Nilai Ijazah Yang Semakin Jatuh

Penat-penat anak muda kita belajar di universiti demi segulung ijazah, tapi bila keluar untuk bekerja, tak dapat pekerjaan yang diidamkan. Lebih menyedihkan apabila dapat kerja yang tak kena dengan jiwa, dapat pula yang bergaji rendah.

Adakah perlu fresh grad merendahkan expectation? Nak salahkan majikan? Atau salahkan kerajaan?

Nanti dulu, jom kita ikuti kupasan menarik daripada Tuan Izzuddin Yussof seperti berikut:

Statistik Graduan 2017

Baru-baru ni ada share statistik graduan di Malaysia, tetapi ianya berdasarkan tahun 2016 memandangkan masa tu data tahun 2017 masih belum keluar

Rupa-rupanya entah bila data tahun 2017 sudah mula keluar….

Dan statistik yang dijumpai agak menyedihkan:

1. Hanya 3.4% daripada fresh grad (ijazah) yang mendapat gaji RM3,000 dan ke atas, berbanding 22.5% pada tahun 2016

2. Manakala yang dapat gaji RM1,500 ke bawah pula meningkat dari 26.7% kepada 35.2%

3. Peratusan fresh grad yang mendapat pekerjaan tetap (permanent) jatuh secara konsisten daripada 63.4% pada tahun 2006 kepada 54.2% pada tahun 2017

Ada beberapa punca kemungkinan yang kami bincangkan:

1. Lagging Effect

Tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun ekonomi yang teruk. Kesannya dalam merangka bajet, syarikat mengurangkan peruntukan dalam mengambil pekerja baru, ini jelas berlaku di dalam syarikat-syarikat besar yang melaksanakan banyak pemotongan kos.

2. Sudah Cukup Pekerja Muda

Jika diperhatikan pada tahun 2015-2016 merupakan tahun yang paling seronok fresh grad (despite the bad economic condition, again lagging effect). Syarikat-syarikat besar ni ada bilangan yang terhad untuk pekerja muda. Maka kesannya, mereka sudah tidak begitu memerlukan pekerja muda.

3. Cautious Sentiment

Manusia ni tidak mudah lupa bila ianya melibatkan duit. Walaupun adanya syarikat yang menikmati tahun 2017 dengan baik, tetapi mereka masih berhati-hati dalam meningkatkan kos dengan mengambil lebih ramai pekerja. Keuntungan Petronas naik 94% tetapi dengarnya mereka masih tak ambil sangat pekerja baru.

4. Kerajaan Sendiri Mengurangkan Pengambilan Fresh Grad

Hanya 19.1% fresh grad yang mendapat kerja, bekerja dengan kerajaan pada tahun 2017, berbanding 23.7% pada tahun 2016.

Kesannya, kerja itu ada. Tetapi fresh grad tahun 2017 terpaksa bertolak ansur dengan mengambil pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka.

Untuk menyelesaikannya? Samada fresh grad baru perlu mengalahkan kualiti senior-senior mereka, atau mereka sendiri perlu menjadi entrepreneur yang menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan. Dan of course peluang pekerjaan yang dihasilkan perlulah yang setaraf dengan degree. Terlalu ramai antara kita menawarkan fresh grad untuk membuat kerja salesman

Bilangan Gen Y dan Millenials adalah ramai. As it is labour market will continue to be suppressed due to higher number of labours but limited high-quality job opportunities

Wallahualam

Sumber: FB Izzuddin Yussof & Kementerian Pendidikan Tinggi

Kena Usaha Lebih Untuk Berjaya

Dahlah tak dapat pekerjaan yang kita minat, terpaksa kerja bidang lain dengan gaji yang tak seberapa. Hutang PTPTN nak kena bayar lagi, macam-macam betul dugaan fresh grad ni.

Kepada graduan yang menganggur, harapnya Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dapat membantu meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja.

Sekarang kita dah tahu cabaran yang dihadapi, adakah masih mahu duduk diam dan terima sahaja ketentuan ini? Sebaiknya kita tingkatkan usaha untuk menjadi orang yang berjaya! Berdoalah agar dipermudahkan urusan dan dapat pekerjaan secepat yang mungkin.

Boleh teruskan membaca artikel-artikel berikut sebagai sumber inspirasi:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.