7 Tips Untuk Mendapatkan Minda Yang Positif Setiap Hari

Dalam kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar, kadang-kadang kita selalu mengabaikan cara kehidupan sihat; sekaligus menjejaskan minda pemikiran positif yang kita sepatutnya kita miliki.

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan mempunyai mental yang lebih positif, berikut adalah 7 tips yang boleh diamalkan:

1. Tidur Awal

Photo by Alexander Possingham on Unsplash

Tidur secukupnya pada setiap hari adalah kunci utama kepada kesihatan diri. Melalui waktu tidur yang secukupnya, akan membolehkan anda bertenaga menghadapi hidup seharian. Kualiti tidur yang maksima juga membolehkan kita memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan harian.

Disebabkan inilah kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang secukupnya, bagi mengoptimumkan fungsi biologi, tubuh badan serta perkembangan mental, otak dan lain-lain.

Tidur dengan baik juga mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengannya; seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Dengan tidur yang cukup, ianya juga dapat meningkatkan selera makan dan mengurangkan peluang makan secara berlebihan.  Oleh itu, jika ingin elak risiko mempunyai berat badan yang berlebihan, pastikan kita tidur dengan secukupnya.

Secara amnya, kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

2. Luangkan Masa Berkualiti Dengan Orang Tersayang

Photo by Djamal Akhmad Fahmi on Unsplash

Menikmati gelak tawa dengan orang tersayang tidak hanya membuatkan kita bahagia, tetapi juga menjadikan diri kita lebih sihat. Ia boleh memberikan kepuasan melalui perasaan tenang, mengurangkan tahap tekanan perasaan dan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Meluangkan masa dengan orang tersayang, keluarga dan kawan-kawan, dapat menghasilkan keseimbangan kerja-kehidupan dan meningkatkan nilai kebahagiaan. Dengan mempunyai kelapangan minda, sekaligus ia akan melahirkan semangat dan motivasi, serta emosi positif diri sendiri.

Interaksi sosial diperlukan kerana kita tak boleh hidup keseorangan. Ia juga dapat meningkatkan tahap kedamaian psikologi, kerana sokongan emosi melalui individu di sekeliling.

3. Bina Jiwa Yang Kukuh

Sekiranya terdapat makanan untuk perkembangan otak dan badan, demikian juga perumpamaan dengan fisiologi.  Menyuburkan dan mengembangkan fisiologi dalam jiwa kita, dapat membawa kepada kehidupan yang lebih memuaskan.

Menjadi sihat secara rohani, membolehkan kita berhubung dengan diri kita yang sebenarnya, seterusnya menjadi salah satu kunci kebahagiaan. Kita boleh amalkan beberapa aktiviti seperti berdoa, pengasingan diri, muhasabah diri dan sebagainya.

4. Jaga Fizikal Dan Mental

Memelihara kedua-dua aspek ini membolehkan kita menjalani kehidupan dan minda yang sihat.  Bagi menjaga kesihatan mental, kita harus melatih otak anda dan otot fizikal yang memerlukan senaman berterusan.

Jika ianya gagal dilakukan dengan kerap, akan menyebabkan fungsi fizikal dan mental kita menjadi kurang efisien.

Di samping itu, kita harus menjaga kesihatan fizikal, untuk mencegah penyakit dan menjalani kehidupan dengan lebih produktif.

Beberapa cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental adalah dengan melakukan senaman secara teratur, banyakkan membaca dan meningkatkan tahap pengambilan vitamin B. Kita haruslah selalu mencabar memori dan kecerdasan daya fikiran melalui latihan dan sebagainya. 

Masa untuk berehat juga merupakan cara yang baik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal, kerana ia mampu menurunkan tahap hormon cortisol atau tekanan perasaan.

5. Jangan Biarkan “Kelemahan” Kecil Merosakkan Hidup

Photo by Scott Webb on Unsplash

Kita tidak boleh membiarkan kecacatan kecil seperti tahi lalat, jerawat, rambut yang panjang tetapi tidak terurus; daripada mencacatkan kehidupan.

Jika kita ingin mencapai kebahagiaan sebenar dan menjalani minda dan badan yang sihat, kita tidak sepatutnya membiarkan kelemahan kecil tersebut merosakkan seluruh kehidupan anda. Kita seharusnya mencari penyelesaian untuk memperbaikinya.

Sebagai contoh, dapatkan terapi cara pertuturan yang baik jika kita mempunyai masalah gugup ketika perlu berucap di khalayak ramai. Terapi ini akan membantu kita membuat ucapan dengan lancar, sekaligus meningkatkan keyakinan diri. 

6. Amalkan Aktiviti Seharian Yang Menyeronokkan

Salah satu cara terbaik untuk mencapai minda dan badan yang sihat adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Ini kerana ia mampu membuatkan kita berinteraksi secara mental dan fizikal, dan membentuk nilai perasaan dan harga diri.

Kita seharusnya menjadi lebih aktif dan mencuba aktiviti baru yang menyeronokkan seperti bersukan atau membuat kerja amal; yang membolehkan kita bersosial secara sihat.

7. Bersyukur

Bersyukur  tidak dapat digambarkan manfaatnya kepada badan, otak, kesihatan, dan mental. Dengan bersyukur, kita mampu meningkatkan hormon dopamine dalam diri kita, sekaligus kepuasan terhadap kehidupan akan meningkat.

Dengan kepuasan yang meningkat, kita dapat memperoleh pelbagai manfaat. Kita akan rasa lebih bersemangat, serta berasa baik tentang diri sendiri dan dunia di sekeliling kita.

Bersyukur juga membawa kepada kualiti tidur yang lebih baik dan menurunkan risiko penyakit kronik, meningkatkan tenaga untuk melakukan senaman dan memaksimumkan prestasi pekerjaan kita.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.