Bahaya Hibah Takaful Dan Apa Solusinya?

Perkataan hibah semakin popular, dan kami juga pernah bercerita tentang Bagaimana Hibah Membantu Anda Mengurus Harta Dengan Cepat. Bagi mereka yang keliru di antara hibah dan wasiat, boleh baca berkenaannya di Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1).

Tetapi hibah bukanlah penyelesaian bagi semua permasalahan selepas kita meninggal dunia nanti, kerana hibah Takaful masih mempunyai beberapa masalah yang perlu ditangani dengan bija.

Jom kita dengar perkongsian menarik daripada Tuan Fatihin Abshar, seorang perunding kewangan Islam berkenaan bahaya hibah Takaful dan cara untuk mengatasinya.

Apa itu Takaful Trust dan kenapa ia lebih baik dari hibah takaful?

Apa Itu Hibah Takaful?

Ia plan takaful yang mengunakan pengagihan secara HIBAH, maknanya duit pampasan yang akan dapat waktu meninggal akan diberikan 100% mengikut kehendak si mati

Apa kelebihan takaful yang menggunakan agihan HIBAH ini?

1.Duit boleh diperolehi dalam 7-30 hari ( bergantung kepada kes) sahaja tanpa melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa 3 bulan- 20 tahun. Cepat kan?

2.Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk waris teruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita

Bayangkan arwah meninggal aset bernilai 3 juta rumah, dan 1 juta duit dalam bank. Semua ini mengambil masa untuk diuruskan. Waktu menunggu duit ini? Mana waris nak dapat duit?

Di sinilah penting instrumen takaful dalam membantu keluarga kita yang baru kehilangan orang utama iaItu sumber pendapatan keluarga

Setiap mereka yang bergaji, yang menampung keluarga mereka. WAJIB ambil takaful. Kalau anda tiada? Dengan duit siapa nak beli nasi dan lauk pauk? Siapa ingin bayar sewa rumah dan bayar kereta?

3.Agihan duit takaful tidak mengikut pengagihan faraid. Ia mengikut kehendak kita berdasarkan akad HIBAH.

Duit takaful tidak diagihkan ikut faraid kerana akad takaful mengunakan akad Hibah Ruqba. Mudah bahasa, ia bukan harta pusaka dan tak perlu diagih ikut faraid. Jadi jika anda tergolong dalam 12 golongan yang perlu membuat perancangan hibah. Takaful ialah instrumen yang sangat baik untuk bagi aset cair kepada waris anda apabila anda tiada

Kebanyakan orang tinggalkan tanah, tinggal rumah. Ia amat sukar untuk dicairkan. Ya betul waris sudah ada tempat tinggal selepas kita tiada. Tapi alangkah lebih baik anda berikan aset cair iaitu wang tunai untuk mereka teruskan kehidupan.

Namun, takaful yang menggunakan akad hibah ada kelompongannya. Ya betul.

Ada kekurangannya?

Apa Kekurangan Takaful Yang Menggunakan Hibah Sebagai Penama?

Saya senaraikan di bawah.

Dalam kes kematian

1. Waris dapat sedepuk duit RM1,000,000. Anda rasa duit ini berapa lama dapat bertahan jika waris anda dapat?

Bayangkan anak atau pasangan anda boros orangnya? Barangkali habis dalam masa setahun saja

Saya ada dapat satu kes, Waris dapat RM1,000,000. Habis dalam masa setahun saja! Ya. Setahun

Sebab apa? Beli rumah cash RM700,000 dengan melancong dalam RM300,000

Sedangkan duit itu sepatut digunakan dalam jangka masa panjang

2. Waris tidak bayar hutang arwah kerana duit itu akad HIBAH, bagaimana anda nak suruh orang bayar hutang anda dengan hadiah yang anda berikan kepada dia? Pelik kan?

Jadi jika ada agen takaful ambillah takaful untuk bayar hutang arwah. Sebenarnya waris berhak untuk tidak membayarnya. Sebab memang beliau 100%

3. Jika penerima duit hibah bawah 18. Duit itu tidak boleh dikeluarkan atau akan diberikan kepada penjaga harta. Bagaimana anak anda nak survive jika tiada duit yang boleh diambil kerana semua beku

Ini permasalahan yang berlaku jika takaful menggunakan akad hibah

Bagaimana pula dalam kes cacat kekal? Apa masalah utama untuk kes total permanent disability. Syarikat takaful akan bayar duit pampasan ke pemegang polisi sendiri. Tapi

1. Pemegang polisi sudah tidak mampu bergerak dengan sendiri, mampu dia mengurus duit yang beliau dapat dari syarikat untuk kegunaan diri beliau.

2. Bagaimana pemegang polisi dapat menjamin yang waris beliau tidak salah guna duit ini?

Anda faham sekarang permasalahan yang berlaku dalam isu takaful menggunakan penama Hibah?

Sekarang, Apa Solusinya?

Buat Takaful Trust.

Apa itu Takaful Trust?

  1. Kita ambil polisi takaful seperti biasa, tetapi penama di buat absolute assigment kepada syarikat Trustee
  2. Kita boleh berikan arahan siap siap bagaimana duit kita akan diagihkan jika dalam kes kita meninggal/cacat kekal
  3. Bayangkan saja syarikat Trustee ini umpama Personal Assistant kita, dia ikut saja arahan kita
  4. Kenapa kita guna Trustee? Sebab syarikat trustee tidak boleh tutup, jika tutup sekalipun, semua kepentingan anda akan diserap ke trustee baru. Dan mereka akan ikut 100% arahan anda kerana jika mereka tak ikut. Anda boleh saman mereka hingga ke 10 juta. Ya. Itu sebab lebih baik guna khidmatan trustee berbanding lawyer firm yang lain
  5. Apabila berlaku kematian/cacat kekal, syarikat takaful akan membayar pampasan kepada syarikat trustee ( contoh RHB Trustee, Salihin Trustee) menglkut arahan KITA.
  6. Ya, biasanya apa yang mereka buat arahan ialah.

a. Contoh pampasan RM2,00,000. Mereka bagi arahan jika mereka mati nanti, duit ini dilaburkan terlebih dahulu.

b. Jika return 4%. Sudah ada RM80,000 setahun dari dividen betul?

c. Duit ini akan diagihkan ikut peratusan. 20% pertama untuk semua anak anak dan cucunya ada polisi takafu bernilai RM1 juta juga. 20% seterusnya diberikan untuk perbelanjaan keluarga. 20% seterusnya wakaf ke masjid. 20% seterusnya diagihkan ke anak yatim.

d. Anda boleh custom made sendiri peratusan dan organisasi mana anda ingin berikan. Saya ada kes seorang dr nak wakafkan semua pampasan RM5 juta sepenuhnya kepada Pusat Tahfiz Sains beliau. MasyaAllah

e. Dan perkara ini akan berterusan sehingga ke 3-4 generasi! Ya maksimum 80 tahun

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Cantik bukan susunan ini?

Bayangkan pahala anda sentiasa dimultiply, compounding di kubur nanti. Seperti mana ghairah kita seoronok melihat dividen ASB, TH, mahupun unit Amanah. Inilah pelaburan yang jauh lebih penting, amat penting. Kerana menentukan tempat tinggal kita selama-lamanya.

Begitu juga dalam kes TPD

Anda boleh bagi arahan

1. Duit dari TPD ini, Kita pecahkan. 30% berikan lumpsum kepada kita. 70% dilaburkan dan kita gunakan duit dari dividen sahaja

Itulah takaful trust.

Sekarang anda ada polisi takaful RM500,000 ke atas?

Anda layak untuk buat takaful trust ini.

Kos berapa? Lumpsum sahaja RM1500-RM3000. Bergantung kepada jumlah polisi.

Namun ada caj pengurusan selepas dapat duit dari syarikat takaful. Dalam 0.5% -1% setahun oleh syarikat Trustee.

Saya rasa amat berbaloi bagi semua yang ingin plan akhirat mereka. Mereka yang Ingin membina a BILLION INVESTMENT PORTFOLIO di sana.

Sumber: FB Fatihin Abshar

Bersama-Sama Kita Kaya Di Dunia Dan Kaya Di Akhirat

Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat sementara, akhirat jualah tempat yang kekal abadi. Dah penah bersusah-payah kita kumpul harta di dunia, sebaiknya kita gunakan kekayaan tersebut untuk menjadi kaya di akhirat kelak.

Tapi malangnya, kesedaran mengenai Takaful di kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Ini kerana mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Sedih bukan?

Lagi sedih kalau kita meninggal dunia nanti dengan meninggalkan banyak hutang kepada waris kita. Kalau mereka tak mampu untuk menyelesaikan hutang kita di atas dunia, bagaimanakah nasib kita di akhirat nanti?

Sama-sama kita renungkan…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa Ejen Insurans & Takaful Banyak Sangat ‘Award’?

Pernah tak anda tengah sedap melayan TikTok atau Instagram Reels, tiba-tiba lalu video rakan anda yang bergelar ejen insurans atau takaful? Video bukan biasa-biasa ya. Siap ada suntingan transisi slow-motion, berjalan penuh gaya atas permaidani merah pakai tuxedo atau gaun labuh, pegang trofi berkilat sebesar lengan dan diiringi muzik latar belakang jenis yang menaikkan bulu roma.

Bagi orang luar, situasi ini kadangkala menimbulkan persoalan: “Eh, bulan lepas rasa dah menang award, bulan ni ada award lagi? Bukan ke syarikat atau agensi mereka sendiri yang buat anugerah tu?”

Jangan salah faham. Di sebalik budaya yang nampak seperti “puji diri sendiri” atau acah-acah selebriti ini, sebenarnya ada strategi psikologi perniagaan yang sangat mendalam. Jom kita bedah kenapa industri ini dipenuhi dengan anugerah yang luar biasa.

1. Produk ‘Ghaib’ yang Sukar Dijual

Tidak seperti ejen hartanah yang menjual rumah, atau peniaga gajet yang menjual barang yang boleh disentuh, penasihat kewangan dalam industri insurans dan takaful berdepan dengan cabaran yang jauh lebih getir. Mereka sebenarnya sedang menjual satu produk yang bersifat intangible iaitu janji, ketenangan minda (peace of mind) dan perlindungan risiko masa hadapan.

  • Manusia secara psikologinya berat membelanjakan wang untuk sesuatu yang mereka harap tidak akan guna (seperti musibah atau kematian).
  • Disebabkan cabaran jualan (rejection rate) yang sangat tinggi, tahap tekanan dalam industri ini amat luar biasa. Anugerah yang kerap inilah yang menjadi ‘talian hayat’ untuk mengekalkan momentum dan membakar semangat mereka.

2. Budaya ‘Self-Reward’ untuk Menggantikan Gaji Tetap

Berbeza dengan pekerja makan gaji di sektor korporat biasa, majoriti ejen insurans dan takaful beroperasi atas dasar komisen penuh. Di sebalik gaya hidup mewah yang sering ditonjolkan, realitinya mereka tidak mempunyai jaringan keselamatan (safety net) seperti pekerja biasa:

Tiada Slip Gaji Tetap: Pendapatan mereka pada bulan itu adalah cerminan terus kepada usaha dan jualan mereka pada bulan tersebut. Jika tiada jualan, maka tiada lah pendapatan.

Tiada Bonus Tahunan Automatik: Pekerja makan gaji biasanya menanti bonus hujung tahun berdasarkan prestasi syarikat. Bagi ejen, ‘bonus’ mereka perlulah diusahakan sendiri melalui pencapaian KPI jualan tertentu yang telah ditetapkan.

Tiada Kenaikan Pangkat Tradisional: Dalam struktur pejabat biasa, anda bekerja keras untuk naik pangkat daripada Eksekutif ke Pengurus berdasarkan kekosongan jawatan. Dalam industri ini, kenaikan pangkat (contohnya menjadi Group Agency Manager) ditentukan sepenuhnya oleh berapa ramai ejen baru yang mereka bawa masuk dan berapa besar jumlah jualan kumpulan.

Memandangkan agensi mereka beroperasi seperti sebuah perniagaan sendiri, mereka mencipta sistem ganjaran dalaman untuk menghargai usaha setiap ejen, dari sekecil-kecil pencapaian bulanan sehinggalah anugerah global seperti MDRT (Million Dollar Round Table).

3. Pemasaran Media Sosial (Personal Branding)

Mungkin ada yang memandang sinis apabila melihat ejen memuat naik video berjalan di permaidani merah dengan suntingan video video ala selebriti, diiringi muzik latar yang penuh dramatik, serta berkongsi ucapan motivasi yang panjang lebar. Namun, dalam dunia perniagaan moden, ini bukan sekadar suka-suka tetapi adalah strategi penjenamaan diri (personal branding).

Dalam industri kewangan, prinsip asasnya mudah: “Orang tidak membeli produk, orang membeli siapa penjualnya.” Di sinilah mengapa elemen video gempak dan ucapan motivasi itu mainkan peranan besar.

Apabila seorang ejen menonjolkan diri mereka menerima anugerah, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bakal pelanggan bahawa: “Aku ejen yang aktif, berprestasi tinggi, dan tak akan ‘hilang’ bila korang nak buat tuntutan (claim) nanti.” Video gempak itu adalah marketing tool untuk menarik pelanggan dan juga rekrut baru.


Budaya bersorak, memberi ucapan motivasi dan meraikan satu sama lain mungkin kelihatan agak ‘over-the-top’ bagi orang luar. Namun bagi warga industri kewangan, itulah bahan api yang memastikan mereka kekal bertahan dalam industri yang penuh dengan penolakan demi mencari rezeki.

Sama ada kita suka atau tidak dengan pendekatan pemasaran mereka, satu perkara yang pasti: strategi psikologi ini terbukti berkesan memacu industri ini untuk terus berkembang saban tahun.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anugerah seseorang ejen itu penting bagi anda sebelum mengambil polisi takaful?