6 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Lelong

Hartanah lelong kini semakin mendapat perhatian memandangkan perumahan pasaran utama dan pasaran sekunder semakin mahal. Terdapat juga para pelabur yang menjadikan hartanah lelong sebagai sumber untuk mendapatkan wang pasif bulanan.

Walaupun terdapat persepsi negatif mengenainya, pembelian hartanah lelong adalah lebih mudah dan dapat diperolehi dengan harga yang berpatutan jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Doktor perubatan, Ahmad Samhan Awang berkongsi mengenai perkara yang perlu diketahui sebelum membeli rumah lelong.

1. Duit Deposit Lesap

Ada dua jenis lelongan di Malaysia yang korang wajib tahu iaitu Loan Agreement Cum Assignment (LACA) dan Non-LACA. LACA bermaksud lelongan yang diuruskan oleh bank bagi hartanah tanpa individual atau Strata Title. Manakala lelongan non-LACA pula diuruskan oleh High Court (Mahkamah Tinggi) bagi hartanah yang ada individual atau Strata Title.

Baki daripada keseluruhan harga rumah LACA perlu diselesaikan dalam masa 90 hari selepas bidaan yang berjaya.Manakala non-LACA dalam masa 120 hari. Rumah lelongan LACA perlukan korang letak 5% deposit, manakala bagi jenis non-LACA 10% deposit.

Jadinya, untuk beli rumah lelong korang perlu ada duit deposit dan perlukan peguam yang berpengalaman uruskan rumah lelong. Sebab korang terikat dengan masa untuk pastikan pinjaman korang dikeluarkan oleh bank pada bank pelelong.

2. Beli Rumah Mahal

Sebelum masuk bidding kena study dulu bakal rumah yang dilelong. Contohnya perlu tahu berapa harga ‘market value’,barulah korang tak bidding membuta tuli. Orang naikkan harga bidding,korang lawan. Tapi tak tahu nak lawan sampai mana. Akhirnya korang beli rumah tu dengan harga lagi mahal dari market value.

Tu belum masuk kos repair,kos guaman,kos bil tertunggak. Korang akan rugi teruk.

3. Merisik Dulu Sebelum Meminang

Rumah lelong tak datang sekali dengan vacant possession.

Terdapat juga situasi dimana penyewa yang menyewa dengan owner sebelumnya masih lagi menetap kat situ. Kalau ikut undang-undang Malaysia, untuk menghalau keluar orang daripada rumah kita, kena ada bukti yang kita pemilik rumah tu terlebih dulu. Korang boleh upah peguam untuk beri notis kepada penyewa tadi untuk kosongkan rumah korang. Kalau tak keluar jugak, barulah korang boleh apply untuk court order.

Sudah tentu cara terbaik adalah untuk korang bercakap dan berbincang dulu dengan penyewa tadi. Boleh jadi penyewa ni akan faham dan mereka akan tinggalkan rumah tu dengan rela hati. Mungkin jugak diorang nak meneruskan menyewa di situ. Dan kalau korang memang plan nak sewakan, bawaklah berbincang untuk tetapkan kadar sewa yang baru.

4. Bil Tertunggak

Ini termasuk bil air, bil elektrik, bil maintenance, cukai taksiran, cukai tanah dan banyak lagi. Kos ni semua (kalau yang bertunggak bertahun-tahun lamanya) boleh cecah lebih RM10,000.

Untuk elakkan masalah macam ni berlaku, korang boleh pergi semak dulu segala bil tertunggak yang ada ni dekat pejabat-pejabat utiliti yang berkenaan.

5. Kos Repair

Kos repair jugak perlulah diambil kira sekali bila korang nak beli rumah lelong ni. Rumah yang rosak teruk dan tak dijaga boleh memakan belanja repair yang besar. Kos repair ni pulak kadang-kadang boleh jadi lebih besar daripada duit deposit 10% yang korang keluarkan.

Pergi melawat dulu rumah tu sendiri dan tengok kalau-kalau ada sebarang tanda kerosakan yang teruk.Buat anggaran berapa total kos untuk repair barulah korang tahu nak anggarkan limit harga untuk bidding nanti.

6. Kaveat

Kaveat ni ringkasnya adalah notis yang sah dari segi undang-undang untuk menghalang proses jual beli hartanah.

Contoh: Kalau satu rumah lelong tadi dimiliki oleh 2 pemilik, dan salah seorang dari mereka letak kaveat dekat rumah tu untuk elak daripada rumah tu dijual.

Boleh jadi jugak, kaveat tu datang bila salah sorang daripada pemilik rumah tadi buat hutang dengan Ah Long dan letak rumah tu sebagai kolateral. Ah Long tadi boleh letak kaveat untuk menghalang proses jual beli rumah tu tadi.

Pengalaman aku sendiri,awal-awal  memag dah check status keveat. Bila dah menang lelong,rupanya owner lama dah ambil deposit untuk jual rumah ni. So,pembeli baru letak keveat. Memang leceh nak setel benda ni. Makan masa dan duit.

Kesimpulannya, harga rumah lelong memang murah, boleh cecah 30-40% below market value. Tapi banyak kos-kos tersembunyi. Kena tinjau dan kaji dulu rumah lelong yang korang target nak beli sebelum buat pembelian.

Kredit: Ahmad Samhan Awang

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman