Senarai Saham Syarikat Tenaga Di Malaysia

Harga minyak kebelakangan ini melonjak naik akibat stok minyak global yang rendah dalam tempoh beberapa tahun ini.

Jom kita tengok saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan nilai pasaran di atas RM120 juta. Mungkin ada peluang di sebalik catalyst ini.

Saham ‘mahal’ pun ada, saham bawah RM1 pun ada banyak juga. Apa-apa pun, buat lah Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal sebelum membuat sebarang keputusan.

(Disclaimer: Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

Selamat melabur!

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Boleh juga dapatkan ilmu di:

Previous ArticleNext Article

LSH Capital Beli Tanah Perbadanan Aset Keretapi Di Subang Jaya Pada Harga RM197.9 Juta

KUALA LUMPUR: Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) akan membeli tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada harga RM197.9 juta bagi membangunkan projek pembangunan bercampur berorientasikan transit (TOD) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.91 bilion di Subang Jaya, Selangor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, LSH Capital berkata anak syarikatnya, Astana Setia Development Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli dan pembangunan bersyarat dengan RAC bagi memperoleh dua lot tanah pegangan bebas seluas 7.04 hektar.

Projek TOD itu dijangka merangkumi sehingga enam menara kediaman yang dilengkapi komponen runcit dan komersial bersepadu.Dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM1.32 bilion, projek itu akan dibangunkan secara berfasa dalam tempoh lima tahun.Kerja pembinaan dijangka bermula pada separuh kedua 2027, manakala siap sepenuhnya disasarkan pada separuh kedua 2032.Cadangan pembangunan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham, Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta pihak berkuasa berkaitan, dengan urus niaga dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2027.

LSH Capital berkata projek itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan dalam rangkaian pengangkutan Selangor, di samping merangsang aktiviti pembinaan, mewujudkan peluang pekerjaan serta menyokong pertumbuhan bandar yang mampan untuk jangka panjang.Tanah tersebut terletak di kawasan pembangunan matang Subang Jaya, kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dengan akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Kawasan itu turut dihubungkan dengan Stesen Komuter Batu Tiga dan hab pertukaran rel bersepadu Subang Jaya, manakala Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak kira-kira lima kilometer dari tapak pembangunan.Harga pembelian tanah itu, bersamaan kira-kira RM261 bagi setiap kaki persegi, dipersetujui berdasarkan prinsip “pembeli dan penjual yang rela” (willing buyer, willing seller).Nilai tersebut lebih rendah daripada penilaian bebas sebanyak RM202 juta, atau sekitar RM266 bagi setiap kaki persegi, yang dibuat oleh Nawawi Tie Leung Property Consultants Sdn Bhd.

Pemerolehan itu akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman, pinjaman bank dan kutipan dana ekuiti.LSH Capital telah membayar deposit sebanyak 10% menggunakan dana dalaman, manakala baki pembiayaan akan ditentukan kemudian menerusi gabungan beberapa sumber pembiayaan.

Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata projek itu mencerminkan keyakinan RAC terhadap keupayaan syarikat dan akan memperkukuhkan saluran projek pembinaan serta pembangunan hartanah kumpulan.”Kami berharap dapat merealisasikan sepenuhnya potensi bank tanah ini bagi menjana nilai mampan untuk jangka panjang kepada pemegang saham serta komuniti yang kami berkhidmat,” katanya.

–Berita Harian