Kisah Warren Buffett dan Saham Small Cap

Warren Buffett, siapa yang tidak mengenali nama ini yang begitu terkenal dalam dunia pelaburan. Ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan beliau bersamaan USD80.5 bilion, dan merupakan orang ketiga terkaya di dunia.

Namun tahukah anda, sewaktu permulaan portfolio pelaburan beliau, kebanyakannya terdiri daripada saham-saham small cap?

Warren Buffett terkenal dengan kehebatannya dalam dunia pelaburan, namun sebelum zaman kegemilangannya, portfolio pelaburan beliau hanya terdiri daripada saham small cap. Warren Buffett berjaya dalam mengurus portfolio pelaburan beliau yang kecil dengan saham small cap, dan berjaya memperolehi keuntungan yang besar.

Beliau sering menyuarakan pendapat bahawa, mengurus wang pelaburan dalam skala yang besar adalah lebih sukar.

Memetik salah sebuah temubual bersama Warren Buffett, beliau berkata sekiranya beliau hanya mengurus dana pelaburan sebanyak USD1 juta, beliau yakin dapat menjana keuntungan sebanyak 50% dalam masa setahun. Ini kerana ia tidak mempunyai kekangan atau bebanan pada saiz sasaran pulangan keuntungan.

Berbanding menguruskan dana pelaburan yang bernilai berbilion dolar yang sangat rumit dan sukar.

Beliau juga pernah diajukan soalan, apakah jenis pelaburan saham yang paling menguntungkan kepada pelabur? Beliau menjelaskan bahawa, beliau sangat menyarankan untuk melabur pada saham small cap, ini kerana potensinya yang cukup besar untuk berkembang.

Contoh portfolio pelaburan saham small cap Warren Buffett yang paling terkenal ialah di Berkshire Hathaway. Hari ini Berkshire Hathaway adalah salah satu syarikat terbesar di dunia, dengan market cap sebanyak USDD507 bilion.

Pada asalnya Berkshire Hathaway hanyalah sebuah syarikat tekstil, kemudian Warren Buffett mula membeli semula pegangan saham pada tahun 1962 dengan harga USD7.60 seunit.

Beliau mendapati pembuatan tekstil adalah perniagaan yang merosot di Amerika Syarikat, dan mendapati bahawa modal tenaga kerja dan hartanah mempunyai potensi tinggi untuk meningkat. Beliau melakukan pelaburan berganda pada harga USD14.86 untuk menguasai pegangan saham syarikat tersebut.

Pada masa tersebut nilai saham Berkshire Hathaway adalah USD19.

Sumber: Trading View

Fast forward Berkshire Hathaway ke hari ini dan harga seunit saham telah mencecah USD300,000 seunit. Kenaikan sebanyak 100,000% dalam masa 40 tahun atau 2,500% setahun secara purata.

Portfolio pelaburan Warren Buffett dalam saham yang mempunyai small cap tidak terhenti di situ. Kini beliau juga melabur ke dalam Washington Post, See’s Candy, Coca-Cola dan bermacam-macam lagi. Pelaburan yang telah melonjakkan nama Warren Buffett sebagai salah seorang pelabur terkenal dan terkaya dunia hari ini.

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kuala Lumpur Kepong: Penilaian Sekarang Munasabah

Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Neutral, harga sasar (TP) baharu menaik kepada MYR23.00 daripada MYR22.30, potensi kenaikan harga saham 14% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F (Sep)

Perolehan 1HFY26 (Sep) yang dicatatkan oleh Kuala Lumpur Kepong menepati jangkaan kami dan konsensus. Melangkah ke depan, keluaran FFB mungkin terus terkawal, manakala segmen-segmen hiliran dan syarikat sekutu mungkin mengalami penambahbaikan pada 2H. Penilaian KLK sudah menurun kepada P/E lebih menarik bernilai 17x untuk FY27F, iaitu pada paras rendah dalam lingkungan catatan syarikat pesaing 17-20x.

Untung teras 1HFY26 mencapai 54-58% jangkaan sepenuh tahun kami dan konsensus

Kami menganggap hal ini sebagai menepati jangkaan kerana KLK masih lagi belum menggabungkan kerugian syarikat sekutunya, Synthomer untuk suku ini (1H25: rugi syarikat sekutu bernilai MYR48j), kerana pengumuman keputusan kewangannya yang lewat. Nota: Untuk 2HFY25, Synthomer merekodkan kerugian bersih statutori berjumlah GBP83j. Walau bagaimanapun, hal ini mungkin diimbangi oleh tindakan KLK untuk mengambil kira keuntungan MP Evans, iaitu syarikat sekutu yang dimilikinya sebanyak 24%, dari Apr 2026. KLK mengisytiharkan DPS interim sebanyak 20 sen (1H25: 20 sen).

Tahap pengeluaran buah tandan segar (FFB) bagi 2QFY26 jatuh 15% QoQ (+6% YoY), yang menyebabkan FFB 1HFY26 berkembang kepada 6.4% YoY

Sedikit melepasi andaian pertumbuhan FY26 kami berjumlah 4.7%, namun menepati ramalan pertumbuhan berdigit tunggal sederhana-tinggi oleh pihak pengurusan. Dalam tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26), pengeluaran FFB sudah mengecil kepada 4.8% YoY. Kami bertindak mengekalkan andaian pertumbuhan FFB kami sebanyak 4-5% untuk FY26-27.

KLK mengiktiraf kerugian nilai saksama berjumlah MYR121.1j

Pada derivatifnya semasa suku ini kerana ia sudahpun membuat jualan hadapan untuk sebahagian besar pengeluarannya di Malaysia, yang menyebabkan kontrak-kontrak derivatif mengalami kerugian akibat harga pasaran semasa apabila harga CPO meningkat. Pihak pengurusan tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan jumlah kuantiti dan harga yang ditetapkan untuk jualan hadapannya.

Kos unit berkembang QoQ namun jatuh YoY pada 1HFY26

Berikutan keluaran lebih kukuh (YoY). Kami difahamkan bahawa KLK sudah menggunakan 50% baja pada tahun itu dan telah membeli keperluan baja FY26-nya pada harga berdigit tunggal yang lebih mahal YoY. Walaupun begitu, ia mengekalkan bayangan kos unitnya untuk FY26, iaitu mendatar pada sekitar MYR2,000/tan, susulan keluaran lebih mahal.

Margin EBIT hiliran menyusut QoQ pada 2Q26

Kepada 0.05% (daripada 1.5% pada 1Q26), lalu membawa margin EBIT 1H26 kepada 0.8%. Penurunan ini diheret oleh keuntungan segmen oleokimia yang semakin rendah yang sebahagiannya diimbangi oleh kerugian lebih rendah daripada segmen penapisan dan segmen-segmen lain. Melangkah ke depan, KLK menjangkakan jumlah jualan lebih baik daripada segmen oleokimia walaupun paras margin terus kecil, manakala kerugian daripada loji penapisan dan kilang pengisaran isirung jatuh dengan ketaranya. Kami bertindak mengekalkan margin hiliran kami antara 1.5-2% untuk FY26-28F.

Saranan dinaik taraf kepada BELI, TP baharu sebanyak MYR23.00 melalui kaedah SOP, termasuk premium ESG 4%

Kami menyemak naik perolehan sebanyak 2.8%, 4.7% dan 4.3% untuk FY26-28F, setelah mengambil kira keuntungan MP Evans dan mengemas kini andaian FX.

Asas Penilaian

Penilaian kami diperoleh berdasarkan kaedah SOP yang mengambil kira:
i. P/E 18x FY26F untuk bahagian perladangan
ii. P/E 18x FY26F untuk bahagian hiliran
iii. RNAV bagi bahagian hartanah

Hal ini disokong oleh EV/ha USD20,000-30,000/ha yang menyamai rekod syarikat Malaysia yang lain.

Faktor Pemacu Utama

i. Kenaikan harga CPO
ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
iii. Daya saing lebih tinggi dalam bahagian pemprosesan hilirannya berbanding bahagian syarikat pesaing.

Risiko Utama

i. Penurunan harga CPO
ii. Risiko cuaca
iii. Kesan negatif akibat perubahan dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia

Profil Syarikat

Kuala Lumpur Kepong merupakan syarikat perladangan bersepadu yang memiliki bank tanah perladangan
minyak sawit di Malaysia, Indonesia dan Liberia. KLK juga mengendalikan segmen pembuatan hiliran
menerusi kilang penapisan minyak masak dan perniagaan oleokimia. Tambahan lagi, KLK terlibat dalam bidang pembangunan hartanah.

Carta Saranan

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.