Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2025

Pasaran saham Malaysia terus menunjukkan prestasi terumbang ambing, khususnya dalam segmen pelaburan patuh syariah. Dengan 80% syarikat tersenarai di Bursa Malaysia kini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah, pelabur mempunyai pelbagai pilihan yang selari dengan prinsip Islam. 

Baca juga: Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2025)

Bulan Mei 2025 menyaksikan beberapa saham patuh syariah mencatatkan lonjakan harga yang ketara, didorong oleh faktor seperti pengumuman projek besar, peningkatan keuntungan suku tahunan, serta sentimen positif dalam sektor-sektor utama seperti teknologi, pembinaan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Indeks FBM KLCI

Sumber: TradingView

Pasaran menunjukkan tekanan jualan sepanjang hujung bulan Mei. Pelabur mungkin mengambil untung selepas kenaikan pada awal Mei. Penurunan ini mungkin dipengaruhi oleh sentimen luaran seperti pasaran global, data ekonomi, atau pengumuman dasar kerajaan. Indeks KLCI juga menunjukkan trend penurunan pada hujung bulan Mei 2025 dengan indeks menurun di bawah EMA 20.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung

Senarai ini bertujuan membantu pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang berpotensi tinggi dalam pasaran yang dinamik ini. Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling untung untuk bulan Mei 2025.

1. INFRAHARTA HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan pertama adalah Infraharta Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Papan Utama. Ia dahulunya dikenali sebagai Vertice Berhad.

Kenaikan Infraharta Berhad dilihat lebih sebagai rebound daripada kejatuhan besarnya. Untuk tempoh satu tahun, IHB telah susut 34.38%.

Namun untuk bulan Mei 2025, ia telah berjaya bangkit dengan kenaikan 40%.

Berita terkini berkaitan dengan IHB adalah IHB baru-baru ini menang sub-kontrak projek hospital bernilai RM17.4 juta. Projek tersebut adalah kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah dan kerja cerucuk untuk blok wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Baca: Infraharta wins RM17.4m subcontract for hospital project in Kuantan

2. MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

MajuPerak merupakan syarikat kedua dengan kenaikan tertinggi Mei 2025. Majuperak terlibat dalam pembangunan hartanah dan penyediaan perkhidmatan kontrak pengurusan.

Majuperak dibuka pada harga RM0.095 dan ditutup pada RM0.130 pada penghujung Mei. Ia memberi kenaikan setinggi 36.84% kepada saham ini. 

Syarikat telah mencatatkan kerugian dalam tiga daripada lima tahun kewangan yang lepas, menunjukkan rekod keuntungan yang lemah.

Bagi tiga suku tahun terkini, prestasi kewangan syarikat adalah tidak konsisten. Namun begitu, jumlah keuntungan bersih sepanjang tempoh tersebut adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya (year-on-year). Peningkatan ini didorong oleh hasil jualan yang lebih tinggi serta margin keuntungan yang lebih baik.

3. CPE TECHNOLOGY BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini merupakan penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang terlibat secara utama dalam pembuatan komponen dan bahagian berkejuruteraan berketepatan tinggi, serta penyediaan perkhidmatan pemesinan CNC.

Syarikat ini telah disenaraikan di bursa pada 7 Disember 2023.

CPE Technology membuat kenaikan sebanyak 36.36% pada Mei 2025. Kenaikan ini didorong oleh peningkatan ketara keuntungan syarikat kerana peningkatan permintaan dalam industri semikonduktor.

Baca: CPE Tech 3Q profit up 71.2% on higher semicon industry demand

4. SUNWAY CONSTRUCTION GROUP BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini terlibat secara utama dalam pembinaan bangunan dan kerja-kerja awam, pembuatan dan penjualan produk konkrit pratuang di Malaysia dan Singapura, serta pemegangan pelaburan.

Syarikat ini telah disenaraikan pada 28 Julai 2015.

Sumber: The Edge

Syarikat ini telah mencatatkan keuntungan secara konsisten sepanjang lima tahun kewangan yang lepas. Keuntungan bersih meningkat daripada RM72.8 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2020 kepada RM186.9 juta pada Disember 2024. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan hasil jualan dan margin keuntungan yang lebih baik.

Dalam tiga suku tahun terkini, keuntungan bersih syarikat terus menunjukkan peningkatan. Jumlah keuntungan bersih bagi tempoh tersebut adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, hasil daripada peningkatan hasil jualan tahunan (year-on-year).

Syarikat ini mencatatkan kenaikan 32.58% pada bulan Mei 2025.

5. AGRICORE CS HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini terlibat secara utama dalam perolehan, pengedaran dan pengeluaran bahan ramuan makanan.

Syarikat ini telah disenaraikan pada 21 Jun 2024. Sepanjang bulan Mei 2025, Agricore berjaya naik sebanyak 31.51%.

Harga penutup Agricore adalah RM0.480. Harga IPO Agricore adalah pada RM0.50. Ini bermakna Agricore masih di bawah harga IPO. 

6. CAHYA MATA SARAWAK BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuching Sarawak memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri tersebut. Syarikat ini bermula sebagai pengeluar simen di Sarawak pada tahun 1974. Kini, CMSB telah mempunyai lebih 30 buah syarikat bernaung di bawahnya.

CMSB naik 31.22% pada bulan Mei 2025. Kenaikan ini dipacu dengan pelbagai projek Pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Sarawak. CMSB berjaya menarik pelabur asing untuk turut melabur di dalam syarikat ini.

Baca: Norges Bank Norway Diumumkan Sebagai Pemegang Saham Utama Cahya Mata Sarawak

7. HARN LEN COROPORATION BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Harn Len terlibat secara utama dalam penanaman kelapa sawit dan operasi kilang pemprosesan, serta pelaburan hartanah.

Syarikat telah mencatatkan kerugian dalam tiga daripada lima tahun kewangan yang lepas, menunjukkan bahawa syarikat mempunyai rekod keuntungan yang kurang memberangsangkan.

Bagi tiga suku tahun terkini, prestasi kewangan syarikat adalah tidak konsisten. Namun begitu, jumlah keuntungan bersih dalam tempoh tersebut adalah lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (year-on-year). 

Peningkatan ini disumbangkan oleh hasil jualan yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih baik.

Bagaimanapun, Harn Len masih berjaya mencatatkan kenaikan 30.56%.

8. IBRACO BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Ibraco Berhad juga merupakan salah sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak. Namanya mungkin tidak popular seperti Cahya Mata Sarawak. Namun, Ibraco turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak.

Ibraco Berhad naik 30.39% sepanjang Mei 2025.

Sumber: Malaysiastock.biz

Prestasi suku tahunan Ibraco agak konsisten untuk beberapa suku terakhir. Untuk suku terkini yang dikeluarkan pada 23 Mei 2025, Ibraco mencatatkan pendapatan sebanyak RM184 juta dan keuntungan bersih RM13.55 juta.

9. AEMULUS HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini terlibat secara utama dalam reka bentuk, kejuruteraan dan pembangunan Peralatan Ujian Automatik (Automated Test Equipment).

Syarikat ini telah disenaraikan pada 15 September 2015.

Aemulus dibuka pada harga RM0.225 dan ditutup pada RM0.285. Kenaikan sebanyak 6 sen tersebut membantu Aemulus naik sebanyak 26.67%.

10. KRETAM HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini ialah Kretam Holdings Berhad. Kretam terlibat secara utama dalam penanaman kelapa sawit, operasi kilang pemprosesan, penapisan dan penjualan produk kelapa sawit (terutamanya di Malaysia Timur).

Sumber: The Edge

Syarikat ini telah mencatatkan keuntungan secara konsisten sepanjang lima tahun kewangan yang lepas. Keuntungan bersih meningkat daripada RM50.4 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2020 kepada RM174.8 juta pada Disember 2024. Peningkatan ini disebabkan oleh hasil jualan yang lebih tinggi serta margin keuntungan yang bertambah baik.

Dalam tiga suku tahun terkini, keuntungan bersih syarikat menunjukkan peningkatan. Jumlah keuntungan bersih bagi tempoh tersebut adalah lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (year-on-year). Peningkatan ini didorong oleh margin keuntungan yang lebih baik.

Kretam naik 25.96% sepanjang bulan Mei 2025. 

Kesimpulan

Tidak kira apa pun saham yang berpotensi untuk membuat kenaikan, sebaiknya carilah saham yang mempunyai fundamental yang baik. Sekurang-kurangnya kita beli dan simpan dengan hati yang tenang.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.


Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Kami ada sediakan tutorial, boleh klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.