4 Restoran Halal Dengan Status ‘Michelin Star’ Di Seluruh Dunia

Dengan angka sekitar 2.1 trilion USD (RM8.8 trilion) pada tahun 2017, perbelanjaan orang Islam terus berkembang maju dalam pelbagai sektor.

Antara tumpuan utama dalam kalangan sektor itu adalah industri makanan dan minuman (F&B) dan industri hospitaliti. Ini adalah satu berita yang baik buat umat Islam yang mengembara. Sebelum ini, mencari makanan halal di negara bukan Islam adalah perkara yang sukar. Namun sekarang, bukan sahaja terdapat banyak pilihan makanan, tetapi juga peluang untuk menikmati makanan halal di restoran-restoran terkemuka. Apabila bercakap tentang restoran, setakat ini, status Michelin Star adalah penghargaan yang paling tinggi.

Berikut adalah senarai 4 restoran halal di seluruh dunia dengan status Michelin Star:

1. Bismillah Biryani (Singapura)

Sumber

Untuk pilihan pertama dalam senarai, restoran Bismillah Biryani ini tidaklah terlalu jauh. Nama restoran ini saja sudah memberikan gambaran yang jelas. Sudah tentu anda akan menjangkakan restoran dengan “Bismillah” pada namanya menyediakan juadah yang halal. Apa yang  menarik lagi, walaupun restoran ini mempunyai status Michelin Star, ia bukanlah restoran yang sangat mewah dan mahal. Sebaliknya, harga hidangan adalah di antara SGD4.50 (RM13.68) ke SGD20 (RM60.80).

Dalam panduan Michelin, pengasas restoran tersebut Arif Salahuddin menyenaraikan Nasi Beriani Dum (juga dinamakan Beriani Gam) sebagai menu cadangan mereka. Menu cadangan yang lain juga termasuklah Kebab Kambing Seekh, Lassi Manga sebagai minuman, dan Pista Kulfi yang dilapisi buah pelage sebagai pencuci mulut.

2. Soranoiro (Tokyo)

Sumber

Apabila anda berkunjung ke kawasan yang terkenal dengan ramen, tentulah anda ingin menikmati hidangan Jepun. Walau bagaimanapun, penyediaan tradisional ramen adalah menggunakan tonkatsu (air rebusan tulang khinzir). Pelancong Islam bernasib baik kerana mereka hanya memerlukan lima minit untuk berjalan kaki dari Stesen Kojimachi untuk mendapatkan ramen yang bukan sahaja halal tetapi sangat enak.

Soranoiro menghidangkan beberapa ramen vegan dan mi soba yang anda boleh dapati. Hidangan-hidangan yang disediakan di sini tidak mengandungi daging atau alkohol. Satu mangkuk hidangan berharga sekitar 1,100 Yen(RM42.77). Restoran ini sangatlah popular sehinggakan anda perlu beratur panjang sebelum ia dibuka lagi untuk makan di sini.

3. Arabesque (Geneva)

Sumber

Restoran yang terkenal dengan masakan Lubnan ini terletak di Geneva, yang merupakan sebuah ibu kota negara Switzerland.  Di sini, anda boleh menikmati mezzes (snek) yang berwarna-warni dan daging panggang yang lazat, semuanya dimasak menggunakan kaedah tradisional Lubnan.  Anda juga boleh menemui beberapa hidangan istimewa dan masakan ikan seperti Samak Mechoui atau Syadieh.

Pengaturan ruang makan restoran Arabesque ini juga amat mengagumkan. Anda akan menjamu selera dalam keadaan redup daripada lakuer hitam berserta dengan perabot berwarna putih dan mozek emas . Tidak hairanlah mereka menggambarkan restoran mereka sebagai tempat yang menawarkan hidangan masakan unik di dalam dunia Thousand and One Nights!

4.   Pollen Street Social (London)

Sumber

Walaupun terdapat hidangan-hidangan yang tidak halal di dalam menu, hidangan vegetarian, vegan dan makanan laut mereka lebih daripada cukup untuk memuaskan selera pelancong muslim. Restoran ini dibuka pada bulan April 2011 dan telah dianugerahkan Michelin Star dalam hanya tempoh enam bulan.

Pollen Street Social menyediakan suasana sosial yang tidak formal, di mana persekitarannya adalah menakjubkan, setaraf dengan makanannya. Restoran ini adalah bistro kontemporari yang menawarkan santapan yang santai dan tidak formal.

Perbankan Halal Yang Sebenarnya

Dari dulu hingga sekarang, ada masa di mana kita perlu untuk memohon pinjaman tertentu. Antara sebab pinjaman perlu dibuat adalah seperti perniagaan, pelancongan, perkahwinan, pengubahsuaian rumah dan lain-lain. Di sinilah kewangan Islam dapat dilaksanakan. Ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembiayaan konvensional seperti:

  • Keadilan dan perlindungan daripada bahaya
  • Selamat daripada krisis
  • Kos yang tetap dan jelas
  • Penalti yang lebih rendah
  • Perlindungan takaful

Untuk mendapatkan tawaran pembiayaan Islam yang terbaik di Malaysia, layari ke laman web AsSidq.com. Ia adalah platform sehenti bagi produk kewangan Islam. Mereka membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik daripada rakan perbankan dan kewangan mereka, mengikut keperluan anda. Perkhidmatan disediakan secara percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan dengan segera. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.