Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia. IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Duit tolak terus dari akaun simpanan anda. Tetapi perlu ada nombor akaun CDS yang aktif untuk memohon.

Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CIMB Clicks.

Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksima.

Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.

Soalan : Bolehkah kita pohon saham IPO di beberapa online banking sekaligus?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap IPO baru yang ditawarkan.

Soalan : Kalau ada akaun CDS di RHB Investment, boleh beli IPO guna M2U?
Boleh, tiada masalah.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. kenapakah sy cuba membeli IPO Pekat Group di CIMB Clicks sebanyak 30 Lot tetapi tidak berhasil? tidak boleh menekan butang Submit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA