Adakah Kereta Lebih Bernilai Daripada Anak Isteri?

Ramai di kalangan kita nampak gayanya lebih mementingkan kenderaan masing-masing, sebab itulah kita mempunyai perlindungan bagi kenderaan. Kalau kereta hilang atau terlibat dalam kemalangan, masih boleh hantar ke bengkel untuk repair, tapi kalau kita sudah tiada lagi di dunia ini – apakah nasib waris kita nanti?

  • Sanggupkah seorang bapa melihat isterinya yang selama ini seorang surirumah, tiba-tiba terpaksa menjual nasi lemak tepi jalan sambil membawa anak yang masih kecil bersama-sama?
  • Sanggupkah seorang anak yang gigih menyara ibu yang sedang sakit, namun kini tiada siapa lagi untuk guruskan ibu selepas pemergian anak yang selama ini menjaganya?
  • Sanggupkah seorang ibu melihat anaknya yang ingin sambung belajar di institut pengajian tinggi, tiba-tiba terpaksa berhenti belajar dan bekerja kilang bagi menyara adik-adiknya?

Senario di atas adalah sesuatu yang bakal berlaku, sekiranya anda tidak mengambil langkah untuk mengambil insurans hayat bagi menyara kehidupan mereka selepas pemergian anda.

Mengapa Anda Perlu Mengambil Takaful Keluarga?

Takaful keluarga menawarkan perlindungan kewangan dengan membayar pampasan kepada penama sekiranya sesuatu berlaku seperti meninggal dunia atau hilang upaya kekal. Ianya bertindak sebagai jaminan keselamatan kewangan dan juga sebagai perantara simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Kewangan masa depan anda dan keluarga anda akan lebih terjamin dengan adanya perlindungan takaful. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan terhadap diri anda sehingga menyebabkan kematian dan keluarga anda kehilangan tempat bergantung, bayaran pampasan yang diterima daripada sedikit sebanyak membantu menyokong keperluan kewangan ahli keluarga dalam memulakan hidup baharu setelah ketiadaan anda.

Bayangkan jika anda merupakan ketua keluarga yang merupakan satu-satunya punca pendapatan keluarga selama ini. Sekurang-kurangnya, bayaran pampasan tersebut dapat digunakan untuk terus menampung perbelanjaan keluarga bagi satu tempoh yang tertentu sementara ahli keluarga yang lain mencari punca pendapatan baharu untuk meneruskan hidup mereka.

Kebiasaannya perlindungan takaful turut menawarkan manfaat khairat kematian. Perkhidmatan sebegini sangat membantu ahli keluarga dalam menguruskan hal-hal berkaitan pengkebumian dengan segera, lebih-lebih lagi jika anda dan keluarga tinggal berjauhan daripada sanak saudara di samping meringankan beban kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang baharu sahaja kehilangan anda.

Berapakah Jumlah Pampasan Yang Saya Perlukan?

Having Doubts – Drawing of a Man on Blackboard – Illustration

Kecukupan jumlah pampasan adalah bergantung kepada keperluan kewangan anda sendiri. Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti keperluan kewangan anda adalah dengan membuat senarai perbelanjaan dan tanggungan semasa yang merangkumi bayaran ansuran rumah dan/atau kereta, bayaran balik pinjaman peribadi, hutang kad kredit yang tertunggak serta anggaran perbelanjaan harian seperti kos pendidikan anak-anak, perbelanjaan runcit, bil-bil utiliti dan penyenggaraan kereta.

Senaraikan juga sebarang bayaran untuk perlindungan yang lain, seperti perlindungan kereta atau rumah kediaman. Jumlahkan kesemuanya sekali untuk mendapatkan anggaran jumlah yang diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup anda sekeluarga.

Bagaimana Jika Saya Masih Mempunyai Banyak Hutang?

Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal, ahli keluargalah yang terpaksa melangsaikan semua hutang-piutang yang bukan sedikit. Dengan adanya pampasan ini, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalkan supaya ahli keluarga anda tidak terbeban untuk menanggunggnya di kemudian hari.

Oleh itu, ambillah pelan perlindungan yang lebih tinggi agar kesemua hutang ini mampu untuk dilunaskan apabila anda meninggal dunia. Dan masih ada lebihan untuk ahli waris anda untuk meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia.

Sumber Rujukan: AKPK

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.