Ilmu Technical Analysis: 2 Tool Analisis Teknikal Yang Boleh Digunakan

Dalam membuat analisa teknikal yang betul anda tidak perlu menggunakan semua alat yang ada. Analisis teknikal pada asasnya terbahagi kepada dua, iaitu trend follower dan oscillator.

Oleh itu, anda perlukan 2 jenis alat untuk membantu dalam analisis teknikal anda. Trend follower akan memberitahu anda pergerakan harga sama ada bergerak naik atau bergerak turun.

Manakala oscillator akan memberitahu anda sama ada harga berada dalam kawasan Overbought (terlebih beli) atau Oversold (terlebih jual).

1. Trend Follower

Simple Moving Average (SMA) menunjukkan harga purata dalam masa yang kita tetapkan. SMA di atas ditetapkan pada nilai 14 iaitu 14 hari.

Garisan kuning menunjukkan harga purata saham dalam tempoh 14 hari. Jika garisan kuning dalam keadaan menaik ia berada pada fasa uptrend manakala jika garisan kuning dalam keadaan menurun ia berada pada fasa downtrend.

2. Oscillator

Relative Strength Index (RSI) yang digunakan juga ditetapkan pada nilai 14. Garisan putus berwarna putih adalah garisan yang menunjukkan harga berada pada fasa overbought (OB) dan oversold (OS).

Jika harga melepasi paras nilai 70 maka saham tersebut terlebih beli kerana perasan tamak menguasai diri pelabur. Manakala jika berada di bawah paras nilai 30 saham tersebut terlebih jual kerana perasaan takut telah mula menguasai pelabur.

Dengan menggunakan dua alat ini, kita dapat mengesan trend saham tersebut dan melihat sama ada pelabur berada dalam keadaan tamak (greed) atau takut (fear).

Oleh itu, kita akan dapat membaca market psikologi pada ketika itu dan ini akan memudahkan kita untuk membuat keputusan membeli dan menjual saham.

Akhir sekali, anda perlu mempunyai pemahaman yang baik dalam menganalisa candlestick reversal pattern untuk kita mengambil peluang yang ada. Reversal pattern ini boleh digabungkan dengan dua alat analisa teknikal di atas.

Dengan itu, kecenderungan untuk kita membuat keputusan pelaburan yang salah itu akan berkurangan.

Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melihat sama ada keputusan yang bakal dibuat akan memberikan pulangan yang baik ataupun tidak.

Saksikan video live kami sebelum ini tentang Step by Step Penggunaan RSI

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu kita kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.