Top 10 Saham Syariah Paling Untung Tahun 2019 (Kategori Small Cap dan Mid Cap)

Di kala FBM KLCI mencatatkan penurunan sebanyak 6%, ramai yang kata market Malaysia tak berapa bagus.

Indeks FBM KLCI 2 Januari 2019: 1,690.58 Mata

Indeks FBM KLCI 31 Disember 2019: 1,588.76 Mata

Penurunan Setahun: -101.82 Mata atau -6.02%

Kita ada lebih 900 public listed companies yang tak masuk dalam kiraan KLCI. Ramai tak tahu sebenarnya pasaran Small Cap dan Mid Cap adalah sangat aktif dan orang ramai berupaya untuk meraih keuntungan beratus-ratus peratus dalam masa setahun.

Kami ulang, beratus-ratus peratus dalam masa setahun.

Tak percaya, tengok saja senarai di bawah:

Sumber: Screener iSaham

$KAB… 394.87%
$MASTER… 334.78%
$SEALINK…323.81%
$KPOWER…311.43%
$SCIB…295.83%
$ZECON…266.67%
$DSONIC…265.43%
$FPGROUP…254.55%

Macamana nak kira peratusan keuntungan? Kita ambil contoh KAB yang berada di tempat pertama dalam senarai:

Harga 2 Januari 2019: RM0.195
Harga 31 Disember 2019: RM0.965
Kenaikan Setahun: RM0.965 – RM0.195 = RM0.77
Peratus Kenaikan: (RM0.77 / RM0.195) * 100 = 394.87%

1. KAB

Sumber: Bursa Marketplace

2. MASTER

Sumber: Bursa Marketplace

3. SEALINK

Sumber: Bursa Marketplace

4. KPOWER

Sumber: Bursa Marketplace

5. SCIB

Sumber: Bursa Marketplace

6. ZECON

Sumber: Bursa Marketplace

7. DSONIC

Sumber: Bursa Marketplace

8. FPGROUP

Sumber: Bursa Marketplace

9. PENERGY

Sumber: Bursa Marketplace

10. CARIMIN

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Yang Asalnya Penny Stock, Kini Berharga RM1 Dan Ke Atas

Memang power kebanyakan saham yang berada dalam senarai Top 10 Saham Syariah Paling Untung Tahun 2019 (Kategori Small Cap dan Mid Cap, Bawah RM2 Bilion) ni. Pada awal tahun 2019, harganya baru bersen-sen. Namun pada penghujung tahun 2019, ada yang telah mencecah RM1 dan ke atas.

Dalam pasaran saham, sejarah mungkin berulang. Apakah saham penny yang bakal meletup-letup pula tahun 2020 ini? Yang harga sekarang bersen-sen, berpotensi untuk naik sampai RM1 pada hujung tahun 2020?

Mereka yang dah ada ilmu pastinya dapat rebut peluang ini. Tahniah kepada para pedagang Bursa Malaysia.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Year) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan saham? Jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Semoga tahun 2020 kita bangkit dan peroleh keuntungan yang lebih besar lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.