Ketahui Apa Itu ETF Dan 4 Kelebihan Melabur Dalam ETF

ETF merupakan singkatan bagi Exchange Traded Funds. Dalam Bahasa Melayu bermaksud Dana Dagangan Bursa. Ia merupakan dana pelaburan terbuka disenaraikan dan didagangkan dalam bursa saham, yang menggabungkan ciri-ciri dana indeks dan saham.

Secara amnya, terdapat tiga jenis ETFs: ETFs ekuiti, ETF pendapatan tetap dan ETFs komoditi. ETFs ini terdiri daripada kumpulan saham, bon atau komoditi berasaskan suatu indeks yang secara serta-merta menawarkan kepelbagaian luas dan menghindarkan risiko yang berkaitan dengan pemilihan saham sesebuah syarikat tunggal.

4 Kelebihan Melabur Dalam ETF

1. Kepelbagaian

Dapat pendedahan kepada kelompok sekuriti seperti saham, bon atauu komoditi dalam satu transaksi. Ia merupakan cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa.

Biasa dengar istilah, “Don’t put all your eggs in basket” kan?

2. Kos Rendah

Yuran pengurusan tahunan ETFs adalah lebih rendah berbanding dengan amanah saham yang menjadikan ETF lebih ekonomi atau ‘value for money’ untuk dibeli dan sebagai pelaburan jangka masa panjang.

3. Mudah Diniagakan

ETFs disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Sama seperti saham, transaksi jual beli ETF dilakukan berdasarkan harga pasaran semasa. Dagangan boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui broker saham.

4. Ketelusan

Pelabur tahu dengan tepat saham atau pun aset asas yang dipegang ETF dengan melawat laman web ETF yang disediakan oleh pengurusnya. Di sini, senarai konstituen ETF dikemas kini secara harian.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Melabur Dalam ETF?

ETF mempunyai prospektus, sama macam saham atau amanah saham. Prospektus merupakan sebuah dokumen penting yang perlu dibaca oleh bakal pelabur sebelum mula melabur. Dalam prospektus ini, dinasihatkan untuk mengambil tahu tentang beberapa perkara berikut sebelum melabur:

  • Objektif dan strategi pelaburan ETF
  • Maklumat tentang indeks yang dijejak oleh ETF
  • Polisi dividen
  • Yuran dan caj yang akan dikenakan kepada pelabur
  • Sumber maklumat dagangan ETF itu
  • Maklumat tentang syarikat pengurusan

Bagaimana Cara Menjana Pulangan Melalui ETF?

Terdapat dua cara untuk mendapatkan keuntungan, sama seperti saham iaitu melalui Keuntungan Modal atau juga dikenali sebagai ‘Capital Gain’ dan Dividen.

1. Keuntungan Modal

Pelabur boleh berdagang ETF seperti saham dengan membelinya pada harga yang rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan.

2. Dividen

Pengurus dana biasanya menerima dividen daripada sekuriti yang termasuk di dalam kumpulan ETF yang dilabur mereka. Kemudiannya, mereka pula memberi dividen kepada pemegang unit ETF selepas ditolak yuran pengurusan.

Setakat ini terdapat 4 ETFs patuh Syariah yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia iaitu MyETFDJ, MyETFID, METFSID dan METFAPA:

Maklumat lanjut mengenai ETF boleh diperolehi di laman web Bursa Malaysia.

Kalau nak tahu bagus ke tak bagus ETF ni, jemput baca Baru 5 Bulan, Prestasi MyETF-US50 Dah Naik Lebih 10%. Boleh la kan ROI banyak ni?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA