Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2023

Indeks FBM KLCI gagal untuk terus naik ke paras 1,500 mata pada bulan Februari 2023. Malah Indeks jatuh sebanyak 34.39 mata dan akhiri dengan 1254.43 mata pada hujung bulan Februari 2023. 

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI dilihat jatuh sepanjang bulan Februari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 34.39%.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Februari tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan Februari tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Zen Tech International Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Zen Tech International Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Februari 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 69.23% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. Ageson Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Ageson Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Februari 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 52.38%. 

3. Pharmaniaga Bhd

Gambar: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Pharmaniaga dengan kejatuhan sebanyak 48.57% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Barakah Offshore Petroleum Bhd

Gambar: Bursa Marketplace

Barakah Offshore Petroleum Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Februari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 41.67%.

5. MTAG Group Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat MTAG Group Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 37.12% untuk tempoh sebulan pada Februari 2023. 

6. Hong Seng Consolidated Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Hong Seng Consolidated Berhad dengan kejatuhan sebanyak 35.00% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. AT Systemation Bhd

Gambar: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat AT Systematization Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 33.33% dalam tempoh sebulan dagangan pada Februari 2023. 

8. Eduspec Holdings Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Syarikat Eduspec Holdings Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Februari 2023 dengan penurunan sebanyak 33.33%. 

9. Ancom Logistics Berhad

Gambar: Bursa Marketplace

Ancom Logistics Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Februari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 32.61%.

10. CYL Corporation Bhd

Gambar: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat CYL Corporation Bhd dengan penurunan sebanyak 31.48% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Januari 2023.

Semua Saham Rugi Lebih 30% Untuk Bulan Februari 2023

Bulan Februari sememangnya bukan bulan yang baik untuk pelabur di pasaran tempatan kerana tiada pemangkin yang kuat untuk menolak pasaran. 

Bulan Februari ini juga merupakan bulan laporan kewangan dikeluarkan, banyak laporan kewangan syarikat kurang memberangsangkan antara punca yang mengheret pasaran saham Malaysia. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.