Duit KWSP ‘Hilang’ RM6 Bilion?

Baru-baru ini, The Edge Markets mengeluarkan artikel bertajuk Capital: Lead Story: EPF lost RM6 bil in investment value in 10 PLCs post-election.

Duit belum hilang, nilai pelaburan yang turun.

Nilai pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan menyusut sampai RM6 bilion untuk 10 pegangan saham di Bursa Malaysia yang mengalami penurunan teruk, ekoran daripada kekalahan parti Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Sumber Gambar: The Edge Markets

Apa kata kita tengok pula senarai top 30 di mana KWSP menjadi pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut. Bahasa mudahnya di sinilah KWSP melabur.

Sumber: Laman Web KWSP

Sekarang anda dah tahu di mana KWSP melaburkan wang berbilion ringgit kan? Kebanyakan digunakan untuk membeli saham-saham yang ada di Bursa Malaysia.

Tapi bukan semua saham tersebut adalah Patuh Syariah, sebab itu jugalah Dividen KWSP Simpanan Syariah 6.4% Manakala Konvensional Sikit Lagi 7%. Orang Islam wajib untuk menukar akaun KWSP mereka kepada akaun Patuh Syariah.

Prestasi 30 Pegangan Ekuiti Tertinggi Berdasarkan Peratus Daripada Terbitan Saham KWSP

16 Saham Untung, 14 Saham Rugi

Kalau diikutkan, kira seimbang jugalah pelaburan KWSP di Bursa Malaysia.

Tapi kalau kita buat perincian lebih mendalam, kita akan dapati:

  • Untung Lebih 30%: 1
  • Untung 10-30%: 2
  • Untung 0-9.9%: 13
  • Rugi 0-9.9%: 7
  • Rugi 10-30%: 5
  • Rugi Lebih 30%: 2

Memang lebih banyak saham untung berbanding yang rugi, tetapi yang rugi itulah yang lebih tinggi peratus kerugiannya.

‘Perang’ di Sosial Media

Rata-rata pengguna sosial media turut membincangkan isu ini. Pelbagai teori yang keluar.

Ramai Makin Faham Maksud Pelaburan di Bursa Malaysia

Alhamdulillah ramai makin sedar bahawa pelaburan saham adalah PERNIAGAAN. Untung rugi itu pasti berlaku. Kalau untung saja bukannya nama pelaburan.

Mereka yang melabur untuk jangka masa pendek atau sederhana biasanya akan aktif melihat pergerakan saham dan resah bila harga saham jatuh.

Contoh :

Beli saham harga RM1.00 tiba-tiba harga semasa turun menjadi RM0.90.
Rugi RM0.10. Bagi pelabur jangka panjang mereka akan ambil peluang disaat harga saham jatuh ini untuk tambah pegangan saham.

Faktor utama kejatuhan harga ini pastinya disebabkan oleh jualan oleh pelabur asing.

MIDF Research melaporkan pelabur asing menjual saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia sudah masuk minggu ketujuh berturut-turut.

Jualan saham oleh pelabur asing adalah suatu benda yang lazim. Jika mereka kembali membeli untuk tempoh separuh kedua tahun ini, pasaran saham akan kembali pulih. Pengurus-pengurus dana KWSP pastinya tahu menguruskannya supaya dapat minimumkan kerugian. Apa strategi digunakan kena tanya mereka.

Baca lagi 7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia.

Hanya 36% Pelaburan KWSP Dilaburkan Dalam Pasaran Saham

Sumber: Laporan Tahunan 2017 KWSP

Bukan semua ya duit KWSP digunakan untuk pelaburan dalam pasaran saham. Sebanyak 51% dilaburkan dalam instrumen pasaran wang yang berisiko rendah, yang keduanya sebanyak 36% dilaburkan dalam pasaran saham yang berisiko tinggi.

Sebab itu jugalah KWSP dapat pulangan (ROI) sebanyak 7.30% pada tahun 2017, dan beri pencarum KWSP dividen sebanyak 6.4%. Kalau semua invest dalam tempat ‘selamat’, mungkin dividen sekitar 3-4% saja untuk kita.

Pencarum KWSP jangan susah hati dulu. Adakah dividen KWSP bagi tahun 2018 akan berkurang disebabkan ‘kerugian’ yang ditanggung ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend