daftar sekarang dan jadi yang terawal dapat tawaran istimewa dari kami. Klik link: thekapital.my/pradaftar

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].