Inspirasi Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Dengan Pelaburan Saham

Alhamdulillah, itulah yang boleh diucapkan kepada salah seorang kenalan kami yang berjaya meraih keuntungan hampir RM1 juta dalam satu kaunter saham!

Yang lagi bestnya, beliau hanya menggunakan teknik simpan dan peram. Terbukti bahawa kita tidak perlu trade saham hari-hari pun boleh jadi jutawan.

Kita yang trade setiap hari belum tentu lagi boleh untung besar sebegini. Ini kerana sebagai seorang trader, biasanya bila dah untung pun kita dah jual. Sama juga halnya bila rugi, bila rugi sikit saja dah cut loss.

Tapi sanggupkah kita tak login trading platform setiap hari?
Boleh ke kita tak tengok chart setiap hari?
Cukup kentalkah hati kita apabila orang lain tayang profit, tapi kita duduk diam saja?

Saham Apa Yang Boleh Untung Sampai Sejuta Tu?

Sumber: Bursa Malaysia

Tekaan kami adalah saham ini.

Saham ini baru saja IPO pada 13 Jun 2019 dengan harga RM0.61. Itu dulu, tapi sekarang pada tarikh 13 Januari 2021, harga saham ditutup pada paras RM5.18.

Harga IPO 13 Jun 2019: RM0.61
Harga Semasa 13 Januari 2021: RM5.18
Kenaikan: RM4.57 atau +749.18% dalam masa 19 bulan

Tapi kalau diikutkan, ROI adalah lebih besar kerana saham ini pernah bagi Bonus Issue.

Sumber: Bursa Marketplace

Cuba tengok ‘kejatuhan’ harga yang berlaku pada hujung tahun 2020. Daripada harga saham RM9 lebih, turun ke RM4 lebih. Maknanya selepas Bonus Issue yang berlaku, harga saham dari RM4 lebih naik sehingga RM5 lebih pula hari ini.

Modal Besar Untung Besar

“Dia bolehlah, letak modal besar mestilah untung besar..”

Eh, memang betul, sekiranya kita ada modal besar, bila untung mestilah untung besar juga.

Tetapi cuba renungkan, sekiranya dengan modal RM1,000 pun kita tak boleh gandakan menjadi RM2,000, adakah kita yakin dengan modal RM10,000 kita boleh kembangkannya menjadi RM20,000?

Kalau itu pun kita tak berjaya buat, mana mungkin duit RM100,000 kita boleh dapat jadikannya RM200,000 dengan pelaburan saham?

Bukan modal yang menjadi ukuran, sebaliknya ilmu dan mentor yang betul untuk menegur kesilapan. Sebab itu tak semua orang boleh buat duit di pasaran saham. Sebab ramai memilih untuk buat sendiri-sendiri dan malu untuk dibimbing.

Cari Syarikat Dengan Fundamental Yang Kuat

Sumber: Malaysiastock.biz
Sumber: Malaysiastock.biz

Tengok sendiri prestasi syarikat Greatec. Nampak tak peningkatan daripada segi pendapatan dan keuntungan? Nampak tak EPS semakin meningkat?

Eh, tapi kita kan dilanda pandemik Covid-19, kenapa Greatec ini seolah-olah tak terkesan dengan kegawatan ekonomi?

Inilah yang dinamakan syarikat dengan Fundamental yang kukuh. Agaknya bila ekonomi kembali pulih, syarikat akan lebih maju ke lebih mundur? Adakah pendapatan dan keuntungan akan semakin meningkat, atau semakin berkurang?

Harga Saham Naik Ikut Prestasi Syarikat Yang Meningkat

Sebab itulah kita tengok harga saham semakin hari semakin naik. Dengan fundamental yang kukuh, dengan pendapatan dan keuntungan yang semakin meningkat, semakin berminat para pelabur untuk melabur ke dalam syarikat Greatec ini.

Bukannya saham-saham yang sedang mengalami kerugian, harga saham tiba-tiba naik tak tahu sebab apa. Angin takde ribut takde, tiba-tiba saham yang dikategorikan sebagai PN17 pun boleh Limit Up.

Semoga kisah kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kita semua.

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Saham yang disebut hanyalah untuk tujuan pendidikan dan bukanlah saranan belian atau jualan. Sebarang tindakan untuk melabur adalah keputusan dan tanggungjawab anda.


Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelabur Asing Terus Ligat Membeli Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk Dana RM853.8 Juta


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti pembelian ketara di Bursa Malaysia pada minggu lepas yang juga minggu kedua berturut-turut dengan menyumbang aliran masuk berjumlah RM853.8 juta.

Perkembangan itu juga memaparkan aliran masuk dana asing pertama berterusan atau secara berturut-turut sejak 24 September lepas.

Mengikut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir pada 2 Mei, 2025, pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih pada setiap hari dagangan dengan mencatat jumlah dalam julat RM50.7 juta hingga RM340.8 juta.

Jumaat lepas misalnya meraih aliran masuk asing bersih tertinggi dan diikuti Khamis dengan masing-masing berjumlah RM340.8 juta dan RM325.2 juta.

“Tiga sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM567.4 juta), penjagaan kesihatan (RM124.8 juta) dan produk dan perkhidmatan industri (RM107.9 juta).

“Dua sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih adalah tenaga (RM31.9 juta) dan perladangan (RM6.0 juta),” katanya.

Bank pelaburan itu berkata institusi tempatan meneruskan aktiviti jualan bersih mereka kepada dua minggu berturut-turut dengan aliran keluar berjumlah RM692.6 juta.

Angka itu juga adalah minggu kedua jualan bersih dicatatkan institusi tempatan secara berturut-turut sejak 24 Ogos, 2025.

Menurut MIDF, pelabur runcit tempatan melanjutkan trend jualan bersih yang mencecah tiga minggu dengan aliran keluar sebanyak RM161.2 juta atau hampir 2.5 kali lebih tinggi daripada aliran keluar minggu sebelumnya.

“Purata jumlah dagangan harian meningkat ketara pada minggu lepas dengan institusi tempatan dan peruncit tempatan masing-masing menokok 8.7 peratus dan 5.7 peratus manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 26 peratus,” katanya.

Di peringkat Asia, MIDF berkata pelabur asing turut meneruskan aktiviti belian bersih untuk minggu kedua yang menyumbang aliran masuk bersih sebanyak US$3.32 bilion (US$1=RM4.25), didorong oleh peningkatan semula sentimen belian kukuh di India dan Taiwan.

— BERNAMA