Betul Ke Melayu Pemalas? Kenali 200 Orang Melayu Hebat

Melayu sering dilabel dengan sifat pemalas. Bukan itu saja, bila sebut pasal orang Melayu, ianya sering dikaitkan dengan penyakit 3M iaitu:

  • Malas
  • Malu
  • Manja

Kami pun ‘malas’ nak komen pasal penyakit 3M tersebut, apa kata kita tengok senarai orang-orang Melayu yang dah berjaya melakar nama di persada negara, dan ada juga yang sudah ke peringkat antarabangsa.

Senarai 200 Orang Melayu Hebat ini telah dicatatkan oleh Tuan Abu Huzaifah Bidin seperti berikut:

1) Nizam Razak – Pencipta Upin Ipin, Boboiboy

2) Usamah Zaid Yasin – Pencipta Upin Ipin, Ejen Ali

3) Safwan – Pencipta Upin Ipin, Boboiboy

4) Adlyka Annuar – Saintis Lohong Hitam Nasa

5) Amani Salim – Saintis Nasa Nanosatellite

6) Nasaruddin Mohd Yusof – Pemenang Anugerah Nobel Pertama untuk rakyat Malaysia

7) Robiah Ibrahim – Pencipta Collection Surface Method

8) Izmir Yamin – Saintis Roket Malaysia

9) Wan Hazmer – Pembangun permainan video Malaysia,Lead Designer FFXV, pengasas syarikat Metronomik

10) Hafizh Syahrin – Pelumba MotoGP

11) Mufizal Mokhtar – Pengarah Seni, Ubisoft Singapore

12) Dr Syeikh Mudzafar Shukor – Angkasawan Pertama Negara

13) Datuk Mazlan Othman – Astrofizik Wanita Pertama Malaysia

14) Wan Kuzain – Pemain Bola Professional Amerika Syarikat

15) Faiz Subri – Pemenang Anugerah PUSKAS

16) Prof Dr Shahrir Md Zain – Peneraju Mazhab Sains Islam

17) Dr Afifi Al Akiti – Cendekiawan di Oxford Centre of Islamic Studies

18) Prof Muzlifah Haniffah– Professor Immunologi Malaysia berteras di UK

19) Pa’Din Musa – Lagenda Skateboard Negara

20) Vivy Yusoff – Pengasas Fashion Valet

21) Wan Nur Marfudah – Highest ACCA Score in the World

22) Azizulhasni Awang – Pocket Rocket Man

23) Hafizah Noor Isa – Penemu Gelombang Graviti

24) Abudi Alsagoff – Professional Parkour Atlit

25) Dr Haron Mat Piah – Pengasas Kitab Tib Melayu

26) Dr Noor Hisham-Royal College Surgeon Fellowship

27) Ibrahim Anon – Kartunis Ujang Terkemuka

27) Datuk Seri Haji Hadi Awang – Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia

28) Dr Amalina – Surgeon Terkemuka UK

29) Rizal Khalif – First Malaysian to join Artic Dograce

30) Rendra Zawawi – Golden Horse Award for Best Original Film Song

31) Dr Samsuri Mokhtar – Pakar Aeroangkasa Malaysia

32) Ahmad Zulfadli Khamidi – Umur 13 tahun dah buat app

33) Ahmad Yusuf Ahmad Azani – Graduan USNA

34) Prof Chef Zamzani – Pakar Kulinari Malaysia

35) Hijjas Kasturi – Arkitek Ulung Melayu

36) Dayang Anita Aziz – Pakar Kanak-Kanak

37) Dr Naja Nadira Omar – PhD termuda Biofizik

38) Siti Khairiyyah Mohd Hanafiyyah – Famelab 2018 Winner

39) Dr Syahr Musafir II – Pelajar Terbaik Universiti Adelaide

40) Sinan Ismail – Pencipta Didi and Friends

41) Azhar Mansor – Pelayar Mengelilingi Dunia

42) Noor Helmi and Amzari Tajudeen – Founders of IX Telecom, international telecommunications player, recognized in APAC CIO Outlook Top 25 Managed Service Providers

43) Izuan Ibrahim – Jurulatih Badminton Jepun

44) Zulkifli Haron – Zull Design

45) Dr Nordin Zain – Fellow CPA Australia. Akauntan hebat

46) Datuk Dr Najmil Faiz – Pemuda Melayu pertama yang pernah bentang kertas kerja di parlimen British pada tahun 2005.

47) Dr Imelda Balchin – Pakar O&G

49) Datuk Halim Othman – First Malaysian Pilot for Air Race

50) Haji Asri – Pengasas Asri Ahmad Academy, Coach Trading Saham No 1 Malaysia

51) Adam Norodin – Racer Moto 3

52) Arzumy MD – CTO Fave Group

53) Dr Azlan Hussin – Pakar Jantung Negara

54) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood – Perintis Mercy Malaysia, Secreary General Red Cross International

55) Sharifuddin Bujang – Nasty Worldwide

56) Wahab Yusoff – Vice President Palo Alto Networks Asean

57) Muhammad Shafiq – Founder, CEO, Director Direct Consulting Services – Creative Minds

58) Dr Wan Azman b Wan Ahmad – Pakar Jantung Negara

59) Datuk Maimunah Mohd Sharif – Executive Director UN-Habitat

60) Tengku Irfan – Child Prodigy, Winner of three ASCAP Morton Gould Awards in 2012, 2014, and 2017.

61) Mohd Sirhajwan Idek – Guru Luar Biasa, Anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

62) Datuk Dr Nazri Khan- CEO&CIO Hermana Capital Berhad

63) Datuk Ramli Ibrahim – India’s Padhma Sri Awards

64) Prof. Dr. Faridah Awang – Anak Melayu pertama dapat Profesor penuh di US sejak 2011. University Eastern Kentucky, United States of America.

65) Tuan Haji Ali Hassan – Pengasas Al Ikhsan

66) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh – Sasterawan Negara

67) Azri Zahier Azmi – Founder dan CEO Hausboom. Produk dia dah sampai merata dunia

68) Prof. Dato’ Ir. DR Wan Hamidon Wan Badaruzzaman – UKM EXPERT in Engineering in new building material (IBS – innovative polymer engineering)

69) Nor Hasima Che Hassan – CEO Tasblock (M) Sdn Bhd. ARCHITECT. Fellow in IBS scoring for CIDB. Expert in INNOVATIVE Reinforce Fibre Polymer technology for IBS material. The Only IBS supplier using fiber polymer in Malaysia, Thailand, Brunei dan Filipina.

70) Dr Mundzir Abdullah – Penerima PhD termuda UTM

71) Dr. Hasrul Zakariah – pakar Sejarah Islam dan Sejarah Asia Barat. Menjadi Felo Sejarah di Oxford. Sering berdebat dengan orentalis Yahudi di Bercelona.

72) Tom Abg Saufi – International Designer

73) Saladin Mazlan – Pelumba Rally Professional

74) Dr Alinor Abdul Kadir – Akademia Matematik UKM

75) Hasnul Afifi – Pencipta Iman dan Sara

76) Dr. Sohaimi Abdul Aziz – pelopor Teori Rasa-fenomenologi, menerangkan tentang estetika dalam karya kreatif

77) Dr. Rahim Kamaluddin – pakar kriminologi UKM

78) Am Tuah (Amirul Afandi)– Professional E-Sport, wakil Malaysia ke Peringkat Dunia di Jerman

79) Ramlee Awang Murshid – Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia.

80) Omar Jumiran – meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne

81) Yunalis Zarai – Penyanyi Popular Malaysia di LA

82) Prof. Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen – salah seorang panel arkitek untuk pembangunan semula masjidil haram & kawasan sekitar kota Makkah

83) Dr Abdul Basit bin Abd Rahman – memperolehi PhD dari Universiti Islam Madinah (di Malaysia hanya ada 3 org sahaja yg berjaya tamat sampai ke peringkat PhD di universiti Islam Madinah)

84) Joe Flizzow– MTV EVA Best Asian Act

85) Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Ir. Dr. Sahul Hamid bin Abu Bakar – Ahli akademik kejuruteraan terbaik di Asia

86) Adrujha Wijayamala Singha – Srikandi wanita Melayu yang memenggal kepala Raja Thai

87) Sheikh Wan Ahmad Al-Fattani – Ulama dan Saintis Melayu silam yang dikatakan menemui teknik menghasilkan emas serta menyiapkan banyak kitab perubatan Melayu silam.

88) Tun Perak – Arkitek disebalik kejayaan Kesultanan Melayu Melaka

89) Nakhoda Ragam – Penakluk Agung yang merupakan raja terbaik Empayar Brunei

90) Hang Nadim – Pejuang kemerdekaan Melaka yang mendatangkan mimpi ngeri untuk Portugis

91) Laksamana Tun Abdul Jamil – Laksamana Melayu yang mengalahkan Portugis di Melaka

92) Ratu-Ratu Patani (Ratu Hijau, Biru, Kuning dan Unggu) – Arkitek disebalik kegemilangan Pattani

93) Hang Tuah – Laksamana, Jeneral Perang, Diplomator dan Linguistik hebat.

94) Hamka – Ulama Melayu silam penghasil kitab tafsir hebat Alam Melayu, Kitab Tafsir Al Azhar

95) Fan Shih-Man – Pengasas Empayar Melayu Pertama dalam sejarah

96) Raden Wijaya – Penghalau Monggol dari Nusantara

97) Dharanindra – Maharaja Melayu Srivijaya yang merupakan penakluk dan bertanggungjawab meluaskan Srivijaya di kemuncaknya. Digelar sebagai “penunduk para musuh.”

98) Che Bong Nga – Pejuang kemerdekaan Champa melawan Dai-Viet

99) Cik Siti Wan Kembang – Raja wanita terbaik dalam sejarah Kelantan

100) Raja Haji – Pahlawan Melayu yang berjuang melawan Belanda

101) Suryavarman I – Maharaja keturunan Melayu yang membawa Empayar Khmer ke zaman kemuncaknya

102) Manabrahna – Jeneral perang Melayu penakluk India Selatan

103) Dharmaraja Candrabanu – Penakluk Sri Lanka dari Alam Melayu

104) Hamzah Fansuri – Bapa falsafah tasswuf Alam Melayu

105) Maharaja Abu Bakar – Bapa Permodenan Johor

106) Sultan Zainal Abiddin III – Raja Melayu Berjiwa Ulama

107) Tokku Paloh – Ulama Melayu yang mempermainkan British dengan diplomasinya

108) Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abiddin II – Penakluk dari Kesultanan Kedah yang meluaskan empayar Kedah ke Myammar

109) Laksamana Awang – Manusia pertama keliling dunia

110) Raja Ahmad Thabib – Saintis Melayu yang mencipta pelbagai jenis ubat merawat penyakit sehinggakan namanya diabadikan di sebuah hospital di Indonesia

111) Laksamana Keumalahayati – Laksamana wanita pertama dalam sejarah moden

112) Dato’ Ramli Mokni– Ramli Burger

113) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Robaayah Zambahari– MD/CEO IJN

114) Datuk Prof Zuraina– Arkaeologis Wanita Pertama

115) Tan Sri Siti Norma Yaakob– Hakim Tinggi Wanita Pertama

116) Tuan Haji Nasir bin Waris – PAKAR TANAMAN PADI

117) Imran Abd Jabar-Pengasas Sifoo

118) Arif Tukiman – Founder Runcloud.io

119) Dato’ Syed Manshor Syed Mahmood – Pengasas & Pengerusi Adabi

120) Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel– Malaysian professional drift driver

121) Norliza Hisham– Perancang Bandar Hebat

122) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim – pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar

123) Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar– Pengasas MK Land

124) Tan Sri Rozali Ismail – Puncak Niaga Holdings

125) Sudirman Hj Arshad – penghibur tersohor Asia

126) Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir – pengasas Sapura Group

127) SM Nasimuddin – pengasas Naza Group

128) Cikgu Mokhdar – Pengasas kaedah mokhdar, cara mudah untuk menghafal sifir dan belajar matematik

129) Syed Ahmad Fuqaha – CEO Katsana – Advanced fleet management system (GPS tracking untuk kenderaan)

130) Prof Dr Mohd Zaki Salleh – pelopor kajian genom Melayu dan perintis perubatan tepat di Malaysia

131) Edan Syah– Six Abbott World Major Marathons Finisher

132) Tan Sri Azman Hashim-Ambank Chairman

133) Hanis Rahim-Game Director Studio Kamii

134) Dr Salina bt Aziz– Fellowship of Surgery Europe

135) Prof Dr Harith Ahmad– Lecturer,Inventor and Distinguished Professor

136) Sakinah Omar– Jeju Muslim Travel

137) Dr Ahmad Rifqi Mohd Zain-Saintis Universiti Harvard

138) Siti Rahmah Mohd Nasir – Juara Dunia Silat 3 Kali

139) Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16 -Juara Dunia Pertandingan Nuklear Di Korea

140) Mohd Yazid Kamal Baharin (Zid) – Pelukis Komik International

141) Mohram – kumpulan muzik tradisional yang berasaskan seruling dan telah pergi ke peringkat antarabangsa

142) Anita Yussof – solo woman rider around the world.

143) Prof Dato’ Dr Jafri Malin – among pioneer neurosurgeon kat SEA. Now dah lahirkan lebih ramai neurosurgeon from USM

144) Dato Dr Mohd Daud Bakar – Shariah scholar and expert in Islamic Finance. Pernah dapat award dan expertise in Islamic Finance juga direfer oleh Middle East countries

145) Mat Redho – Ninja Challenge League Grand Champion

146) Sutan Puasa – Pembuka kota Kuala Lumpur

147) Khairul Idham Pawi – rider Melayu Islam pertama memenangi perlumbaan Grand Prix dunia kelas Moto3

148) Akmal Hazim – Founder and Technical Consultant at InspyreHost (budak lagi ni)

149) Mohd Ikhwan – Juara Street Workout Challenge dunia

150) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary – Melayu Terkaya

151) Sabariah Hussein – Malay “Mother Theresa”

152) Prof. Datuk Dr. Ismail bin Mohd. Salleh – Buta. Pakar ekonomi .. Perancang ekonomi Malaysia

153) Assoc Prof Ir Dr Aduwati Sali – Saintis telekomunikasi yang membantu semasa kes pesawat MH370

154) Ir Dr Hafizal Mohamad – bagged the ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA) 2017 .. Best Asean Scientist

155) Dr Aid Fawzal – Pencipta Konsep Fawzal Number, yang digunakan oleh pengeluar supercar terkemuka

156) Datuk Wira Dr. Maznah Hamid – Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE. Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)

157) Datuk Wan Mohammad Sani Salleh – Owner and MD Sani United Sdn Bhd ( owner Sani Bus Express)

158) Ridzuan Puzi – Pemenang pingat emas Olimpik dan sukan Asia Paralimpik. Pemecah rekod dunia.

159) Dr Khamsiah – Chairman & Founder Andorra Women & Children Hospital

160) Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman – menubuhkan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang diiktiraf PBB

161) Datuk Khadijah Ibrahim – pemilik Khadijah’s Kitchen yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara.

162) Norul Rafidi Zakaria – anak Melayu yang berpeluang mempersembahkan animasi filem Re-Entry Animated ditayangkan di perjumpaan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa Lepas (IAASS) Kelima

163) Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB), Seri Menanti, Negeri Sembilan – teruja apabila terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China

164) Dato Nadzmi Salleh – pemilik Transnasional- KTB Che Ibrahim b Che Ismail – pemilik konsortium E.Mutiara berhad. Memiliki lebih 100 buah bas

165) Latif Romly – world record lompat jauh atlit paralimpik

166) Ziyad Zolkifli – world record acara lontar peluru atlit paralimpik

167) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali – doktor wanita Melayu pertama

168) Prof Madya Dr Hasnah Toran – pakar pendidikan autisme, Pengarah Permata Kurnia – sekolah khas autisme di Malaysia

169) Zaid Bin Abdullah – Founder of PICORP Group the environmental solution provider(Main board Bursa)

170) Tuan Azarol Faizi – Founder Bateriku.com dan service available nationwide

171) Dr. Wan Azizah – dengarnye adalah best student kt Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1970-an

172) DS GM Sabree Salleh – Grandmaster Taekwondo ITF 9th Dan

173) Profesor Dr. Jafri Malin Bin Abdullah – Neurosurgeon & Cognitive Neuroscientist at USM. Best known as Neurogardener.

174) Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom – Pakar Psikiatri, Aktivis Sosial, Penulis dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

175) Mejar. Dr. Faiz – Pegawai ATM dan calon Angkasawan Pertama Malaysia

176) Profesor Madya Dr. Norsiah Fauzan – Timbalan Presiden Persatuan Kognitif Neurosains Asia Pasifik, Pengkaji Kognitif Neurosains dan al-Quran, Cognitive Neuroscientist & Pensyarah UNIMAS.

177) Nadhir Ashafiq – Pengasas TheLorry : Tersenarai Top 30 dalam Majalah Forbes

178) Dato’ Hj. Muhammad Fuad bin Kamaludin – Pengasas Yayasan Sofa & Orang Melayu Pertama Bina Masjid di Kota London (latest)

179) Dr Nor Syahirah-terbaik di Universiti Perubatan Warsaw, Poland,

180) Zarol Alfiyan– Strongest Man Champions

181) Kamil Ahmad Merican– Arkitek Ulung,Pengasas GDP Architects

182) Ruzaidi Abdul Rahman atau Wak Didi – seorang pelakon, pernah menjuarai kejuaraan silat sedunia dan juga pengasas kepada seni bela diri BETAKOS (bela diri tangan kosong)

183) Sheikh Nawawi Al Bantani – ketua ulama’ di hijjaz (bumi Haramain)  & beliau sezaman dengan Sheikh Ahmad Fathoni

184) Tok Kenali – antara perintis idea penubuhan MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan) & pengasas majalah “pengasuh” yang masih dicetak sehingga sekarang . Sudah hampir satu abad ia wujud

185) Sheikh Ahmad Khatib Minangkabawi – Imam Masjidil Haram , Mekah

186) Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al Fathoni – Qadhi Mekah , pengarang kitab Matla’al Badrain yang menjadi silibus pengajian pondok & sekolah di sekitar zaman 70 an – 80 an

187) Sheikh Yasin Al Fadani – digelar Musnid Ad Dunya . (Pemegang sanad hadis dunia)

188) Sheikh Mahfuz At Termasi – Muhaddith Tanah Haram Mekah dari nusantara . Memiliki banyak karangan , antaranya hasyiah bagi minhajul qawim bagi muqaddimah hadhramiyyah

189) Mufti Haji Nor bin Mufti Haji Ibrahim – Bekas Mufti Kelantan, pengarang tafsir pimpinan Ar Rahman

190) Mufti Haji Ahmad Maher bin Tok Kemuning, Bekas Mufti Kelantan mendapat gelaran “Maher” pada nama beliau dari bekas mufti Mesir yang sangat berwibawa, Sheikh Bakhit Mut’ie kerana kecerdasan & pengusaan sheikh Ahmad dalam ilmu usul fiqh ketika beliau belajar di Al Azhar.

191) Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pertama Pulau Pinang Pakar Falak & orang yang menetapkan tarikh kemerdekaan .

192) Mohd Farid bin Yasin (Bboy khenobu) -Malaysian breakdancer yg pertama wakil malaysia ke jepun untuk Redbull comp pada tahun 2013,dan sekarang dia dengan kawan-kawan bboy yang lain banyak kali ke luar negara mewakili Malaysia

193) Arif Karim – the best Malaysian football freestyler (dah banyak wakil Malaysia ke luar negara)

194) Kamarul A Muhamed – Pengasas Aerodyne Group (Drone)

195) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman– Juara Debat Dunia 3x

196) Bobie Farid Shamsuddin -CEO ONEXOX Sdn. Bhd, Presiden OneXOX TKKR Racing Team

197) Nur Amisha Azrilzal – juara dunia Muay Thai d Bangkok. Tewaskan orang Thai

198) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani – Business Person of the Year 2015 at Asian Academy of Management International 2015.

199) Wan Nazri Wan Aria – lead engineer clock tower Mekah

200) Datin Paduka Zaliza Alias – Founder Genius Aulad Preschools (70 branches) and also the 1st Eco-Islamic Primary School, Idrissi School.

Sumber: FB Abu Huzaifah Bidin

Siapa Bilang Melayu Malas?

Sudah semestinya ramai lagi yang sepatutnya berada di dalam senarai di atas ni, mereka yang low-profile dan suka buat kerja sendiri tanpa banyak publisiti daripada pihak media.

Apa-apa pun, ayuh Melayu bangkit menuju kejayaan! Buang sifat malas tersebut dan bersama-sama majukan agama, bangsa dan negara.

Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. ..Nama P.Ramlee tiada? .
    .. .Ada seorang shbt sy ..masa mngaji UPM sekali dulu..Prof Syed Omar Syed Rastan …Pakar Baja Organik ..yg dijemput NASA dlm kumpulan Saintis Dunia…Team utk Fikir mcmna nak tanam pokok di Bulan….ha ha ..adik Syed Omar …Sidi Oraza @Syed Osman..juga org yg hebat..dah tinggal langsung dunia filem sekarang usahawan pemilik kilang baja brsama abangnya….mereka berasal dari Butterworth

    1. Admin mohon sekira nya mensunting ulang, ada hal yang keliru.

      Semua yang nama Hang itu memang asli khas dari pada Melayu Semenanjung(Malaysia).

      Kalau Melayu Sumatra itu nama khasnya bukan Hang tetapi Sang. Jadi di Nama Hang Nadim dan Hang Tuah itu Boleh di tuliskan Laksamana Melayu era Melaka.

      Sedangkan Nama Hamka, Raden Wijaya, Laksamana Keumalahayati itu Bukan orang Melayu.

      – Hamka itu Orang Minang, tidak sama dengan orang Melayu

      – Raden Wijaya itu orang Jawa, tidak sama dengan orang Melayu.

      – Laksamana Keumalahayati itu orang Aceh dan tidak sama dengan orang Melayu, memang ada orang Melayu di Aceh tapi minioriti, namanya Melayu Tamiang.

      Ketiga orang itu memang tidak ada darah melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.