Kenali Tok Guru Nik Aziz Yang Merupakan Tokoh Kewangan Islam

Sumber Gambar: dinmerican.wordpress.com

Nama Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sering menjadi sebutan ramai. Apatah lagi bila semua orang tengah demam pilihanraya sekarang ini. Sedar tak sedar, dah 3 tahun pemergian Allahyarham yang pergi meninggalkan kita pada 12 Februari 2015.

Kehilangan beliau meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh masyarakat Malaysia. Tidak kira kawan atau lawan, semua hadir untuk memberikan penghormatan kepada TGNA.

Mari kita kenali tokoh ulama yang dihormati dan disegani ini melalui perkongsian di blog Tuan Afyan Mat Rawi

Kisah Tokoh Kewangan Islam Yang Tak Diketahui Ramai

Negara kehilangan tokoh ulama yang disegani kawan dan lawan, Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bukan hanya tokoh siasah. Beliau bukan sebarangan tokoh.

Beliau menyokong sistem kewangan Islam, perbankan Islam dan Takaful ketika orang lain memomok-momokkan Perbankan Islam mahal, perbankan Islam menindas, sama sahaja Perbankan Islam dengan konvensional dan lain-lain.

Beliau memindahkan semua perbendahaan kerajaan negeri Kelantan dari perbankan konvensional ke Perbankan Islam. Beliau menghijrahkan wang di dalam perbendaharaan negeri Kelantan dari sistem riba kepada sistem patuh Syariah yang bebas riba.

Riba ialah sebesar-besar dosa di dalam al-Quran, iaitu mengisytiharkan perang terhadap Allah.

Detik bersejarah pada tahun 1990 itu sangat memberi impak kepada industri perkhidmatan kewangan Islam apabila PAS mengambil alih kerajaan Kelantan dari BN, hingga sekarang.

Berhijrah Ke Sistem Kewangan Islam

Jika sebelum itu hanya akaun-akaun peringkat kawasan dan cawangan PAS sahaja yang menggunakan akaun di perbankan Islam, kali ini satu kerajaan negeri membuat perubahan besar-besaran.

Perkara ini hanya mampu dilaksanakan apabila kuasa politik berada di dalam tangan orang-orang yang komited dengan Islam.

Sumbangan ini sangat besar impaknya kerana selepas itu satu persatu Perbankan Islam dan Takaful muncul yang sebelum itu hanya ada Bank Islam dan Takaful Malaysia sahaja.

Jika ulama sehebat beliau menyokong sistem Perbankan Islam, siapa kita untuk mencemuh Perbankan Islam, mempertikaikan Perbankan Islam, menyerang Perbankan Islam membuta tuli, mengatakan Perbankan Islam sebagai agenda Rostchild, menuduh ulama Perbankan Islam sebagai ulama dollar, mengatakan wang kertas bukan item ribawi dll.

Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan pahala beliau memperjuangkan Muamalat Islam dan menentang riba berterusan.

Dan sekarang giliran kita untuk menyambung perjuangan beliau.

Umat Islam Wajib Memilih Perbankan Islam

Memetik kata-kata tokoh kewangan Islam, Haji Razli Ramli:

Lari Dari Riba

Untuk memudahkan kita beritahu, kawan kita, mak bapak kita, saudara mara kita, adik beradik sedara kita, untuk TIDAK SILAP pilih produk Perbankan Islam, maka jom kita ajar mereka, untuk hafal ungkapan-ungkapan seperti beikut:

1. Kalau hendak beli RUMAH kata, “Saya hendak Pembiayaan perumahan secara Islam”

2. Kalau hendak beli KERETA kata, “Saya hendak AITAB”

3. Kalau hendak buka akaun SIMPANAN kata, “Saya mahu buka Akaun Wadiah”

4. Kalau hendak buka akaun PELABURAN kata, “Saya mahu buka Akaun Pelaburan Mudarabah”

5. Kalau hendak dapat PERSONAL LOAN kata. “Saya hendak Pembiayaan tunai secara Islam”

Pegawai bank akan faham. KENA faham. WAJIB faham.

Kalau pegawai bank itu tidak faham, maka sah lah, pegawai bank tersebut TIDAK LAYAK bekerja di bank.

Dapatkan eBook 30 Tips Bijak Merancang Wang

TAJUK MENARIK DALAM EBOOK

Pelajari konsep-konsep teras dalam pengurusan kewangan dengan ebook ini.

Aliran Tunai Kewangan Cash Flow

Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan melalui formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.

Nilai Bersih Aset Nett Worth

Formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

Simpanan Kewangan Saving

Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Perlindungan Kewangan Protection

Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan menghasilkan aset, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi perlindungan melalui takaful.

Pelaburan Kewangan Investment

Inflasi akan menurunkan nilai aset kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat pelaburan sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi.

Banyak Lagi Others

Pelbagai lagi topik menarik yang bakal dikongsikan bersama anda di dalam ebook ini. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan ilmu.

Khusus untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun sebanyak 40% untuk eBook ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.