‘Tealive’ Akan IPO Tahun Depan!

KUALA LUMPUR: Loob Holding Sdn Bhd, yang memiliki jenama teh Tealive merancang tawaran awam permulaan (IPO) yang akan menjana sehingga RM300 juta, demikian menurut individu yang rapat dengan perkembangan itu.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata, syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur itu juga sudah melantik penasihat bagi penjualan saham yang dirancang.

Katanya, Loob sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan penilaian sebanyak RM1 bilion dan menyasarkan penyenaraian pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo mengesahkan syarikatnya merancang untuk disenaraikan pada separuh pertama 2020.

“Kami telah melantik penasihat korporat untuk proses ini. Kami tidak dapat mengesahkan penilaian yang diminta atau IPO, masih menunggu cadangan akhir daripada penasihat kami,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan Bloomberg.

Malaysia menyaksikan penjualan sebanyak AS$9.4 juta saham kali pertama setakat tahun ini, jauh lebih rendah daripada AS$47.8 juta tempoh sama tahun lalu, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Pasaran IPO negara menjangkakan kenaikan harga bulan ini daripada tawaran AS$250 juta oleh Leong Hup International Bhd dan beberapa pemegang saham sedia ada.

Loob Holding akan menyertai syarikat lain seperti pengendali rangkaian makanan segera KFC, QSR Malaysia (M) Holdings Bhd dan Mr D.I.Y. disenaraikan di Bursa Malaysia.

Rundingan pelan IPO Loob Holding’s masih di peringkat awal dan mungkin tidak membawa kepada perjanjian, kata sumber.

Loob Holding, yang memiliki jenama makanan dan minuman lain seperti Ko Ko Kai dan Define Food, mengendalikan lebih daripada 200 cawangan di Malaysia, menurut kenyataan syarikat itu pada Mac lalu.

Ia juga mempunyai cawangan di China, Vietnam dan Australia.

-Bloomberg

Sumber: BH Online

Banyak Nama Besar Nak IPO

Ada yang tak tahu apa maksud IPO ni? Ianya merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui. Maknanya sebelum saham sesuatu syarikat boleh dibeli di pasaran saham, kena melalui proses IPO terlebih dahulu.

Dan setakat tahun 2019 ni, dah dua IPO baru disenaraikan:

IPO yang bakal disenaraikan pada tahun 2019 pula adalah:

Kesemuanya merupakan nama-nama popular, yang kita memang kenal. Betul ke orang kata beli IPO ni konfem untung? Jemput baca Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Sebelum tu, pastikan dah buka akaun CDS di bank-bank pelaburan berhampiran. Baca lagi di Cara Buka Akaun Saham (CDS) RHB Investment Bank.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.