Simulator Saham, Paper Trade, Demo Akaun – Sangat Bagus Tapi Ianya Bukan Dunia Sebenar! Ini Adalah Huraiannya

Simulator pasaran saham ialah sebuah perisian komputer yang mengeluarkan semula tingkah laku dan ciri pasaran saham, supaya pengguna boleh melakukan perdagangan saham tanpa melibatkan risiko kewangan. Terlalu banyak nama yang diperkenalkan untuk sebuah simulator saham, antaranya ialah paper trade, dagangan saham maya, demo akaun dan banyak lagi. Selagi ianya berlandaskan proses simulasi dagangan saham dalam pasaran sebenar dan pengguna berlatih melabur atau berdagang tanpa menggunakan duit sebenar.

Kebiasannya simulasi saham ini digunakan untuk tujuan pendidikan. Contohnya pelabur menguji strategi pelaburan atau perdagangan mereka. Manakala wang maya yang terdapat dalam akaun simulasi daganagan saham tersebut dipanggil sebagai ‘paper money’, ‘virtual money’, dan ‘Monopoly money‘. Walaubagaimanapun, suka sekiranya saya mengingatkan, tidak kiralah berapa lama anda menggunakan paper trade sebagai sebuah latihan dan mengasah bakat gaya dagangan dan pelaburan anda, apabila anda menggunakan wang sebenar dalam berdagang atau melabur saham, segalanya akan berubah. Welcome to the real world!!! 

Kesilapan yang tidak pernah anda terfikir kemudiannya mula muncul di kiri dan kanan. Apabila anda melakukan kesilapan tersebut, seterusnya anda belajar untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang. Kehilangan wang sebenar, akan memberi kesan emosi yang mendalam, ianya tidak dapat dirasai sewaktu anda menggunakan paper trade. 

Tidak dapat dinafikan bahawa paper trade adalah cara terbaik untuk seseorang mula menceburkan diri dalam berdagang dan melabur dalam dunia saham. Sungguhpun begitu, meletakan wang sebenar dalam perdagangan tetap memberikan seribu satu perbezaan kepada perdagangan dan pelaburan anda. Kehilangan RM 1,000.00 dalam paper trade, ianya mungkin akan berlalu dengan pantas dan kurang menganggu emosi.

Namun apabila ianya wang sebenar, impaknya akan mempengaruhi emosi anda. Bayangkan ianya berlaku pada hari Jumaat, sewaktu pasaran hendak tutup. Lalu sepanjang hujung minggu anda akan merasa menyesal dan kecewa. Perasaan seperti ini kebiasaannya tidak dirasai sewaktu anda melakukan paper trade. 

Selain itu, setiap order position yang anda lakukan sentiasa berjaya, kerana kecairan tidak diperlukan dalam paper trade. Semua orang mendapat harga yang terbaik dalam setiap dagangan paper trade.

Namun dalam dunia yang sebenar, semuanya akan berubah. Setiap dagangan anda, tidak semestinya akan fill dalam pasaran, terutamanya ketika kecairan dalam sesuatu pasaran rendah. Sekaligus kawalan atau penghindaran risiko anda juga boleh berubah.  Ini selalunya akan mengakibatkan keuntungan diambil terlalu cepat, manakala kerugian dibenarkan berkembang terlalu besar.

Selain itu, faktor-faktor besar yang membezakan paper trade dengan dunia perdagangan atau pelaburan sebenar ialah seperti slippage dan perbezaan jumlah komisen broker juga mampu menjadikan cabaran yang sangat besar bagi seorang newbies dalam pasaran saham. 

Kesimpulannya, paper trade bagus untuk anda memahami cara untuk memulakan langkah dan membiasakan diri dengan platform pelaburan saham. Namun ianya masih tidak sempurna, selagi anda tidak terjun ke dalam dunia saham yang sebenar. Jika anda membuat kesilapan, percayalah masih ada peluang untuk anda ambil pengajaran dan bangkit dari kesilapan itu. Belajarlah dari sebuah kesilapan. Ingatlah kata hikmat ini “Rome wasn’t built in a day, but they were laying bricks every hour”.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Tenaga: Keputusan Menepati Ramalan Buat Sektor Bertahan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Tenaga Nasional (TNB), YTL Power (YTLP), Solarvest dan Samaiden. Perolehan 4Q25 yang dicatatkan oleh sektor tenaga dilihat menepati jangkaan.

Daripada sembilan syarikat bawah liputan kajian kami yang melaporkan keputusan kewangan, dua mencatat perolehan tersasar, dua melangkaui jangkaan, dan selebihnya menepati ramalan. Keputusankeputusan daripada syarikat bermodal besar (dengan modal pasaran melebihi MYR2bn) yang merangkumi 71% liputan sektor tenaga kami, berjaya mencapai ramalan yang ditetapkan.

Dalam kalangan saham utiliti bermodal besar, TNB dan YTLP mencatat keputusan memenuhi jangkaan

TNB merekodkan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah semasa 4Q dan ia memenuhi andaian kami namun mengatasi andaian konsensus. YTLP turut menerima sumbangan hasil lebih kukuh daripada segmen airnya yang dilemahkan oleh prestasi perniagaan penjanaan tenaganya yang lebih rendah.

Petronas Gas (PTG) dan Malakoff mencatat keputusan perolehan tersasar

Perolehan bagi Petronas Gas susut 7% YoY akibat paras ETR dan opex lebih tinggi daripada yang sepatutnya, manakala Malakoff terjejas oleh gangguan operasi di lojiloji arang batunya.

Prestasi baik daripada saham-saham suria dan air

Antara saham suria bawah liputan kami, Samaiden mencatat kenaikan luar jangkaan susulan pengiktirafan
beberapa projek berskala utiliti secara berperingkat. Pada masa sama, perolehan Solarvest dilihat mencapai ramalan, dengan buku pesanan belum bayarnya menokok 16% QoQ kepada paras tertinggi berjumlah MYR1.5bn.

Dalam ruang utiliti air pula, Ranhill Utilities (RAHH) melakar prestasi luar biasa akibat paras margin lebih kukuh daripada ramalan selepas kenaikan kadar tarif, sedangkan Taliworks Corp (TWK) mencatat perolehan memenuhi jangkaan.

Kami menyukai tenaga sebagai sektor bertahan

Sekiranya ketegangan geopolitik yang melanda sekarang berlarutan sehingga menyebabkan pasaran mengelakkan sebarang risiko. Hal ini demikian kerana saham-saham utiliti bermodal besar (seperti TNB, PTG) kurang terdedah kepada risiko-risiko bukan domestik (kos bahan api, operasi luar negara, kos bahan api terkawal dan FX), manakala kerangka kawalan menawarkan perolehan yang stabil dengan pulangan dividen 4-5%.

Tambahan itu, kami melihat YTLP sebagai bakal penerima manfaat daripada kenaikan harga gas yang membawa kepada perbezaan harga yang lebih tinggi. Sementara itu, mekanisme pengalihan kos untuk perniagaan terkawal milik TNB dan PTG memastikan perolehan mereka menerima kesan yang neutral daripada turun naik kos. Dengan itu, kami lebih cenderung untuk memilih TNB, YTLP dan PTG dalam persekitaran pasaran yang menghindari risiko.

Pilihan sektor

Kami terus mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI pada sektor ini. TNB masih menjadi Saham Pilihan Utama kami kerana ia merupakan penerima manfaat utama daripada pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), dengan kerangka kawalan memberikan ia asas perolehan yang stabil.

Kami menggalakkan pelabur untuk mengumpul saham-saham Solarvest dan Samaiden susulan pembetulan harga baru-baru ini kerana kami ramalkan kesan yang minimum daripada penarikan rebat cukai nilai tambahan (VAT) terhadap pemain-pemain suria.

Penganalisis
Max Koh +603 2302 8131 ([email protected]) dan John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.