5 Cara Orang Bijak Merancang Pelaburan

Pelaburan adalah membuat sesuatu untuk kesenangan di masa hadapan yang mempunyai risiko tersendiri. Sebagai contoh, kita belajar untuk mendapatkan segulung ijazah dengan harapan untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan di masa hadapan.

Ia adalah satu bentuk pelaburan walaupun gaji yang diidamkan belum tentu dapat dicapai, namun dengan usaha dan tawakal InsyaAllah pelaburan akan menguntungkan. Begitu juga dengan pelaburan duit.

Kita melabur supaya duit kita tidak dimakan inflasi dan mendapat untung. Dari konteks Kewangan Islam pula, pelaburan tertakluk kepada keuntungan dan kerugian (Kontrak Mudharabah).

Berikut disenaraikan 5 tips untuk menguruskan pelaburan yang mudah diikuti:

1. Jangka Masa

Kita perlu tahu apa yang kita nak. Nak kukuhkan kewangan dalam masa 5-6 tahun ini? Atau nak bebas kewangan bila dah bersara nanti?

Sama ada kita memerlukan pelaburan jangka pendek, sederhana, atau panjang. Pelaburan jangka pendek biasanya akan lebih berisiko berbanding dengan pelaburan jangka panjang.

Contoh pelaburan jangka sederhana dan panjang adalah seperti pelaburan hartanah.

Jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi. Baca lagi Apa Itu Konsep ‘High Risk High Return’ Dalam Pelaburan.

Baca juga Ketahui 6 Jenis REIT Dalam Hartanah Ini Dan Mula Melabur dan Jenis-jenis Saham Pelaburan

2. Persediaan Kewangan

Kita perlu ingat bahawa melabur tidak semestinya akan untung. Risiko kerugian pasti ada. Pastikan kita mempunyai duit yang mencukupi dan sangat bersedia untuk melabur.

Jika duit cukup-cukup makan, tangguhkan sementara niat untuk melabur. Paling penting jangan buat pinjaman!

Jika gaji RM5,000 dan perbelanjaan setelah ditolak simpanan masih berbaki RM500, lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk pelaburan.

Namun, jika gaji RM5,000 dan perbelanjaan pun RM5,000, mungkin boleh tangguhkan hasrat tersebut sehingga kita betul-betul bersedia.

Baca juga Saham Memang Lubuk Duit. Tapi Ini Sisi Gelapnya

3. Matlamat

Setiap pelabur mempunyai matlamat masing-masing. Melabur tak boleh ikut orang. Ada orang suka melabur dalam saham. Ada orang suka melabur hartanah, ada orang suka melabur emas. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Pelaburan hartanah memerlukan tunai yang banyak di peringkat permulaan kerana perlu membayar wang deposit rumah, duti setem perjanjian, dan lain-lain lagi.

Manakala pelaburan emas tidak memerlukan tunai yang banyak, hanya perlukan modal untuk membeli emas.

4. Strategi

Untuk melabur, kita perlu belajar teknik melabur dan sediakan ilmu yang mencukupi. Banyak seminar yang disediakan untuk belajar teknik melabur kerana pelaburan tidak sama dengan simpanan.

Simpanan tidak berisiko namun tiada pulangan manakala pelaburan mempunyai risiko tetapi ada pulangannya.

Baca juga Kenali 4 Falsafah Pelaburan Yang Terkenal, Cuba Tengok Anda Yang Mana

5. Pewarisan Pelaburan

Anda sudah melabur dan dah dapat keuntungan. Tapi bila kita sudah meninggal dunia, siapa yang akan dapat keuntungan pelaburan tersebut?

Adakah waris kita tahu berkenaan pelaburan tersebut? Adakah ingin diwakafkan, diberikan sepenuhnya kepada waris, semuanya di tangan anda.

Carilah perunding harta pusaka yang bertauliah bagi menguruskan hal-hal ini seperti Amanah Raya Berhad, Wasiyah Shoppe, dan banyak lagi.

Baca juga 5 Langkah Untuk Mewariskan Hartanah Kepada Anak Kita

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh membuat pembelian secara online di:

  1. MPH Online
  2. Kinokuniya
  3. Lazada
  4. Shopee
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840