Robert Wang, Bekas Jurutera Menjadi Jutawan Dengan Periuk Pintar Instant Pot

Pantas dan berkhasiat, ianya sesuai dengan alatan masakan yang dibangunkan oleh Robert Wang. Dengan perkembangan teknologi di sekeliling kita, ianya memudahkan para wanita yang bekerja untuk menyediakan masakan yang berkhasiat kepada ahli keluarga mereka.

Beliau yang mencipta periuk masakan pintar bertekanan tinggi yang boleh digunakan unntuk memasak pelbagai hidangan dengan hanya menggunakan satu periuk. Periuk ini juga digelar sebagai magic pot oleh para peminat mereka kerana berjaya membantu mereka mengatasi masalah kekangan masa untuk memasak makanan yang berkhasiat.

Asal-Usul Robert Wang

Beliau merupakan seorang jurutera yang bekerja untuk sebuah syarikat telekomunikasi di Kanada. Beliau yang berasal dari China dan berhijrah ke Kanada pada tahun 1990-an untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Beliau berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang sains komputer dan artificial intelligence di sebuah universiti di United Kingdom.

Robert Wang ketika masih bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Kanada

Setelah menamatkan pengajian di peringkat PhD di United Kingdom, Robert merasakan dia tidak sesuai untuk berada di negara tersebut kerana peluang untuk meningkatkan kemahiran tidak begitu cerah. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kanada kerana negara tersebut menyediakan peluang pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

Setelah tiba di kanada, beliau pun bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Nortel dan kemudianya bekerja untuk sebuah syarikat teknologi pemesejan sebelum dibuang kerja pada tahun 2008 akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Setelah dibuang kerja, Robert banyak menghabiskan masa terluang dengan memasak untuk keluarga. Beliau mendapat idea untuk mewujudkan periuk masakan pintar ini selepas merasakan kebanyakan wanita yang bekerja tidak mempunyai masa untuk memasak makanan yang berkhasiat untuk keluarga mereka kerana kesibukan kerja.

Hal ini juga berlaku di dalam hidupnya sendiri ketika beliau masih lagi bekerja. Dia dan isterinya selalu membeli makanan segera untuk anak mereka kerana menghadapi masalah kekangan masa.

Beliau mengambil peluang untuk menghasilkan periuk masakan pintar bagi memudahkan mereka yang bekerja untuk memasak. Robert dan dua orang rakannya bekerjasama untuk menghasilkan periuk pintar bagi memasak makanan yang berkhasiat.

Beliau kemudian tekad untuk melabur sebanyak $300,000 duit simpanannya bagi menjayakan hasratnya itu. Pada permulaan perniagaanya itu, dua orang kenalanya itu tidak nampak dengan jelas idea Robert dan mereka telah menarik diri daripada projek ini.

Setelah mereka menarik diri, tinggal Robert bersendirian untuk menjayakan misinya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kisah-Bekas-Jurutera-Yang-Dipecat-Menjadi-Jutawan-Dengan-Periuk-Pintar-Instant-Pot1-700x504.jpg

Nasib Robert begitu baik kerana dia tidak lama bersendirian. Dia telah mendapat dua lagi rakan kongsi baru yang tertarik dengan idea yang dikemukannya itu.

Kedua-dua rakan rakan kongsinya itu adalah bekas pekerja Blackberry yang tahu selok-belok dalam teknologi. Robert yang yang terinspirasi dengan perkembangan telefon pintar telah memberinya idea mengenai peralatan yang akan dibinanya itu.

Beliau yang hampir 15 tahun bergelumang dalam bidang telekomunikasi menyedari tentang perkembangan telefon dari semasa ke semasa. Baginya, apa yang membuat sesebuah telefon itu menjadi pintar adalah kerana sensor yang terdapat pada telefon tersebut.

Dia pun mengambil pendekatan menggunakan sensor pada periuk ciptaannya itu untuk menjadikan periuk itu pintar. Robert menamakan periuk memasak yang diciptanya itu sebagai Instant Pot. Beliau kemudiannya mengambil masa 18 bulan bagi menyiapkan Instant Pot dan dibawa ke pasaran.

Beliau mula menjual Instant Potnya itu pada tahun 2010. Pada permulaan perniagaan, mereka hanya menjualnya kepada rakan terdekat mereka untuk mendapatkan maklumbalas bagi membolehkan mereka menambahbaik lagi produk keluaran mereka itu.

Robert yang mengambil pendekatan tidak mempercayai pengiklanan mampu membuat Instant Pot yang dikeluarkan oleh syarikatnya itu berjaya. Beliau yang menggunakan kaedah pemasaran tradisional dengan membiarkan para pengguna sendiri yang mengesyorkan produknya itu kepada orang ramai.

Robert percaya dengan menggunakan kaedah pemasaran mulut ke mulut, produk keluaran syarikatnya lebih berjaya dan diyakini oleh pelanggan mereka berbanding dengan pengikalanan melalui televisyen atau media sosial.

Titik kejayaan periuk pintar yang dikeluarkan oleh Robert adalah pada tahun 2013 yang mana pada ketika itu, generasi kedua periuk mereka telah berada di pasaran. Beliau menggunakan platform Amazon untuk menjual periuk masakan pintarnya itu dan  menyedari periuk pintar itu menjadi perhatian ramai kerana telah menjadi best-seller dalam kategori pressure cook.

Pada ketika itu, terbuktilah bahawa pemasaran dari mulut ke mulut telah berjaya menaikkan jualan periuk pintar keluaran syarikatnya itu.

Robert membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh pelanggan setelah mereka membeli produk tersebut di Amazon. Hampir 40,000 komen yang ditinggalkan di bahagian produk Instant Pot dan Robert membaca semuanya.

Dari komen tersebut, dia memperolehi maklumat dan kritikan yang berguna. Beliau mengambil pendekatan memperbaharui teknologi Instant Pot dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, sama seperti Syarikat Apple dan Intel yang menaik taraf produk mereka. Robert juga menaiktaraf Instant Pot berdasarkan komen yang diberikan oleh pelanggan mereka.

Buku resepi yang boleh digunakan untuk rujukan para pengguna yang menggunakan produk Instant Pot

Pada tahun 2015, Instant Pot menjadi kegilaan peminat mereka dengan mencapai status blockbuster dalam jualan. Instant Pot telah terjual sebanyak 215,000 unit hanya dalam masa satu jam ketika Amazon membuat Prime Day kepada pelanggan mereka.

Robert yang tidak menyatakan jumlah sebenar pendapatan jualan yang diperolehi oleh Instant Pot, tetapi ermintaan untuk Instant Pot semakin meningkat setiap tahun. Syarikatnya kini telah mempelbagaikan keluaran untuk barangan dapur dan kini mereka telah mencipta sebuah mesin pengisar pintar untuk kegunaan pelanggan mereka.

Beliau menggunakan duit hasil jualan bagi melakukan penyelidikan dan tidak menggunakan duit tersebut untuk mengiklankan produk mereka. Bagi Robert, meningkatkan keupayaan produk adalah keutamaan bagi Instant Pot daripada menghabiskan untuk kos pengiklanan.

Peminat yang menggunakan Instant Pot juga telah membuat media sosial khas bagi produk ini yang mana mereka berkongsi di antara satu sama lain tentang resepi masakan yang boleh digunakan untuk memasak menggunakan Instant Pot.

Dengan keahlian yang mencapai jutaan pengikut di laman sosial, produk ini mendapat tempat yang kukuh di kalangan peminat mereka.

Robert juga pernah berangan untuk meletakan Instant Pot pada setiap rumah sama seperti yang diimpikan oleh Bill Gates ketika memulakan Microsoft. Kini impian Robert tidak mustahil dengan jumlah Instant Pot yang terjual semakin meningkat dari hari ke hari.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.